"Tihani....Tihani Arissa." Aakif mengangguk faham. Cantik sungguh nama. Seindah maksudnya.

Tihani Arissa, maksudnya bahagia dan kuat.

"Ermm Cik Tihani, apa yang kami boleh bantu? Mungkin kami boleh hubungi keluarga cik? Lagipun bahaya cik duduk seorang diri di sini." soal Aakif dengan prihatin. Tangannya sudah memegang telefon.

Tihani pantas menggeleng kepalanya. Balik rumah? Memang tak la! Susah payah dia larikan diri dan kalau mereka di dalam rumah agam itu tahu, habislah dia. Biarlah dia pulang dengan sendirinya.

"Tak apa. Saya tak perlukannya. Terima kasih." Ucap Tihani dengan senyuman nipis. Aakif pelik. Biar betul? Boleh ke duduk seorang dekat sini?

"Miss, are you sure? Kami tak ada masa nak main-main sekarang ini." Tegas Zufar.

Tihani memandang wajah Zufar yang sedikit tertutup dengan hoodie biru gelap itu. Wajah itu hanya beriak biasa tanpa senyuman. Tak marah dan tak risau tetapi hanya riak tenang terpancar di wajah itu.

"Yes, I am very sure. Saya boleh duduk seorang diri dekat sini." Jawab Tihani dengan yakin sambil matanya mencari-cari rantai itu. Dia tak boleh hilangkan rantai itu.

Tanpa menunggu lama, Zufar terus melangkah pergi. Nak buat apa terhegeh-hegeh lagi dah kalau tuan empunya tak sudi. Aakif pula masih teragak-agak ingin meninggalkan Tihani tapi dia terus melangkah pergi sebaik saja Zufar memandangnya dengan tajam dari jauh.

Tihani masih mencari-cari rantai itu kemudian dia bangun berdiri di atas tembok itu. Mana tahu rantai terjatuh atas batu-batu itu walaupun perkara itu sangatlah mustahil untuk berlaku. Ye la, rantai mana boleh terbang!

Aakif menoleh ke belakang untuk memastikan Tihani dalam keadaan baik tetapi sebaliknya kejutan yang dia dapat! Bulat matanya apabila melihat Tihani sedang berdiri di atas tembok itu.

"Ya Allah! Cik, bahaya!" Jerit Aakif. Zufar turut terkejut kemudian dia terus berlari laju ke arah Tihani. Jantungnya berdegup dengan pantas! Tak, tak mungkin seorang lagi manusia akan mati di depan matanya.

Badan kecil itu dipeluk erat kemudian dia menarik Tihani turun dari tembok itu. Mereka sama-sama terjelepuk di atas tanah. Terketar-ketar tangan Zufar memegang baju tidur Tihani.

"Kau gila ke nak bunuh diri!" tengking Zufar. Matanya mencerlung marah! Tihani tergamam. Terkejut dia ditengking macam tu. Wajah marah Zufar dipandang dengan geram.

"Mana ada saya nak bunuh diri! Berdosa lah!" Tihani mendengus kasar!

"Tahu pula berdosa! Yang kau pergi panjat tembok itu kenapa? Kau tahu tak, kalau kau jatuh tadi memang pasti aku yang jadi saksi kematian kau!" Zufar mencerlung matanya ke arah Tihani. Tihani hanya diam. Dia masih terkejut ditengking sebegitu oleh Zufar.

"Rantai saya hilang. Sebab itu saya berdiri atas tembok tu. Mana tahu rantai tu jatuh atas batu-batu tu ke? Saya nak tengoklah atas batu-batu tu." Tihani mengembungkan pipinya. Dalam diam bibirnya tersenyum kecil. Entah kenapa hatinya gembira. Inilah kali pertama ada orang luar yang prihatin terhadapnya.

Zufar mengeluh lemah. Penat dia dengan Si Tihani ni. Tak pernah lagi dia jumpa dengan orang yang macam ni. Lantas dia bangun dari atas tanah kemudian dia menjauhi Tihani.

"Aakif, kau suruh Rina datang sini. Sebelum itu, suruh dia cari maklumat tentang Tihani Arissa. Nak tak nak, kita kena hantar dia balik rumah." Zufar memicit dahinya. Dia penat sungguh sekarang ini. Seminggu berada di London dan tanpa berehat terlebih dahulu, dia terus datang ke Pantai Cahaya. Tiba-tiba kena hadap manusia bernama Tihani Arissa ni pula!

"Baik, tuan." Aakif segera mengambil telefon di dalam poket seluarnya.

Zufar pula melangkah menuju ke arah keretanya. Pintu kereta dibuka kemudian diambil sneakers miliknya. Keluhan terlepas dari mulut. Mungkin ini kali terakhir dia lihat dan pegang sneakers kegemarannya ini. Dia kemudiannya melangkah kembali ke arah tembok itu. Sneakers di tangan dihulurkan kepada Tihani.

Pre-order Novel The Hunter (C) Where stories live. Discover now