002

2.7K 321 48
                                    

yunbi's pov

“ Bi? Kenapa turun ni? ”

Younghoon menegur sebaik sahaja aku sampai ke bawah. Serentak, semua rakannya menumpukan perhatian ke arah aku. Eh, sial. Aku tak nak attention macam ni. Aku nak masuk secara senyap-senyap je, aduh.

Aku tengok muka Younghoon cuak. Mesti dia takut aku report dekat omma, haha! Kalau bukan sebab Juyeon, memang aku nak buat macam tu. But, I think omma tak kisah pun. Diorang datang bukan buat benda jahat. Datang untuk mengganggu ketenteraman orang dan memekak je lah.

Oh, ya. Nama manja aku Bi, sebab tu si Younghoon panggil aku macam tu. Bukan setakat Younghoon, kawan-kawan dia pun guna panggilan yang sama. Hey, kawan abang aku kawan aku juga, tau. Lagipun aku dah anggap mereka semua sebagai abang sendiri kecuali Juyeon.

He's special in my heart, ehek.

Hey, Bi! Lama tak nampak. Dah discharge dari hospital ya? ” Aku sengih ke arah Eric, mengangguk. Mesti pelik kan, kenapa aku masuk hospital? Nantilah aku cerita.

“ Bi, kau tak jawab soalan aku lagi. ” Ala, sibuk je si galah ni bertanya. Macam tak bagi aku turun ke sini.

Aku berdehem sedikit, “ Tak ada apa. Yunbi cuma nak minta tolong Chanhee. ” Aku melabuhkan punggung di sebelah Chanhee yang duduk bersila di bawah. Chanhee mengerdipkan mata beberapa kali.

“ Bi nak minta tolong apa? ”

“ Ni, matematik. Aduh, susah betul— eh, jap. Tak susahkan oppa ke? Tengah sibuk ke sekarang ni? ”

Chanhee menggeleng, “ Tak pun. Nak tengok movie je ni. Ha, soalan apa tak boleh jawab tu? ” Terus aku hulurkan buku latihan yang dipegang kepada Chanhee. Ya, inilah taktik aku. Gunakan alasan untuk meminta pertolongan Chanhee selesaikan homework aku, hehe.

Aku perasan mereka semua masih pandang aku. Asal? Pelik sangat ke rupa aku hari ni sampai semua tenung aku?

“ Kenapa pandang? Ada apa-apa dekat muka aku? ” Serentak semua menggeleng dan, terus pandang ke tempat lain. Weird.

Sambil Chanhee sibuk explain jalan penyelesaian soalan matematik tadi, aku pula sibuk mencuri pandang ke arah Juyeon. Tidak jauh dari tempat aku duduk, jaraknya dengan aku hanya dipisahkan oleh 3 ekor manusia iaitu Chanhee, Younghoon dan Changmin.

Makin handsome pula dia sekarang ni, padahal baru 2 months aku tak jumpa Juyeon. Mengikut cerita Younghoon, aku terlantar dekat hospital hampir 2 months sebab koma dan, 2 minggu lepas barulah aku discharge.

Puncanya? I don't know. Younghoon tak nak cerita. Geram betul. Puas aku pujuk, tapi dia tetap berkeras dengan pendirian dia. Entah apa yang dia sorokkan, aku pun tak tahu.

Terlalu ralit tenung muka Juyeon sampai tak sedar langsung lelaki itu tiba-tiba memalingkan muka ke arah aku. Mata kami bertentang, dia mula tersenyum. Dan, aku? Terus pandang tempat lain. Malu.

Tapi pada masa yang sama, aku tersengih sendiri. Juyeon senyum dekat akulah!

━━━━━━━━━━━

crush. juyeonWhere stories live. Discover now