special chapter a.k.a mengarut

Start from the beginning
                                    

Haih, macam macam lah budak dua ekor ni.

"Dah dah, hyung nak guna tepung ni. Dah siap main belum? "

"Dah/belum! " Vmin berbalas pandangan. Beberapa saat lepastu, terhambur ketawa Taehyung.

Muka Jimin yang tak ubah macam anak cina sesat itu buatkan Taehyung tak berhenti gelak. Lebih lebih lagi bila Jimin muncungkan mulut dia. Makin selok lah si Taehyung ni.

Tanpa membuang masa, tepung terus diambil dan Seokjin terus melangkah ke arah Jungkook. Aneh, diam pula si biskut comel harini.

"Bahh! " bahu Jungkook dicepuk. Niat Seokjin nak buat Jungkook terkejut, namun hampa. Jungkook terlalu fokus dalam menganyam daun padan untuk dijadikan bekas kuih mereka sekejap lagi.

"Hmm, taknak lah kacau Kook.. "

Baru sahaja Seokjin pusingkan badan, Jungkook terus peluk pinggang lelaki itu. Dalam beberapa saat, baru lah Jungkook lepaskan.

"Bluerk! " terus dia sambung semula apa yang dilakukan olehnya dari tadi.

+

"Hyung, bila nak masak? Tae dah penat ni.. "

"Tae, kamu buat apa je huh? Dari tadi asyik makan je, macam mana boleh penat? " pangkah Seokjin.

Taehyung mula tersengih macam kerang busuk. Balang biskut yang sentiasa ada dengannya tak kira masa dan dimana terus dihulurkan ke arah Seokjin.

"Nah, dah habis. " ujar Taehyung dengan senyuman manis.

Ish budak ni. Dah habis baru nak bagi?

"Dah, pergi tolong hyung kamu yang lain tu. Takpun tolong ambilkan tupperware yang ada dekat rak tu. Esok Chim nak bawa kuih ni pergi sekolah dia. "

Taehyung buat muka. Malas katanya. Tapi kalau dah Jin hyung sendiri yang suruh, dia pun terpaksa lah buat. Maka tupperware pun diambil dan Taehyung berlari tergedek gedek menuju ke arah meja makan di mana Hoseok dan Yoongi berada.

"Nah tupperware. "

"Chim punya ke? " soal Hoseok yang masih sibuk menyusun kuih.

Taehyung angguk.

"Letak je, nanti hyung setel kan. " balas Hoseok dengan senyuman manisnya.

Aish, author cair.

Okay cut!

"Lah, dah habis ke? " Namjoon baru muncul dengan tangan yang menjijit dua buah plastik hitam.

"Yah, kau beli santan ke, kau pergi panjat pokok kelapa tu? Asal lama sangat? " Yoongi macam biasa, tak puas hati.

Ya lah. Kuih yang sepatutnya siap dua jam lalu dah tertangguh. Kuih lain pula yang muncul pada waktu yang sama. Punya lama si Namjoon ni cari santan.

Namjoon hanya mampu tergelak. Alah, gelak orang bersalah. Terus dia bergerak ke arah dapur. Plastik tersebut diletak atas meja.

"Haa, jumpa tak? "

"Ini Namjoon lah hyung, " santan yang dimaksudkan Namjoon bawa keluar dari plastik. Lantas ditayang depan muka Seokjin.

"Huh! Jangan puji, nanti terkoyak baju. " uishh, bangga sungguh.

Sekali Seokjin lepuk dahi Namjoon, terus terdiam tak berkutik habang Namjoon ni.

"Ini bukan santan cik abang, "

"Habis? Orang tu cakap yang ni santan. "

"Siapa orang tu? " soal Seokjin lagi. Lengan baju hanbok sudah siap disinsing.

Gulp!

"Err..."

"Hyung tanya SIAPA? "

Nak taknak, Namjoon akhirnya mengalah. "Anak pakcik Choi. "

"Choi Yeonjun? Choi Beomgyu? Choi Soobin? Choi San? Choi mana satu? " sekali Seokjin senaraikan, haa ambek kau.

"Soobin. Budak bawah kita. " balas Namjoon seakan akan berbisik.

"Hyung gurau je lah, betul lah ni santan. " Seokjin kemudiannya tergelak kecil.

Namjoon pula muka terkejut. Mengalahkan beruk.

"Hyung!! "

"Dah, dah. Jom masak kuih, nanti tak sempat nak kasitau reader author kesayangan kita ni cara cara nak buat kuih tepung pelita. "

Maka, bergerak lah Seokjin dan Namjoon ke arah meja Hoseok dan Yoongi berada.

+

"Bahan yang pertama, kita wajib ada daun pandan! "

"Okay siap! " sebakul daun pandan yang telahpun siap dibuat bentuk petak diangkat oleh Jungkook.

Tersenyum bangga ini anak bila Seokjin usap kepala dia. Taehyung dan Jimin disebelah dipandang dengan segaris senyuman senget. Senyuman macam nak perli lah kiranya.

"Bahan yang kedua, santan. " dua buah plastik santan Seokjin tayangkan ke arah semua member. Maklumlah,  jakun belaka. Tak pernah jumpa zantan.

Silap, santan.

"Tepung jagung, gula, dan kita boleh mulakan. " ujar Seokjin.

Riuh rendah suara mereka bertujuh di dapur. Ada yang menjerit sebab kena tarik rambut, ada yang teruja dengan kuih yang dalam proses untuk siap, ada yang high lepas minum santan. Apa kejadah Yoongi oi kau pergi minum santan tu.

Kita pusingkan jarum jam tiga jam ke hadapan. Kuih dah pun siap. Tunggu nak dilahap je. Tapi nanti dulu, tak boleh lagi.

"Air sirap air sirap beri laluan! " Hoseok muncul dengan dua jug air sirap.

"Kalau taknak muka korang melecur, bagi laluan. " muncul pula Yoongi dengan membawa mangkuk yang penuh diisi rendang.

Namjoon dan Jimin sibuk menyusun pinggan di atas meja. Taehyung pula muncul dengan dua bekas kuih ditangan. Jungkook? Jejaka comel ini juga sibuk memacakkan lilin.

Bila semua dah siap dan telahpun duduk di tempat masing-masing, Seokjin berdehem kecil.

Puff! Lilin menyala dengan sendirinya.

Lalu, sekotak kurma dikeluarkan dari laci meja. Setiap seorang dapat tiga biji kurma. Jam yang tergantung di dinding telahpun berbunyi.

"Mari, kita mulakan. "

Mereka pun apa lagi, makan lah. Dah ada makanan terhidang depan mata, tunggu apa lagi.

"Sedap jugak kuih ni. " puji Yoongi.

Jimin turut mengangguk. Tak sia-sia dia tebalkan muka untuk minta daun pandan dekat pelajar kelas dia semalam.

"Kurma ni pun manis. " Jungkook pula bersuara.

"Semanis cinta kita. " balas Taehyung. Wink diberikan kepada Jungkook.

Seokjin turut mengangguk. Setuju dengan pendapat Hoseok dan Yoongi. Kuih disuakan ke dalam mulut.

Lalu, Seokjin memusingkan badannya ke arah tingkap yang ada di sebelah kiri. Gugusan bintang yang berteraburan memenuhi langit kelihatan indah di matanya.

"Selamat menjalani ibadah puasa. Jangan curi curi makan, jaga diri di sepanjang musim pkp ni, jangan selalu tidur, dan yang paling penting, "

Segaris senyuman terhasil di wajahnya.

"Ghost teller akan kembali, dengan kisah manusia yang semakin menarik. "








-tbc-

maapkan author mu yang merapu di siang hari ini :'(.

selamat menyambut ramadhan semua! 🌻❤️

yang benar dan tulus ikhlas,
rungs- 🌸


ghost teller | btsWhere stories live. Discover now