¹ Janji Temu Buta (Orked)

2.2K 174 44
                                        

Aku sudah mula mengetuk-ngetuk meja dengan hujung kuku. Entahlah, petanda tak sabar, barangkali.

Nervous? Ya. Marah? Pun, ya.

Aku bukanlah orang yang paling menepati masa di dunia, janji aku pun acap kali jadi janji Melayu. Tetapi kalau sudah hampir sejam selepas waktu yang dijanjikan untuk blind date ini pun bayang dia masih aku tak nampak, ni nak kira aku kena ditch ke, macam mana?

Lagi 5 minit nak cukup sejam. Sabar, Ked, sabar. Cukup 5 minit kita ba, rho, alif, mim, —bus! Berambus!

Kalau bukan sebab Along yang beriya-iya suruh aku jumpa lelaki ni, haram aku tak ingin datang. Aku baru 24 tahun kut, belum terdesak lagi hendak berlaki sampai suka rela nak pergi blind date. Kalau ikut kehendak emak aku, aku ada 6 tahun lagi tempoh untuk cari suami dan kahwin.

Kalau ikut kehendak aku, aku tak teringin pun nak kahwin. Bercinta pun tak mahu. Aku malas.

Okey, tipu. Kadang-kadang adalah rasa nak bercinta. Kadang-kadang. Terutamanya bila tengah period.

Tapi, itulah. Along aku ini hah, sibuk nak kenalkan kawan dia. Dah tu, mana kawannya?

“Awak, minta maaf, saya lambat!”

Sebaik sahaja aku menyedut mocha ais yang tersisa dengan nafas terakhir beserta nawaitu nak bangun dan balik, suara baritone dengan nada lembut namun terburu-buru itu menyapa. Tanpa menyambung kata, empunya suara menarik kerusi di hadapan aku terus duduk.

Dalam hati, aku sudah, “Tolak satu mata! Tak menyabar, terus nak duduk. Tak ada salam, tak ada apa!”

Tapi apabila ditimbang-tara, tolaklah terus seratus mata. Dia lambat sejam kut.

Namun sebaik sahaja, aku mengangkat muka, menatap wajahnya . . . astaghfirullah, mashaallah, bismillah, assalamualaikum saudara, nikmat dunia mana saya nak dustakan ni?

Kekacakan itu biasa sahaja, tak adalah tahap Lee Dong Wook tapi manisnya, subhanallah! Jenis muka yang lahir-lahir sahaja ahh ... sejuk perut ibu mengandung.

“Awak? Orked?” panggilnya lagi, menyedarkan aku dari terus merenung spesimen indah di hadapan mata.

Orked binti Haji Rashidi! Teguhkan hati, kuatkan iman, tegakkan pendirian! Lelaki tak tepati masa ni musuh nombor 2 dalam perhubungan. Nombor satu, abuser.

“Hah, ya! Aaron? Betul?”

“Ya, saya,”

Ya Allah, dia senyum pula! Bang, simpan senyum tu dulu, bang. Saya nak marah ni!

Kuat, Orked, kuat! Kau boleh, Ked!

“Awak dah bazirkan masa saya sejam tunggu. Ada kata-kata terakhir sebelum saya nak gerak balik ni?”

“Hah? Balik? Tapi — ”

Hah, gelabah! Padan muka!

“Haip, awak ada satu peluang je. Satu ayat je. Fikir betul-betul,”

Melihatkan muka dia semakin tak keruan, eiii saya suka! Comel! Gelabah, lagi, gelabah! Aku pun menyambung lagi,

“Terserah awak nak guna peluang ni untuk bagi alasan kenapa awak lambat ke, awak nak merungut ke, but make it one s—

“Orked, saya suka awak, koma, saya dah lama suka awak, koma, awak junior form one masa saya form five jadi saya tak nak la approach awak masa tu sebab macam creepy je, koma, tapi lepas tu kita lost contact then fast forward ke sekarang, saya ternampak gambar raya keluarga awak 2 tahun lepas dekat meja office abang awak tapi saya tak berani nak minta dia kenalkan sebab masa tu awak masih student, koma — ”

“Kau baik diam sebelum aku lempang kau sampai koma,”

Pening punya pasal dengan ayat penjelasan panjang dia dalam gubahan rap beserta seribu tanda koma dalam bentuk lisan, dah terkeluar ‘kau-aku’ di situ.

Kan dah hilang ayu aku.

“Jadi, kita kena each other dari sekolah?”

Muka lelaki ni macam tak habis terkejut lagi dengar aku cakap nak lempang dia, tapi dia cuba jawab sebaik mungkin. “Saya kenal awak, tapi saya tak tahu awak kenal saya ke tak?”

“Hmm, rasa awkward la dengar lelaki lagi tua dari saya ni cakap ’awak-saya’. Panggil je la Ked lepas tu suka hati ... err ... awaklah nak guna kata ganti diri apa,”

Lelaki ini mengangguk mendengar kata aku. Angguk-angguk tu harapnya fahamlah. Aku ni malas nak ulang—

So first of all ... abang nak minta maaf. Abang lambat sebab ...”

Sepanjang-panjang dia cerita tentang sebab kelewatan dia hari ini, tak ada sebutir perkataan pun masuk dalam otak aku sebab aku jammed dengar perkataan tu.

“Orked?”

Sapaan itu menyedarkan aku dari kebuntuan tiba-tiba tadi. “Boleh ulang balik awak cakap apa tadi?”

Lelaki ini tersenyum segaris sebelum membalas. “Abang cakap abang lambat sebab —”

“Abang?!” Euuwwww ...

“Ya, abang. Kan Orked kata suka hati abanglah nak guna apa, kan?”

Aku menatap dalam anak mata dia. Memerhati setiap butir yang boleh aku lihat, mencari sekelumit riak gurauan dalam renungan itu. Tak ada.

“Orang tua memang cringey eh kalau mengurat?” Sekian kesimpulan saya.





Perfectly MismatchedCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang