Prolog

1.4K 35 1
                                        


Kedengaran bunyi rintikan hujan semakin lebat mencurah ke bumi diikuti sorakan murid-murid menandakan tiadanya aktiviti kokurikulum untuk petang ni.

Zaman sekarang biasalah,budak sekolah suka buat benda asalkan bukan positif(tak semualah ye).Tak dengar cakap,melawan,ponteng dan banyaklah.

Yang paling aku pantang bab buli. memang hakikatnya yang lemah takkan senang, yang kuat menguasai.
Haha..aku pun apa kurangnya masa sekolah dulu samseng jugak tapi bajet hero melindungi yang lemah (budak-budak sangat).

<>
'Sediakan payung sebelum hujan' bermain di fikiran. Kenapalah susah sangat aku nak masukkan payung dalam beg yang menjadi teman menemani pergi kerja dan balik kerja.

Nak tak nak hanya mampu termenung keluar tingkap menunggu hujan berhenti.

"Haii cikgu hensem! Jauh termenung dah sampai mana tu? Ke dah sampai ke hati saya ni?hehe.."

Cikgu?Ye. Aku kerja sebagai seorang cikgu sekolah menengah cuma sekolah ni milik Pengetua misteri
(acah sekolah private tu) yang hanya tertampal nama di pintu pejabat tapi takda penghuni.
Kuota murid berdaftar terhad dan sama ada kaya atau miskin semua dilayan sama dan......nantilah aku tulis..Balik ke Cikgu Hani.

<>
Aku tenung serius muka dia agak kelihatan gentar di situ.

"Alaa janganlah marah..Hani gurau sikit je dah sensitif..macam Ice King la cikgu ni.." mula dah mencebek nak kena pujuk pulak.

"Haha selalu saya dengar Ice Queen mana pulak sesat Ice King"

"..Sorry Hani..saya stress tak bawa payung ni dah hujan tak boleh balik."naik semula seri di muka Hani.

"Ooo..nanti dah berhenti baliklah..kalau berhentilah hehe..gurau je gurau je. Ahhh ni, cikgu makan la coklat ni.Special buat cikgu hensem hehe..."

kenapa mesti coklat?why?

"Ok lah, Hani balik dulu ye..makan jangan tak makan."

Beredarnya Hani suasana sunyi tinggal aku sorang.

Tak tahu nak buat apa lagi. Aku capai coklat yang Hani tinggalkan tadi takkan nak buang rezeki tu.

Aku sebenarnya tak suka coklat dari budak lagi.Tambah pulak sekarang makin tak suka bila jadi effect pelik kat aku lepas makan coklat.

Pembalut ku buka dan segera ku makan coklat tersebut.Sambil mengunyah aku merenung keluar tingkap.

Selebat-lebatnya hujan turun membasahi bumi, turun juga air mata membasahi pipi.

Itulah effect coklat yang aku katakan dimana aku terkenang segala peristiwa lalu..

Ye..yang lalu..zaman remajaku
..dan..pemergian hero anganku..

Hero AnganKuWhere stories live. Discover now