:- [ 1 ]

136 15 2
                                    


  "Cepat atau lambat, aku akan dapatkan dia.."

  Suara yang bermain di dalam kepalanya membuatkan Chorong terjaga. Matanya melilau mencari kelibat orang terdekatnya di sekitar bilik. Matanya tertancap pada Jisoo yang baru sahaja selesai mandi. Terus dia menarik nafas lega.

  "Kenapa?" soal Jisoo yang melihat Chorong seperti ingin mengatakan sesuatu kepadanya. Soalannya dibalas dengan gelengan.

  Chorong meraup mukanya. Dahi yang berpeluh dilap dengan hujung baju.

  "Kau fikir pasal kejadian tu lagi ke?" bahu Chorong disentuh sebaik sahaja punggungnya berlabuh di birai katil.

  "Tak tau la.." wajah Chorong nampak  keliru. Sejak kejadian tempoh hari, dia rasa tak tenang.

  Tidur pun tak lena. Dia takut kehilangan Jisoo, sahabatnya sejak di bangku sekolah. Jika Jisoo tiada, apa akan jadi dengan dirinya? Mati bersama? Ya, lebih baik mati daripada  Jisoo tiada di depan mata.

  "Jangan lah risau. Aku ada depan kau ni. Semua orang jaga aku." katanya dengan harapan Chorong kembali tenang.

  Chorong mengangguk lalu memeluk erat Jisoo.

  "Aku tak nak hilang kau. Aku sayang kau." katanya separuh berbisik.

  "Girls!" suara nyaring Yuqi kedengaran dan dia mula menampakkan diri di pintu bilik. Di tangannya terdapat secawan kopi bersama telefon bimbitnya.

  Sudah lama mereka tinggal bertiga sejak Chorong mula memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon. Jisoo pula mula menulis novel seawal remaja dan usahanya banyak membuahkan hasil.

  Disebabkan kepercayaan tidak boleh sewenang-wenangnya diletakkan pada orang lain, Yuqi menggalas tanggungjawab menjaga kakaknya, Chorong sebagai pembantu peribadi. Jadual, pakaian semua dia sediakan. Mereka bernasib baik kerana orang tua mereka memberi pelepasan untuk mereka mengejar cita-cita mereka.

  "Sudah-sudahlah tu berdrama. Kita ada jadual kejap lagi. Siap cepat. Masa tak tunggu kita." Yuqi memulakan tugasnya.

  "Jisoo ikut tak?" pandangan Chorong terarah kepada Jisoo. Melihatkan anggukan serentak daripada Yuqi dan Jisoo, Chorong bingkas bangun sambil tersenyum. Tualanya dicapai dan dia mula bersiap.

💄

  Posisi dan kedudukannya sudah dibetulkan oleh pengarah 'Night Talk'. Semuanya sudah siap cuma perlu tunggu beberapa orang lagi.

  Yuqi dan Jisoo menunggu di ruangan yang disediakan sambil melihat Chorong yang sedang bersiap sedia.

  "Baiklah. Kita akan mula dalam kiraan 3.. 2.. 1.." jelas kedengaran suara pengarah di segenap ruang studio.

  Kamera mula fokus pada Chorong.

  "Hari ini, kita bersama dengan seorang pelakon yang cukup terkenal dengan watak antagonisnya. Pelakon yang meningkat naik.. Park Chorong!"

  "Helo, saya Park Chorong." dia cuba tersenyum manis.

  "Chorong.. Penamatan drama Forest Castle masih tak boleh diterima oleh segelintir peminat. Penonton masih terkesan dengan lakonan Chorong sebagai pembunuh bersiri dan berharap Chorong dapat berlakon dalam banyak lagi drama pada masa akan datang." kad soalan diselak.

" Ya, saya tak dapat nak sangkal drama tu sangat berjaya. Saya pun tak sangka sebenarnya walaupun saya hanya mainkan watak tambahan. Semua kru, staf dan barisan pelakon dah bekerja dengan keras dan hasil yang kami inginkan, dah dapat. Terima kasih pada para penonton yang sentiasa sokong drama ini sampai ke penghujungnya." tepukan daripada Yuqi dan Jisoo kedengaran membuatkan pengarah menyuruh mereka senyap.

Remember MeKde žijí příběhy. Začni objevovat