"Madam Salima is coming home! Lusa dia akan sampai di Malaysia." Ujar Flora dengan teruja! Mata Tihani bersinar-sinar.

"Are you serious? Nenda is coming home?"

"Takkan saya nak tipu cik muda pula." Flora tersengih.

"Okey, jom balik. Tak sabarnya nak jumpa nenda! Lama betul dia duduk di London. Agaknya dah jumpa bakal suami Mat Saleh kot." Tihani dan Flora ketawa kecil.

"Jom korang!" Panggil Flora kepada dua orang bodyguard yang akhirnya terbaring di atas tembok itu. Tahu tidur je!

"Finally, dah nak bengkak punggung aku duduk sini." Bebel salah seorang bodyguard tadi. Dalam hatinya, dia berdoa supaya hal ini tidak berlaku lagi. Susah juga nak pujuk insan yang bernama perempuan ini!

TIHANI berdiri di hadapan vila milik keluarganya. Berat hatinya nak masuk. Flora sudah lama pulang selepas dipaksa olehnya. Dua orang bodyguards tadi juga dipaksa olehnya untuk masuk ke dalam rumah mereka yang berada di belakang Vila Kayangan ini.

Pintu rumah ditolak dengan perlahan. Harap-haraplah orang dalam rumah ini masih tidur ataupun tengah wirid solat. Fikir tentang solat subuh, nasib baik dia dalam keadaan 'bendera merah'. Dengan langkah bismillah, Tihani melangkah masuk ke dalam rumah. Keadaan Vila Kayangan milik keluarga Dato Firdaus dan Datin Qaleda dipandang oleh Tihani dengan teliti. Vila besar tapi penghuni di dalamnya sangat sikit. Hanya ada dia, ayahanda dan bondanya. Cuma sekali-sekala nenda akan datang duduk rumah mereka ini.

"Okey, selamat." Tihani menghela nafas lega. Baru sahaja kakinya ingin melangkah, bunyi deheman membuatkan badannya terkaku.

"Baru balik? Seronok lari dari rumah?" Sinis Datin Qaleda menyoal.

Tihani menarik nafas dalam-dalam. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke ruang tamu. Wajahnya hanya tunduk sepanjang dia berjalan. Gentar hatinya ingin memandang wajah marah Datin Qaleda.

"Bonda, Hani minta maaf." Perlahan suara Tihani meminta maaf. Tangan bondanya diraih dengan lembut. Tapi belum sempat dia mencium tangan putih itu, Datin Qaleda menepis kasar tangannya!

"Seronok sangat ke? Hani memang suka susahkan semua orang kan?" Keras suara Datin Qaleda.

Tihani menahan air mata yang bila-bila masa saja akan jatuh ke bumi. Ya Allah, berilah kekuatan kepada aku supaya aku tidak melawan bonda. Tihani memejam matanya dengan rapat dan air matanya jatuh ke atas lantai.

"Ha, menangis! Menangislah sampai mata tu lebam! Bonda maafkan kamu. Tapi kalau sekali lagi benda macam ni terjadi, jangan harap bonda nak maafkan kamu! Nasib baik media tak tahu apa-apa. Kalau tak, mesti keluarga kita dah malu besar!" Datin Qaleda mendengus kasar! Dia kemudiannya melangkah pergi meninggalkan Tihani. Tak ada masa dia nak pujuk Si Tihani itu. Pandai-pandailah pujuk diri sendiri!

Tihani terjelepuk di atas permaidani itu. Bibirnya tersenyum tawar. Bonda lebih pentingkan pandangan orang luar daripada anak sendiri kan? Bunyi pintu dibuka dari tingkat atas menarik perhatian Tihani. Dia memandang ke atas tingkat 2 vila itu. Kelihatan Dato Firdaus sedang memandangnya dengan pandangan penuh kesal.

"Ayahanda..." Dato Firdaus hanya membiarkan panggilan Tihani kepadanya. Lantas pintu bilik kerja ditutup semula. Tihani tergamam. Perit dia rasakan sekarang ini. Ditepuk-tepuk dadanya yang terasa sayu. Sakit sangat!

Tiba-tiba badannya dipeluk oleh seseorang. Tihani mendongak kepalanya. Mak Ita, pembantu rumah mereka sedang tersenyum kepadanya. Tangan itu mengusap kepalanya dengan lembut.

"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Hani, anak yang baik. Maka teruskanlah bersabar dan berdoa supaya Allah melembutkan hati mereka." Mak Ita memeluk erat tubuh badan anak majikannya itu. Tihani tersenyum dalam tangisan.

Pre-order Novel The Hunter (C) Where stories live. Discover now