Prologue🌱

14 1 0
                                    

Sekujur tubuh lelaki yang masih terlantar di atas katil hospital itu dipandang sayu. Tubuh kaku lelaki itu penuh berselirat dengan wayar. Sekali lagi, mutiara jernihnya gugur. Hatinya luluh! Langsung tidak disangka, insan yang dia cintai kini terbaring kaku di katil hospital.

Bayangan seperti ini langsung tidak pernah terlintas oleh akal fikirannya. Bayangan tentang orang yang kau sayangi ditempatkan di ICU kerana diri kau sendiri! Ini bagaikan mimpi ngeri yang menjadi realiti. Kalau ini sebenarnya adalah sebuah mimpi, tolong bangkitkan dirinya dari lena. Kerana ini bukan apa yang dia pinta!

"Raid..." lemah suaranya kedengaran. Mutiara jernih masih laju menggelungsuri pipi gebu miliknya. Nafas ditarik dalam supaya esakannya tidak kedengaran.

Penghadang katil hospital itu diturunkan supaya dia boleh mendekati lelaki tersebut. Lelaki yang dahulu hanya merupakan teman lelaki kini bergelar suami.

Perlahan-lahan Aishah memegang tangan Raid yang masih berselirat dengan wayar. Digenggam erat tangan suaminya itu seperti tidak mahu dilepaskan. Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi yang berada di situ.

Tangan itu dikucup lembut. Pandangannya yang kabur dek air mata dijatuhkan ke arah wajah tampan si suami. Wajah yang dahulunya sentiasa manis dengan senyuman kini kelihatan pucat tidak berdarah. Satu keluhan berat dilepaskan.

Kata-kata doktor yang merawat suaminya itu masih terngiang ngiang di halwa telinga. Apabila dia teringatkan kata-kata itu, esakannya semakin kuat. Kenapa dia yang harus rasa kesakitan ini? Kenapa?! Apa dosa yang dia lakukan sehingga dihukum sebegini rupa?!

"Keadaan dia 50-50"

Walaupun perkara ini perit buat dirinya,  dia terpaksa telan. Bila-bila masa sahaja lelaki yang dia cintai ini akan pergi menghadap ilahi.

Habis lencun tudung bawal hitamnya dek air mata. Kalaulah masa boleh diundurkan, sudah pasti keadaan ini tidak akan terjadi. Kalaulah dia dengar kata-kata suaminya itu sebentar tadi, pasti mimpi ngeri ini tidak akan terjadi. Kalaulah...

"Kalaulah saya tak kenal awak, mesti awak takkan jadi macam ni."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takdir KamuWhere stories live. Discover now