Chapter 1 (Propose)

10 0 0
                                        

@ @ @

Chang Kyun memerhatikan Jae Ha yang sedang menjamah makanannya itu dengan senyuman. Suasana di restaurant lima bintang itu sangat aman dengan bunyi muzik yang dipasang bagi memberikan ketenangan kepada pelanggan untuk menjamu selera. "Chagiya.." panggil Chang Kyun secara tiba-tiba membuatkan Jae Ha mendongak. Dia memandang Chang Kyun dengan pandangan hairan.

"Waeyo oppa?" tanya Jae Ha apabila Chang Kyun hanya memandangnya dengan senyuman yang sangat lah manis.

Tiba-tiba, Chang Kyun mengeluarkan sebuah kotak kecil daripada kocek seluarnya dan diberikan kepada Jae Ha membuatkan Jae Ha terkejut.

"Igae mwoya?" Jae Ha mengambil kotak kecil tersebut sambil memandang Chang Kyun untuk mendapatkan kepastian.

"Bukak lah." Arah Chang Kyun masih lagi dengan senyuman.

Dengan ragu-ragu Jae Ha membuka kotak itu. Dan mata Jae Ha membulat dengan sempurna sebaik sahaja melihat isi kandungan kotak tersebut. Dia sangat terkejut melihat isi kotak tersebut.

Chang Kyun memegang tangan kanan Jae Ha dengan sangat lembut dan dia memandang tepat kedalam anak mata Jae Ha. "Narang... kyeoreon haejullae?" tanya Chang Kyun dengan suara yang sangat lembut membuatkan Jae Ha menjadi patung di situ.

Jae Ha tidak tahu reaksi seperti apa yang harus diberikan kerana dia tidak pernah dilamar. Hahaha. Walaupun dalam otaknya sudah beberapa kali membayangkan dirinya di lamar tapi dia tidak sangka secepat itu.

"Oppa... kalau dah macam ni macam mana saya nak kata 'tidak'?" tanya Jae Ha sebelum dia tertawa kecil. Dia masih lagi tidak percaya apa yang sedang dialami sekarang. Dalam pada masa yang sama dia terharu dengan lamaran tersebut.

Chang Kyun mengeluarkan cincin tersebut daripada kotak dan dipakaikan pada jari manis Jae Ha. Dia memegang kedua-dua tangan Jae Ha lembut dan memberikan pandangan yang hangat kepada Jae Ha.

"Oppa tahu, banyak benda yang oppa kurang, tapi... oppa akan cuba sedaya upaya oppa untuk jadi manusia yang sempurna untuk Jae Ha..." kata Chang Kyun membuatkan Jae Ha bertambah terharu.

"Nado~" balas Jae Ha dengan senyuman. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya sekarang. Dia terasa sangat gembira dan dia rasakan dunia ini seakan-akan dia yang punya.

"Mianhae... sebab buatkan Jae Ha tunggu lama untuk saat macam ni." Kata Chang Kyun. Tangannya bermain-main dengan tangan Jae Ha.

"Aniaeyo... nan gwaenchanayo... saya tak kisah ambil masa lama mana pun, apa yang penting... oppa tunaikan janji oppa untuk lamar saya. Lagi pun, tiga tahun bukannya lama mana pun." Balas Jae Ha tenang.

"Gomawo sebab sentiasa ada dengan oppa waktu oppa susah..." Chang Kyun meletakkan tangan kanan Jae Ha di pipinya dan dia memandang tepat kedalam anak mata Jae Ha membuatkan Jae Ha berasa segan.

FATEWhere stories live. Discover now