Permulaan Cerita

3.5K 18 0
                                    

Naya mengikat beg kain yang penuh dengan syiling emas itu dengan tergesa-gesa.

"Huh.. " Leftenan Eyya berlari masuk ke dalam bilik. Dadanya turun naik dengan laju.
"Tuanku, bagi balik harta karun diraja itu dan kita akan lupakan semua ni"

"Tak" Naya merapati tingkap. Eyya mengeluarkan pedangnya.

"Jangan, Puteri Naya"

"Tangkap saya dulu kalau nak dapatkan semula syiling emas ini" Naya terus melompat dari tingkap.

"Budak ni mencari nahas" Dengan pantas, eyya berlari dan mengejar Naya. Turut sama melompat dari tingkap dan mendarat di atas koridor bawah. Kemudian mengejar Naya yang semakin jauh.

Naya membuka pintu taman itu, kemudian menjerit-jerit memanggil seseorang atau...

"Nacy! Nacy, saya dah dapat apa yang awak nak! Cepat kita mesti bertolak sebelum mereka dapat kita!"

"Ya, ya, ya!" Seekor arnab berbulu putih gebu melompat ke atas bahu Naya. Arnab itu memakai baju kemeja dan kot serta bowtie di tengah juga terdapat reben merah di telinganya.
"Mari pergi!"

Naya mengngguk. Kemudian dia berlari ke arah perigi buta di tengah-tengah taman dan sedia untuk melompat ke dalamnya.

"Tak, Tuanku jangan!" Eyya tiba-tiba muncul dan menarik pinggang Naya turun dari perigi. Keadaan menjadi kelam-kabut sehinggalah Naya tertindih di atas Eyya. Muka mereka sangat dekat dan hampir terlanggar.

"Leftenan!"

"Tuanku!"

"awak mengacau kami! Ambil ni!" Tiba-Tiba Nacy melompat di atas muka Eyya dan menghalakan punggungnya yang gebu itu di mukanya.

Naya tersenyum lalu terus bangun. Eyya meronta-ronta minta dilepaskan. Namun Nacy mencengkam vest Eyya menyebabkan Eyya tak dapat melepaskan diri.

"AHH!!"

"Take this, take this!" Nacy menggerakkan pinggulnya ke kiri dan ke kanan.

"Menjengkelkan!"

"Come on Nacy!" Naya berdiri di atas perigi. Nacy memandang Naya lalu terus melompat ke atas bahu Naya

"Tak, tak, tak!" Eyya terus melompat bangun. Dia mahu menghentikan Perbuatan Naya namun Naya sudah pun terjun ke dalam perigi.

"Tidak...!!" Eyya memasukkan kepalanya di dalam perigi. Naya dah takde....?
"Ouh no, saya sayangkan awak sangat-sangat, Puteri Naya"

"Jangan dramatik sangat! Mari!" Tiba-tiba Naya muncul lalu menarik kolar baju Eyya masuk ke dalam perigi.
___________________________________
"WARGHH!!" Eyya menjerit apabila dirinya hampir sampai ke permukaan.

BUK!
Eyya membuka matanya kemudian pandang ke bawah. Bantal, himpunan bantal di bawah punggungnya menyelamatkan nyawanya.

"Fuh!"
eyya bernafas lega. Kemudian dia terdengar suara orang menjerit kegirangan di atas kepalanya dan dia terbeliak.

"ARGH!" Naya mendarat di atas perut Eyya. Eyya mengeluh.
"Ah.. "
_____________________________
SPLASH!
Eyya terjaga. Kepala dan bajunya basah akibat Air yang dicurahkan kepadanya. Eyya terus memeluk Naya sebaik saja melihat 3 lagi makhluk di hadapannya.

"Rapunzel?"

"Hai!" Rapunzel melambai kepada Eyya.

"Gash,Tuanku bawa kita ke mana?" Soal Eyya. Pelukannya semakin erat pada Naya.

Naya ketawa kegirangan. "It's okay, Leftenan. Kita berada di dunia kisah dongeng"

"Dunia kisah dongeng?"

DONGENGDär berättelser lever. Upptäck nu