"Perjanjian beta dengan kamu supaya tidak menggunakan kuasa itu! Apa itu tidak jelas lagi? Atau kamu lupa?" Soal Raja Daichi Ryuu dingin. Anak mata birunya mencerlung tajam.

Noaki ketap bibir. Kedua tangannya telah digari begitu juga dengan kaki. Ya, dia tidak sepatutnya menggunakan kuasa larangan itu. Kerana kuasanya itu dulu pernah mencederakan putera mahkota Esfahan. Sehingga Kotaro terlantar di hospital berbulan lamanya.

"Ampun Tuan–ku," Ujarnya perlahan.

"Kamu tahu minta ampun saja! Sini beta bagi kau pelajaran!" Cemeti di libas kuat ke badan Noaki. Sehingga tergores isi daging lelaki itu kerjanya.

"Sakit Tuanku... Sak–it," Deras nafas  Noaki akibat menerima sebatan yang tiada hentinya itu.

Raja Daichi Ryuu tersenyum puas. Dia tidak kisah Noaki mati, jangan puteranya sudah. Dia sanggup buat apa saja untuk puteranya. Dan disebabkan Noaki telah melanggar perjanjian antara mereka, Noaki patut dihukum!

Sebatan tadi berterusan sehinggalah ada yang datang mengganggu.

"Tuanku, maaf mengganggu. Ada seorang remaja ingin berjumpa dengan Tuanku," Celah penasihat raja.

Tajam mata Daichi Ryuu merenung penasihatnya itu.

"Pengawal teruskan seksaan. Beta ada urusan," Cemeti tadi dibuang ke lantai  lalu dia beredar. Sesudah si Raja beredar pengawal yang ditugaskan memulakan semula apa yang tertangguh tadi.

Setelah keluar dari penjara bawah tanah itu, Raja Daichi Ryuu menyoal penasihatnya tadi.

"Siapa yang ingin berjumpa beta?"

"Namanya Kirito, Tuanku. Katanya dia mahu sahabatnya dipulangkan atau Istana ini nanti di bakarnya," Jawab penasihatnya.

"Biadab! Berani dia ingin membakar istana beta!" Langkah Raja Esfahan itu semakin besar setelah mendengar jawapan daripada penasihatnya tadi.

Sampai saja di singgahsana, susuk seorang remaja lelaki terlihat membelakangi dirinya. Raja Daichi Ryuu berkerut dahi kerana susuk itu seakan dikenalinya .

"Siapa kamu?" Soalnya.

Kirito tersenyum nipis. Dia berpaling ke belakang. Susuk raja yang dianggap gagah oleh kesemua rakyat Esfahan di pandang atas bawah.

"Kirito Tuanku. Patik ke sini mahu menjemput sahabat patik untuk pulang, lama benar dia di sini. Risau patik dibuatnya." Tutur Kirito penuh adab. Sempat badannya di tunduk sedikit.

Raja Daichi Ryuu berjalan angkuh ke arah singgahsana miliknya. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi empuk diraja itu.

"Boleh beta tahu siapa sahabat kamu?"

"Noaki Kuzuki Tuanku. Patik rasa Tuanku kenal,"

Mencerlung tatapan tajam menjamah seraut wajah Kirito. Anak mata biru laut itu memancarkan sinaran garang apabila berlaga dengan anak mata merah milik Kirito. Senyuman sinis terukir di bibir Raja Daichi Ryuu.

"Beta kenal. Tetapi dia harus jalankan hukuman kerana melanggar perintah beta." Raja Daichi Ryuu menyandarkan badannya dengan selesa sekali.

"Wah, kejam juga Raja di kerajaan ini ya? Tetapi apakah Tuanku sudah buta? Di perlawanan tadi tiada siapa yang tercedera. Malah mereka dilindungi." Kirito berjalan perlahan ke arah kerusi untuk para pembesar bermesyuarat.

Membutang anak mata Raja Daichi Ryuu mendengar sindiran tajam daripada seorang Kirito.

Ichiro yang menemani di sisi Kirito sudah terkekeh ketawa melihat riak wajah Raja Esfahan itu yang jelas telah berubah.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now