Bab 1

167 43 9
                                    

Terlanjur cinta kepadamu

Tak mampu aku lepaskan

Yang seharusnya kulepaskan

Tak bisa beranjak dari kenangan meski

Kucoba semua tak terjadi

Kuberikan cinta tapi kau balas luka

Kutawarkan rasa kau hancurkan rasa

Aku pandang jam ditangan. Mata aku tumpu kepada jam saat yang masih berpusing mengelilingi putaran seperti mana bumi yang setiap makhluk diami ini mengelilingi paksinya.

Aku kalihkan mata kehadapan. Air sungai yang tenang. Sangat sejuk mata memandang. Fikiran yang tadi bercelaru semakin lenyap dalam fikiran. Udara aku sedut perlahan-lahan. Menikmati oksigen yang sangat nyaman disini.

Yarra River.

Disinilah aku yang sentiasa duduk berhadapan di sungai indah yang bertapa di bumi Melbourne.

Nafas aku hela. Sekali lagi aku pandang jam ditangan. Lamanya.

"Babe!"

Walaupun tidak aku toleh ke empunya suara, sudah aku kenali gerangan yang bersuara itu.

"You're late, Rach." Aku menjeling gadis disebelah yang sedang mengambil tempat bersebelahan denganku. Dia memandang aku sambil membuat muka bersalah.

"Alaa, sorrylah. Kau tahu kan, sunglasses aku tertinggal kat studio tadi. Kalau diikutkan dah lama aku sampai tau tadi."

Aku menggeleng sambil tersenyum. Hailah Rachel, nasib badanlah dapat kawan macam ni. Benda yang tak penting pun dikisahkan.

"Tak apalah, macam aku tak biasa. 10 minit untuk Rachel adalah 20 minit." Ujarku sambil memasang headphone ditelinga.

Rachel memasamkan wajahnya. Bukan perempuan lah kalau tak pernah tak lewat.

"Babe, cuti ni aku rasa nak balik Singapura lah. Dah lama tau aku tak jumpa parent aku." Rachel berkata setelah beberapa minit rajuknya hilang. Kebiasaannya dia memang begitu. Merajuk sendiri, baik pun sendiri. Dan dia jenis seorang yang sangat memahami. Cuma itulah, kadangkala perangainya boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Ada masa dia akan menyendiri jika sedih dan ada masa dia terlalu gembira sehinggakan dilayannya aku bak permaisuri. Entahlah, sifatnya itu memang tidak boleh aku ramal.

"Baguslah tu."

Rachel pandang aku lama. "Kau macam biasa ke? Tunggu your dad lawat kau?"

Aku mengangguk sambil memejam mata menghayati muzik.

***

Telekung aku hamparkan di ampaian. Baru sahaja selesai solat zohor. Terasa segar dan lega selepas berdoa kepada tuhan yang maha esa.

Walaupun cuaca disini agak baik tidak terlalu panas cukup hanya disimbahi suku peratus cahaya matahari, aku menarik comforter dan menghidupkan air conditioner bersuhu 12°celsius. Rasanya sudah cukup sejuk.

Baru sahaja mahu melelapkan mata,telefon pintar aku berbunyi menandakan panggilan masuk.

Daddy is calling...

"Hello daddy," ujarku ceria. Sudah berapa minggu aku tidak berhubung dengan daddy. Pastinya dia juga merindui aku. Kebiasaannya aku akan sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti aktiviti kemanusiaan yang dianjurkan badan bukan NGO. Kebanyakan mereka semua daripada pelajar University of Melbourne.

"Hello anak daddy. Macam mana disana? Everything is fine?"

"I'm fine daddy. Semuanya baik-baik sahaja. You don't worry about it."

"Syukurlah. Cuti kamu ada lagi 2 minggu. Daddy rasa kalini daddy tak dapat nak melawat kamu." Di hujung kata-katanya kedengaran agak sayu dan perlahan.

"Kke-kenapa ni daddy? Daddy sakit ke?"

"No, sayang. Daddy sihat je. Cuma sampai bila Alisha? Tiga minggu lagi Aida, anak Mak Ngah kamu nak berkahwin. Masa diorang bertunang haritu kamu tak dapat datang. Apa kata kamu kalini?"

Tahun lepas, daddy ada mengajak aku untuk menghadiri majlis pertunangan Kak Aida. Anak perempuan Mak Ngah yang merupakan adik beradik dengan ibuku tetapi aku beri alasan untuk tidak menghadirinya.

Kerana aku mempunyai 1001 alasan. Nasib baik daddy sangat memahami aku. Jadi pandailah daddy memberitahu mereka atas alasan apa aku tidak pulang.

"What should I do, daddy?"

"Baliklah sayang. Balik Malaysia. Masa kamu untuk melawat daddy. Daddy dah tua nak datang ke sana luangkan masa bersama Lisha. "

Aku kelu.

Pulang?

Malaysia?

Selama bertahun aku disini langsung tidak pernah terfikir untuk pulang ke tanah airku.

"Lisha. Lisha dengar tak ni?" Suara daddy memanggilku aku hiraukan. Entah kenapa bila bercakap tentang ini aku jadi buntu.

Tak, aku tak nak jumpa dia!

Tapi apa alasan aku kalini? Daddy pun sudah kata tiba masa untuk aku luangkan masa bersama daddy. Cukuplah selama 23 tahun aku hidup, daddy yang menjadi bapa dan ibu untukku.

Tak semena-mena air mataku jatuh. Bila difikirkan kembali aku rasa sangat bersalah tapi pada masa yang sama aku belum terpasang pun niat untuk pulang kesana.

"Daddy, pasal tu nanti Lisha fikirkan balik ya." Ujarku lalu terus mematikan talian.

Ikon mesej aku buka,

I'm sorry daddy.

***

Hari ini kami semua mencapai kata sepakat untuk bercuti padahal bukan waktu cuti. Semua ini bermula apabila salah seorang roomateku, Deavina mahu kami mencuba masakan pertamanya. Tetapi lain pula yang jadi apabila kami bertiga sakit perut dan berulang alik ketandas.

"Aaa aku rasa nak pergi medical centre la, Dea." Sambil memegang perutnya, Rachel ketawa mengejek.

"Aku pun. Lagi tadi memulas-mulas. Aku tak rasa aku salah bahan." Omelnya sambil memukul pehanya dengan bantal kecil di sofa.

"Kalau macam tu? Kau ada ke check tarikh expired?" tanya aku sambil mengangkat kening kearah Deavina. Dia seakan memproses pertanyaanku tidak lama kemudian dia ketawa sendirian.

"Oh my god, aku pun rasa benda yang sama. Ni mesti kau masak barang expired kan? Gosh, rosaklah usus aku gini." Tambah Rachel. Berbalik pada Deavina, dia masih lagi menghamburkan tawa. Entah apa yang seronok, kami bertiga bersama-sama tertawa.

"Aku rasa kau patut belajar memasak dari Lisha. Selama ni pun, kau cuma tolong kitorang je tapi tak pernah pula nak cuba memasak."

"Jangan risau, Rach. Cuti sem ni aku nak balik Malaysia. Nak belajar skill memasak dengan maid aku huahuahua lepastu naik je nanti aku akan hidangkan korang berbagai jenis masakan sampai korang menjilat jari." Kami tersenyum melihat usaha Deavina yang bersungguh-sungguh mahu belajar memasak.

Sekejap,

Deavina pun mahu pulang?

Glup!

Takkan kalini dia keseorangan lagi?



























Yarra River tu beshe beshe je, tapi pada Alisha cantik. Ah biarlah dia hiks ;P

[O-G] Alisha | Pengabdian CintaWhere stories live. Discover now