Prolog

2 0 0
                                        

"Alya..."

Bisikan itu mengejutkannya. Bunyi kocakan air semakin kuat pada gegendang telinga.

"Alya..."

Dia rasa nafasnya sesak..

"Aku cintakan kau Alya tapi maafkan aku. Kita tak boleh bersama."

"Jangan buat saya begini, El. Tolong kesiankan saya! Tolong!"

Kepala terasa makin tenggelam ke dalam air yang sejuk. Nafas makin tercungap2. Sesekali tangan sasanya  menarik kembali Alya ke atas untuk bernafas. Dan buat kali terakhir, dia menolak kepala wanita itu tenggelam hingga ke dasar sungai. Menggelupur Alya cuba melepaskan ikatan di tangan namun lama kelamaan rontaannya semakin perlahan dan perlahan. Buih2 terakhir menggelembung ke permukaan air.

"Arrghhhh!!!"

Matanya terbuka luas dan mulutnya ternganga. Tercungap2 dia menahan nafas. Merinding peluh membasahi seluruh wajah dan tubuhnya. Liurnya diteguk beberapa kali. Badan terasa lemah dan sakit. Tangan dan dadanya penuh berselirat dengan wayar jernih. Mimpi apa ni?

"Doktor! Patient dah sedar!"

Jerit satu suara. Beberapa derap tapak kaki berlari laju menuju ke arahnya. Seorang lelaki mengeluarkan lampu suluh kecil dari dalam poket baju berwarna putih. Pastinya seorang doktor. Maknanya aku kat hospital ke? Tapi kenapa?

Setelah membuat beberapa pemeriksaan, doktor itu memberikan senyuman.

"Cik Alya, syukur awak selamat."

Cik Alya?

"Awak ada ingat apa2 tak?"

Alya membatu. Matanya berkedip2 cuba mengingati sesuatu tapi gagal. Dia cuma memegang kepala dan memicit2 perlahan. Sejurus, wajah doktor di hadapan, ditenung. Kepalanya digeleng. Doktor Saiful bingung. 2 orang jururawat yang bersamanya turut beriak resah.

"Awak pasti awak tak ingat apa2? Nama awak.. Boleh bagitahu saya siapa nama penuh awak?"

Alya menelan liur. Dia tunduk. Otaknya ligat berfikir. Puas tapi tiada hasil. Yang pasti kepalanya terasa sarat dan sakit tiba2. Menyucuk2. Air matanya mulai bertakung.

"Saya tak ingat doktor. Saya tak ingat apa2."

Esakan kecil Alya membuatkan doktor Saiful terkesima. Dia menyeluk poket. Sekeping kad dikeluarkan dan diserahkan pada wanita itu.

"Bertenang cik Alya. Polis jumpa ini dalam poket seluar awak."

Kad kecil dihulur kepadanya. Kad pengenalan diri. Memang terpampang wajahnya pada kad itu. Nama penuh, Nur Alya Aifaa binti Shukri.

"Hanya itu sahaja yang polis temui pada tubuh awak 2 minggu lepas."

Alya mendongak. Dia mahukan penjelasan lanjut.

"Apa yang jadi pada saya doktor?"

"Awak ditemui terapung oleh seorang nelayan di perairan Selat Melaka. Mungkin dah 3 hari awak hanyut. Cuma yang musykil tu, tangan awak terikat dan ada kesan pukulan pada tubuh awak."

Alya memandang kedua lengannya. Kelihatan tompokan berwarna biru keungguan  di beberapa tempat. Badannya pun terasa berbisa.

"Polis memerlukan kerjasama awak untuk kes ini. Tapi, kalau awak tak ingat apa2, ianya akan menyukarkan mereka. "

"Tapi saya memang tak ingat apa2. Macamana saya nak bagi kerjasama, doktor?"

Alya menekup telinganya yang terasa berdesing. Bibirnya menyeringai menahan sakit. Matanya dipejam.

"Cik Alya , it's ok. Jangan paksa diri. Mungkin daya ingatan awak akan pulih tak lama lagi. Tapi saya terkejut. Mana mungkin orang yang lemas dan terapung di dalam air selama 3 hari mampu hidup lagi. Sungguh, kuasa Allah mengatasi segala2nya. Awak perlu bersyukur, cik Alya. Saya rasa, semangat awak untuk hidup sangat kuat dan pastinya ajal awak belum sampai masanya. Sekarang, saya rasa, baik awak berehat dulu. Nurse... Tolong pastikan ubat dimakan mengikut waktu yang ditetapkan. Patient ni memerlukan rawatan rapi."

"Baik doc."

Alya baring semula perlahan2 setelah doktor Saiful berlalu. Penat. Lelah. Sakit. Dan yang paling menggerunkan ialah, bagaimana dia nak hidup tanpa mengetahui siapa dirinya ketika itu? Tak ada satu pun memori yang tinggal. Hanya kad pengenalan diri sahaja yang dia ada. Ya Allah.. Bantulah aku. Berilah aku petunjuk, Ya Allah. Sesungguhnya, aku manusia yang lemah. Dia membiarkan fikirannya meneroka satu persatu ruang ingatan namun hampa. Semuanya kosong. Kelam.. Udara dingin di dalam bilik ICU itu akhirnya membuai mata untuk terpejam rapat. Alya lena tanpa sedar.

(bersambung..) 😔😔

HILANGStories to obsess over. Discover now