Angkara keperitan

4 0 0
                                        

Aku yang sedang merasakan perit,

Bukan di tangan, bukan di kaki mahupun di mana-mana anggota,

Rasanya hany di hati sahaja,

Luahkan lah,

Biar rasa bertukar menjadi tulisan pena,

Mungkin juga bertukar menjadi suara,

Suara di cuping telinga yang sudi menyua,

Kadang resah, kadang tiada lena,

Sedarlah kau itu manusia,

Yang perlu ketenangan jua,

Jangan bertapa terus di gua,

Tidak mengapa jika mencari Sang Pencipta,

Namun jika diri sendiri peneman berduka,

Hanyutlah kau dalam rintik hujan,

Yang kau kumpul menjadi lautan,

Akhirnya yang kau persalah si angkara sengsara,

Tika pintu keluar sedang luas terbuka.



Kisah KeperitanStories to obsess over. Discover now