"Black Forest Cake ada dijual di sini, kan?" soal Tihani kepada pelayan lelaki yang dari tadi menunggu pesanannya.

"Ya, memang ada dijual di sini tetapi kek itu hanya ada sebiji je hari ini. Kebetulan pula kek itu sudah ditempah oleh seseorang. Kami kehabisan bahan kek itu sebab bahan-bahan dia memang diimport dari luar negara. Jadi, pengurus kami tak nak letak kek itu di dalam menu hari ini." Pelayan itu menjawab dengan riak wajah yang serba salah.

Tihani tersenyum tawar. Tak ada rezeki untuk nenda hari ini.

"Tak apa. Saya ambil kek ini je." Jari diletakkan di atas sebuah gambar kek di atas kertas pamphlet.

"Baiklah, cik tunggu sebentar. Do you want something? Perhaps drink or food?"

"Chocolate blended, please." Pesan Tihani dengan senyuman manis.

"Alright." Pelayan itu melangkah pergi meninggalkan Tihani di meja.

Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng pintu kafe dibuka. Tihani memandang gerangan yang baru masuk ke dalam Cafe Luxy dan bukan dia seorang sahaja yang memerhati jejaka itu, tetapi boleh dikatakan semua orang di dalam kafe itu memerhati setiap langkah jejaka itu. Ya, aura si 'dia' itu terlalu kuat.

Segak, bergaya dan maskulin.

Itu tanggapan yang terlintas di dalam Tihani tatkala dia melihat jejaka yang menjadi tumpuan para pelanggan di Cafe Luxy itu.

"Selamat pagi, tuan!" Semua pekerja di Cafe Luxy berhenti membuat kerja dan kemudiannya mereka menyapa jejaka itu sambil membongkokkan badan.

Kening Tihani terangkat. Seriously? Tadi waktu dia masuk, tak ada lah sampai macam ni pekerja Cafe Luxy ini menyapa dia. Ini pasti jejaka itu mempunyai pangkat tertentu sehinggakan semua pekerja menghormatinya. Dia perasan riak muka jejaka itu yang jelas kelihatan tidak selesa.

"Selamat datang, Tuan Zufar." Sapa pelayan di kaunter itu dengan hormat.

Eh? Zufar? Hati Tihani mula merasakan sesuatu. Tak mungkin itu ialah jejaka yang dia jumpa di Pantai Cahaya.

"About Black Forest Cake." Dingin suara Zufar berkata. Tihani pula sedang terhendap- hendap di sebalik pamphlet untuk melihat wajah Zufar. Malangnya, badan Zufar hanya membelakangi dia dari tadi.

"Oh, yes. Cik Lucy dah maklumkan kepada saya tentang tempahan Tuan Zufar. Tunggu sebentar ya." Pelayan di kaunter itu melangkah masuk ke bahagian dapur. Tak lama kemudian, pekerja itu keluar dari dapur sambil memegang sebiji kek.

Tihani terlopong. Dia kenal warna, bentuk, hiasan dan bau kek itu! Arghh, dia nak kek tu!

"Kek nenda!" Tihani terbangun dari kerusi! Habis terbalik kerusi yang dia duduki sebentar tadi.

Krik... Krik... Suasana kafe sunyi sepi. Masing-masing tercengang dengan perlakuan drastik Tihani.

Tihani terpaku. Subhanallah, apa yang kau dah buat ni Tihani Arissa!

Zufar pusing kepalanya ke belakang. Keningnya terangkat sebaik sahaja melihat wajah 'pengecoh' itu. Bohonglah dia kalau dia tak kenal 'wajah Itu'.

Ah, that stubborn girl.

"Err sorry, my bad." Tihani terkulat-kulat. Dia dapat rasakan mukanya sedang panas menahan malu. Aduhai Tihani Arissa, apa yang kau dah buat ni? Mana kau nak letak muka sekarang ni? Tihani mengetap bibirnya.

"Miss, your chocolate blended and your cake is ready." Pelayan lelaki itu meletakkan gelas kaca di atas meja. Badannya bergetar-getar menahan ketawa. Hatinya digeletek dengan perlakuan Tihani sebentar tadi. Namun dia tak lah gila sampai nak menghamburkan tawanya di hadapan pelanggan.

"This drink, can you wrap it up for me?" Pinta Tihani dengan nada perlahan. Mukanya masih menahan malu. Kalaulah ada topeng muka dalam beg dia, dah lama dia pakai!

"Sure, miss." Pelayan itu mengambil semula gelas kaca itu dan dia berlalu ke arah dapur. Sebelum itu, dia sempat mengangkat kerusi yang terjatuh. Bibirnya masih terketar-ketar menahan tawa.

Tihani berjalan ke arah kaunter dengan selamba. Padahal, dalam hatinya hanya tuhan yang tahu. Entah-entah, dua tahun lagi baru dia datang balik ke Cafe Luxy ini!

"Tuan Zufar, your cake." Ujar pelayan di meja kaunter. Kotak kek diletakkan di hadapan Zufar.

Tihani terus tersedar. Ya, tadi kan dia nak pastikan sesuatu tentang jejaka yang bernama 'Zufar' ini. Kepala terus diangkat untuk melihat jejaka di sebelahnya ini.

Tihani menelan air liurnya. Gulp. Betul. Dia lelaki itu. Lelaki yang dia temui di pantai itu. Wajah Zufar diperhati dari tepi. Jelas aura maskulin terpancar-pancar dari wajah itu. Aura yang hanya ada pada lelaki itu. Walaupun tiada senyuman di wajah itu, namun hatinya tetap berasa tenang melihat raut wajah itu. Pelik.

Tihani lantas melarikan pandangan matanya, daripada terus menatap wajah Zufar. Uish, zina mata nanti!

Zufar tiba-tiba mengambil sehelai kertas di atas kaunter dan ditulis sesuatu. Selesai dia menulis, kertas kecil itu diselitkan bersama kad debit lalu diberikan kepada pelayan di hadapannya. Berkerut-kerut dahi pelayan itu membaca nota kecil Zufar. Seketika kemudian, bibirnya tersenyum.

"Alright, sir." Tangan pelayan itu mula bergerak-gerak di atas skrin komputer. Selesai membuat bayaran, kad debit dihulurkan semula kepada Zufar.

"Thank you." Kek diambil kemudian Zufar berjalan ke arah pintu kafe tanpa sedikit pun menoleh ke arah Tihani.

"Selamat pulang, tuan!" Sekali lagi semua pekerja berhenti membuat kerja dan mereka menunduk hormat kepada Zufar. Zufar hanya membalas dengan kepala yang ditunduk sedikit.

"Miss, your cake and chocolate blended." Tihani tersentak! Dia kemudiannya tersengih kepada pelayan itu. Itulah, berangan lagi Cik Tihani Arissa.

"How much?" soal Tihani

"No need. It's free." Jawab pelayan itu dengan senyuman penuh makna.

"Huh?" Tihani terkebil-kebil.

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
Pre-order Novel The Hunter (C) Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt