"Kau pergi mana semalam?" Soal Kirito dingin.

Shiki menoleh ke belakang. Dia yang sedang khusyuk memerhati suasana halaman rumah terganggu.

"Pergi mana-mana je," Senang si naga membalas.

"Siapa perempuan dalam bilik kau tu? Kau jangan sesumpah, jangan buat hal." Ujar Kirito keras.

Shiki mengangkat bahu saja.

KELETUK!

"Auww, sakit!" Tajam Shiki merenung tuannya itu. Kepala yang berasap dan berbenjol menarik perhatian sesiapa saja.

"Bagi tahu cepat! Kau bawa musuh atau kawan?" Soal Kirito. Diktator sungguh!

"Naga," Jawab Shiki tenang.

Besar mata Kirito mendengar jawapan yang dilontarkan.

"Perempuan tu?"

"Ya!"

"SHIKI!"

"APA?"

"SPESIS KAU MENYUSAHKAN AKU!"

Miyako yang kebetulan hendak memanggil kedua lelaki itu sarapan terkejut. Kirito dengan wajah yang merah padam manakala Shiki dengan raut yang selamba.

"Kirito, tuan Shiki jom sarapan." Panggil dia perlahan. Takut pula menyerbu dirinya.

Kirito menoleh.

"Jom!" Tangan Miyako ditarik. Tatapan tajam dihadiahkan khusus untuk Shiki yang berada di belakangnya.

Si gadis musang berekor sembilan terkejut. Secara automatik wajahnya berona merah. Kejadian semalam masih segar di ingatannya. Kejadian di mana Kirito memeluk erat tubuh kecilnya.

"Jangan lupa—" Kirito berhenti berkata apabila seorang gadis berambut putih dan bermata keemasan keluar dari bilik Shiki.

"ARGH!" Lezabel terjerit. Tindakan drastik dia itu mengeluarkan api kemerahan lalu dilontarkan nyaris mengenai Miyako. Mujur Kirito pantas menepis serangan itu.

"Shiki!" Suara di celah gigi itu menakutkan sesiapa saja. Terutamanya Shiki si naga kegelapan.

"Hey, kau. Nama kau apa?" Soal Shiki gugup. Tatapan matanya tajam merenung ke dalam mata Lezabel.

"Kau pula?" Soalan dibalas soalan. Lezabel masih berwaspada sekiranya ada serangan dari ketiga manusia di hadapannya.

"Aku Shiki. Kau pula?" Walaupun soalannya tidak dibalas. Shiki cuba sabar.

"Lelaki rambut hitam tu tak ada kuasa ke? Aku langsung tak dapat kesan kuasa dia," Gumam Lezabel.

"Lezabel," Jawab si gadis.

"Pergi selesai hal korang aku nak sarapan," Pinggang Miyako dirangkul Kirito lalu keduanya berjalan masuk ke dalam ruangan makan.

"Kenapa kau bawa aku ke sini?" Soal Lezabel dingin.

"Rumah kau dah runtuh takkan pula aku nak biar kau tertimbus dalam runtuhan gua tu kan?" Sindir Shiki.

Lezabel merenung tajam. Renungan gadis itu dibalas lebih tajam oleh Shiki.

"Dah pergi sarapan. Kau tak makan lagi lepas pengsan semalam," Ujar Shiki selamba.

Si naga betina mendengus apabila perutnya tiba-tiba saja berkeroncong. Tanpa sepatah kata lagi dia menurut jejak Shiki yang menuju ke dalam ruangan makan.

"Siapa tu?" Soal Kyoji hairan.

"Binatang ternakan Shiki," Tenang Kirito menjawab.

Kyoji mengangguk. Kamachi di sebelah hanya diam. Fokusnya hanya tertumpu kepada makanan yang terhidang. Lapar! Segala kekuatan dia hilang selepas perasmian Kesatria bulan merah semalam.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now