CERPEN

72 3 0
                                    




(Nak feeling lagi? Sebelum baca, bukalah lagu diatas dulu ya. Hehehe. Happy reading!)


Menjadi lumrah Izwani diherdik dan dihina ibu tirinya. Semenjak kematian ayahnya, Izwani sering didera oleh ibunya. Puas dia menggeledah idea, namun pencariannya diakhiri dengan tanda soal. Sehingga ke hari ini, dia masih tidak mengerti mengapa ibunya melayaninya sebegitu rupa. Bukan mahu mengeluh dengan ujian yang diberikan kepadanya, namun haknya sebagai seorang anak seolah-olah tidak pernah dipenuhi. Sudahlah ditinggalkan oleh ibunya sejak dilahirkan, sekarang dia perlu hidup tanpa ayahnya pula. Berbekalkan kasih sayang yang dicurahkan ayahnya dahulu, dia cuba untuk bertahan. Kalau hendak diikutkan hatinya, sudah lama dia ingin membunuh diri.

     Wani berehat seketika di atas kerusi makan setelah penat mengemas rumah. Sedang dia membetulkan kedudukan bajunya, dia terusik akan sesuatu. "Wani, ayah nak minta satu permintaan boleh?" pinta ayahnya. "Eh, mestilah boleh ayah. Apa pula tak boleh..." jawab Izwani. "Kalau ayah sudah tiada nanti, boleh tak Wani janji dengan ayah yang Wani akan jaga Ibu elok-elok?" "Ayah ni!!!" pantas Wani membidas. Dia paling pantang jika ayahnya membangkitkan soal ini. "Maaf Wani. Ayah tidak sengaja. Tapi ayah dapat rasakan bahawa ajal ayah sudah semakin dekat. Ayah tak minta banyak. Hanya minta Wani jaga diri Wani dan Ibu baik-baik. Tidak kiralah walau seteruk apapun Ibu melayan Wani, Wani kena janji dengan Ayah Wani tak akan derhaka pada Ibu." Lembut ayahnya menuturkan wasiatnya yang terakhir. Wani yang sedari tadi tidak henti-henti mengalirkan air mata bertambah sebak apabila ayahnya mengambil tangannya dan memberikan sesuatu. "Rantai ini kepunyaan arwah Mama kamu. Dia minta supaya ayah berikan kepada kamu apabila sudah sampai masanya. Ayah harap kamu dapat menjaganya dengan sebaik mungkin," jelas ayahnya. Belum sempat Wani bersuara, ayahnya sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir. "Ayah!!!"

     "Hoi perempuan. Sedikit sangat agaknya aku beri kau kerja sampai kau sempat berangan siang-siang begini!" terkejut Izwani dibuatnya. Segera dia menyeka manik-manik jernih yang tersisa di wajahnya. Penyapu yang disandarkan di tepi meja tadi segera dicapai. "Orang tua kau tu dah lama mati. Tak usahlah kau nak berangan tentang dia lagi. Buat semak otak je!" bentak Mak Wati. Hati yang sememangnya sakit lagi bertambah pedih apabila mendengar ibu tirinya berkata sebegitu. "Ibu, sampai hati ibu cakap macam itu. Wani pun..." "Ahhh! Aku malas nak mendengar bebelan kau. Pergi sambung buat kerja kau sekarang! Rumah yang kau duduk ni bukan kau yang bayar. Jangan berangan dapat hidup berlenggang kaki ya?" cantas Mak Wati. "Mengapalah ibu tidak pernah memahami aku? Apalah agaknya salah aku sehingga aku diperlakukan sebegini ya Allah," hati kecil Wani membisik. Biarlah dia menahan rasa.

     Di sekolah, Wani sering berdamping dengan rakan baiknya, Mawaddah. Segala pahit manis kehidupannya diceritakan kepada Mawaddah. Pernah juga dia membayangkan kehidupannya tanpa pendengar setianya itu. "Wani, awak termenung akan apa itu? Sudah makan?" soal Mawaddah. "Oh, Adah rupanya. Terperanjat saya. Belum. Awak tak ajak?" usik Wani. "Hai, awak ni makan pun perlu diajak ke? Jomlah," ajak Adah. Dalam dia memerli rakannya itu, dia tetap mengiyakan permintaan Wani. Sebenarnya, dia cukup kenal dengan perangai kawannya itu. Manja betul apabila bersamanya. "Kalau tidak diajak, memang tidak makanlah jawabnya," tambah Adah. Wani hanya tersengih mempamerkan giginya yang putih berseri itu. Langkah terus diorak meninggalkan pondok kecil itu.

     Setibanya di kantin, Wani memilih untuk terus duduk di meja. "Wani tak berseleralah hendak makan hari ini..." rengek Wani. Melihatkan bagai ada suram yang menyelubungi wajah sahabatnya itu, Adah seolah-olah mengerti. "Wani, awak ada masalah lagi dengan ibu tiri awak bukan?" tebak Adah. "Hmmm..." itu sahaja respon Wani. Dia tidak mahu mengenangnya lagi, namun otaknya ligat memutar kembali babaknya bersama ibunya di rumah semalam.

     "Wani, hari ini aku nak kau duduk dalam rumah ini diam-diam. Jangan kau berani hendak keluar rumah semasa ketiadaanku. Kalau aku dapat tahu kau keluar, siap kau aku cincang-cincang." Amaran ibunya itu disimpan rapi dalam ingatannya. Anggukan dibalas tanpa banyak bicara. Ibunya segera menuju ke pintu sambil menekan kunci keretanya. "ibu.." panggil Wani. "apa?" balas ibunya. "Salam..." sambil menghulurkan tangan kanannya. Ibunya malah memandang kosong tangannya dan berlalu pergi dengan kata-kata yang pedas. "Kau tak perlu hendak tunjuk  solehah sangat depan aku. Aku tak perlukan penghormatan kau. Sampai aku mati pun aku tak akan sambut huluran salam kau. Jijik aku nak pegang. Bukan setakat tangan, kalau boleh muka kau pun aku tak nak tengok dah."

KASIH YANG TERHIJABWhere stories live. Discover now