IMPIAN

88 5 0
                                    

2019
Siang - Pejabat

Ruang pejabat masih sesak seperti biasa. Beberapa editor masih sibuk menyelak dan menyemak manuskrip-manuskrip yang tiba. Masing-masing leka dengan kerja sendiri. Bunyi papan kekunci seakan bersatu harmoni. Dengan silauan matahari yang masuk melalui tingkap pejabat, Lili merasakan inilah syurganya. Dengan tenang dan perlahan dia mengatur langkah ke sebuah bilik. Tentera :

'En. Mikael – Editor'

Tuk! Tuk! Tuk! – ketukkan lembut.

"Masuk." Arah suara di balik pintu.

Lili mengambil tempat, seperti sudah biasa.

"Awal sampai." Kata Tuan Mikael dengan senyuman. Dia mula mengalihkan kertas-kertas yang baru disemak. Pandangnnya jatuh pada kumpulan helaian kertas milik Lili. Tuan Mikael menghulurkan tangannya. Tanpa ragu, Lili memberi. Kertas bertukar tangan. Tuan Mikael kelihatan serius. Tanpa Lili sedar, dia mencurahkan seluruh perhatian pada lelaki di hadapannya.

Dengan wajah yang runcing, dan mata yang tajam. Tuan Mikael mempunyai wajah yang cukup unik dan menarik. Pandangan Lili jatuh pada muka lelaki itu. Kulitnya cerah, rambut hitamnya dibiarkan tanpa gel rambut, tubuhnya tinggi dan kurus tetapi tegap. Entah kenapa lelaki ini memilih untuk berkerja dalam kesibukkan sedangkan dia boleh bersenang memandangkan dia adalah ketua. Dia boleh, memberi separuh beban kerja pada orang bawahnya, dia boleh pergi menikmati masa mudanya dan keluar mencari teman.

Tetapi, lelaki ini lebih senang menghabiskan masanya di pejabat. Menyemak dan menyelak setiap helaian tanpa henti. Kerja kerasnya, terpancar pada tangan dan jari-jarinya yang kasar. Tuan Mikael tidak ada teman wanita dan dibesarkan dalam keluarga berada. Melihatkan keadaannya, Tuan Mikael tidak perlu bersusah payah untuk berkerja. Boleh sahaja dia berkerja di bawah bapanya dengan gaji yang Lili kira cukup lumayan. Tetapi kenapa? Untuk siapa kerja keras yang Tuan Mikael lakukan? Lili terus-terusan memandang.

"Jangan pandang lama sangat Lili. Saya belum berkahwin lagi" dengan selamba dia berkata, sambil menyelak helaian kertas milik Lili.

Lili sekadar tersenyum. Kertas yang sudah disemak, kembali dikemas.

"Lain macam biografi yang awak nak buat kali ni?" kata Tuan Mikael sambil memeluk tubuh dan bersandar pada kerusinya.

"Kenapa dia?" soalnya lagi. Mata tajamnya, meruncing memandang Lili. Lili diam hanya memandang Tuan Mikael yang menanti jawapannya.

"Pilih pesona untuk dijadikan buku biografi, ibarat kita memilih watak yang tepat untuk membentuk seluruh generasi. Sebelum masyarakat menilai, saya perlu tahu penilaian awak terhadap 'dia'. Jika awak ada sebab yang kukuh. Saya tak rasa ada sebab untuk masyarakat menilai." Katanya dengan lebih panjang.

"Saya tak ada jawapan yang tepat. Tetapi saya tahu, ada banyak yang saya perlu tahu disebalik orang yang berkarya. Dan saya penat meneka, melalui karya mereka. Saya mahukan jawapan yang terus." Katanya.

"Tentang apa?" Soal Tuan Mikael lagi.

"Tentang hidup." Katanya pendek. Tuan Mikael mengangguk faham. Dia tersenyum lembut.


"Dah-dah la tu, dia tak kenal kau pun. Orang macam kita ni, mereka tak hadap." Bingit suara Hana masuk ke dalam telinga.

"Apa salahnya minat. Bukan aku intip dia macam perempuan gila" bidas Lili halus. Dia masih lagi membelek helaian poster yang diterima dari salah seorang rakan kelasnya.

"Lili, aku cakap ni sebagai kawan. Sebabkan orang-orang macam mereka tu lah, kau tak duduk dekat dunia nyata" katanya lagi. 'mereka' yang dimaksudkan Hana adalah kawan-kawan sekelasnya. Lili masih memekakkan telinga.

"Sebab tu kau tak ada pakwe." Sambung Hana, lalu meninggalkan Lili.

Dia tahu Noah dan dirinya dari dunia yang berbeza. Tetapi salahkah jika dia menjadikan Noah sebagai impiannya? Peperiksaan SPM sudah semakin dekat. Kawan-kawannya sudah mula memilih hala tuju mereka setahun yang lalu. Mendengarkan rancangan mereka selepas tamat belajar, membuatkan Lili semakin takut. Apa yang dia mahu lakukan? Di akhirnya nanti, apa yang mahu dicapai? Pada awalnya, dia meminati Noah sekadar untuk hiburan di asrama, memandangkan tidak banyak yang boleh dinikmati. Tetapi hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Dia tahu, apa yang dia rasa lebih dari sekadar minat. Tidak juga cinta. Noah ibarat impian. Impian yang dia tahu dia perlu tuju. Tetapi kawan-kawan sering merasakan dia bermimpi. 'Ah! Mereka tidak faham' itu yang seringkali terlintas di hatinya. Dua tahun terakhir, dia bertukus lumus berfikir jalan mana yang lebih tepat untuk dia melangkah lebih dekat pada Noah. Dan akhirnya dia menemukan jalan yang tepat, yang bakal membawanya pada sebuah impian.


            Bunyi hon silih berganti mengejutkannya dari lamunan masa lalu. Dia melihat orang sudah mula melintas. Dia tidak sedar lampu pejalan kaki sudah bertukar warna. Dengan pantas dia melangkah. Kuala Lumpur tetap dengan wajahnya yang sama. Tidak berubah walau sedikit. Entah kenapa di merasakan setiap saat berjalan perlahan. Seakan dia tersekat dalam lingkungan waktu. Langkah tetap diteruskan. Sampai di seberang jalan, dia melepaskan nafas lega. Dia melihat kumpulan kertas di tangannya, yang baru diluluskan oleh Tuan Mikael. Dia mula sebagai seorang gadis yang sekadar mengejar impian. Kemudian memutuskan untuk menjadi penulis, dia hilang arah dan hala tuju sewaktu di Universiti. Berkali-kali dia merasakan, keputusannya menjadikan Noah titik akhir perlumbaan, sebagai satu keputusan yang salah. Bertahun dia menghabiskan masanya, menjalani hidup ibarat layang-layang putus tali. Sehinggalah dia berkerja sebagai penulis biografi sepenuh masa untuk menyara hidup. Minat? Jangan ditanya soal itu. Dia seakan sudah lupa perasaan yang membuatnya leka dalam dunia sendiri. Keluhan berat dilepaskan. Kertas di tangan, sekali lagi digenggam erat. Lili mendongak memandang langit cerah.


Petang – Bilik Noah

Gelap. Tiada satu cahaya pun dibenarkan masuk melalui tingkap, langsir dan celah pintu biliknya. Biar. Dia mahu keadaan begitu. Derianya lebih aktif bila dunianya gelap. Dia terbaring. Tidak bergerak. Sekadar berkelip. Akhir-akhir ini, dia merasa terasing. Sudah empat belas tahun dia memilih jalan menjadi penyanyi. Pada awalnya, pandanganya jelas dan cerah. Dia hidup untuk impiannya. Dia curahkan segalanya untuk kerja. Lama-kelamaan, dia ibarat hidup untuk hidup yang lain. Usaha keras yang dicurahkan pada impiannya seakan hilang, melayang entah ke mana.

Tiada siapa yang mahu bertanya, apa yang ingin dia benar-benar lakukan. Untuk apa hidupnya? Noah bangun. Dengan perlahan melangkah ke meja kerjanya. Lampu meja dipasang. Dia membuka laci kecil di bahagian kiri meja. Noah mengeluarkan beberapa helaian kertas yang ditulis not dan lirik lagu. Satu persatu diselak. Dia leka. Tidak pernah dia seleka itu.

"Puas bergelap?" Noah tidak berkutik mendengar suara Eddy yang datang entah dari mana. Dia terus-terusan menyelak helaian kertas.

Eddy mendekati Noah.

"Kau kecewa ke lagu-lagu ni tak diterima?" soal Eddy. Noah diam.

"Aku faham. Tapi inilah realiti yang kau kena hadap. Kita ni hidup untuk penuhi kehendak masyarakat." Kata Eddy lembut. Noah masih membisu.

"Noah? Dah lah tu." Eddy merampas helaian kertas pada Noah dan menyimpannya semula di dalam laci.

"Sekejap lagi, seluruh produksi ada mesyuarat untuk album kau akan datang. Ingat jangan lambat." Kata Eddy. Melihatkan Noah masih membatu, Eddy sekadar menggeleng kepala dan beredar. Pintu di tutup. Noah kembali sendirian.

Untuk pertama kalinya, dia mahu lari dan melakukan apa kehendak hatinya. Tetapi bagaimana dengan orang-orang yang hidup dengan muziknya? Mereka meletakkan harapan pada hasil kerjanya. Walaupun, apa yang dia sajikan pada mereka bukanlah dirinya.

Untuk kesekian kalinya, dia hanya membatu. Buntu.

LANGKAHWhere stories live. Discover now