Setelah diletakkan di atas tilam. Tubuh Miyako di selimut pada paras dada gadis itu.

"Good night. Esok mungkin hari kejutan buat kau," Bisik jejaka bermata merah itu sambil mengelus pipi gebu Miyako.

Setelah dipastikan kedudukan Miyako selesa, Kirito melangkah keluar. Buka saja pintu bilik Miyako yang menghadap halaman rumah, hampir separuh penghuni rumahnya telah berbaris lurus.

Masing-masing memakai pakai hendak pergi mengembara.

"Semua dah siap?" Soalnya tegas.

"Siap Tuanku Raz!" Balas penghuni rumah yang mendiami rumah Kirito.

"Lucas dan kumpulan pergi ke kerajaan Alynthni. Rei, kau dengan kumpulan kau ke kerajaan Nethilocx. Muy kerajaan Asteria semestinya. Yang lain pula dah tahu kan? Pergi ke kampung kecil. Pulang dengan bala tentera hebat. Aku tak nak untuk perang kali ni kita kalah lagi! " Tegas Kirito berkata-kata di hadapan pembangun kerajaan Edona.

Sudah lama rancangannya ini. Baru kini dia berpeluang mengumpul bala bantuan untuk mencari bala tentera yang hebat. Persis suatu ketika dahulu.

"Arahan diterima Tuanku! Sembah terakhir dari kami semua!" Ujar Rei bersemangat dan diikuti dengan yang lain.

Kirito mengangguk. Tangannya dijulang ke atas bersama genggaman penumbuk. Bakal rakyat kerajaan Edona mengikut perlakuannya.

"Hidup Tuanku Raz!" Setelah laungan bersemangat itu seluruh penghuni rumah tadi hilang satu persatu. Mereka perlu segera sampai ke tempat yang telah di arahkan. Lagi cepat pengumpulan tentera dan penduduk, lagi mudah pembangunan semula kerajaan Edona.

Kirito tersenyum puas. Kerajaan dia bakal bangkit semula seperti dulu. Kemegahan kerajaan Edona akan  tersebar ke seluruh dunia.

"Kenapa mereka panggil kau 'Tuanku'?" Soal Kamachi setelah keluar dari tempat persembunyiannya tadi.

Kirito menoleh. Tersungging senyuman sinis di bibir lelaki itu. Gigi taring yang menajam juga terserlah.

"Suatu hari nanti kau akan tahu juga. By the way, malam ni malam bulan merah penuh." Ujar Kirito sambil menatap langit yang berawan. Bulan ketika itu masih tidak kelihatan lagi. Malu-malu saja hendak keluar.

"Sejak semalam kau ingatkan benda sama. Kenapa dengan bulan merah? Ada apa-apa yan— Urghh!" Dada bidang Kamachi bersinar kemerahan. Matanya juga berubah merah. Perlahan-lahan tangannya bersisik seperti seekor naga.

"Kenapa dengan aku?" Soal Kamachi tersekat. Lelaki itu terlentang di atas laluan jalan di hadapan bilik Miyako. Dalam keadaan bergulung kerana menahan rasa sakit.

Kirito bersilang tangan. Serentak dengan biasan cahaya daripada sang rembulan di dada langit.

"Setiap 3 ribu tahun penjaga pintu underworld akan dipilih oleh alam dan dipersetujui oleh Demon King. Pemilihan berlaku di dalam kalangan manusia. Mereka yang dipilih akan digelar Kesatria bulan. Jika mereka menolak pemilihan itu tubuh mereka secara automatik lebur. " Terang Kirito tenang.

"Le—bur? " Bisik Kamachi perlahan.

"Dan tak sangka aku berpeluang tengok proses penerimaan Kesatria bulan,"

Kamachi mengetap bibir. Sakitnya kian mencengkam jiwa.

"Apa yang patut ak—u buat?" Soalnya.

"Just accept it," Senang Kirito menjawab.

"Kerajaan Edona kian membangun. Struktur bandarnya telah terbentuk rapi. Istana raja je masih dalam proses pemulihan. Selepas semua selesai, penjaga pintu underworld, Kesatria bulan akan dijemput sendiri oleh kerajaan itu."

Kerajaan Edona. Satu-satunya kerajaan yang mampu bersaing sengit dengan Esfahan. Jumlah tenteranya begitu ramai bahkan kuat. Kecanggihan alatan perang kerajaan itu suatu ketika dahulu seringkali diperkatakan. Tiada yang mampu melawan kebangkitan rakyat kerajaan itu sehinggalah lima kerajaan besar yang lain harus bergabung tenaga untuk menghapuskan segalanya ketika perang Dunia Adarlan pertama.

"Siapa kau sebenarnya?" Wajah Kamachi hampir separuh sudah bersisik. Sepasang tanduk juga kelihatan di kepalanya.

"Kau akan tahu setelah memori lama Kesatria bulan pertama bercantum," Telapak tangannya Kirito membentuk bebola kegelapan. Daya tekanan daripada bebola itu sungguh kuat. Lalu jejaka bermata merah itu duduk mencangkung. Tubuh Kamachi yang bergulung ditatap lama. Kesakitan lelaki itu jelas terpancar melalui riak wajahnya.

"Aku boleh bantu sorokkan rupa sebenar kau," Tidak menunggu lama, bebola kegelapan tadi ditekan pada belakang badan Kamachi.

"Argh!" Terjerit Kamachi apabila terasa bebola kegelapan itu menembusi dagingnya. Merobek isinya sehingga terasa tulang belakangnya patah berkali-kali.

"Tahanlah sikit." Cebik Kirito apabila menatap wajah kesakitan lelaki muda di hadapannya.

Selesai bebola kegelapan masuk sepenuhnya ke dalam tubuh Kamachi, rupa bentuk lelaki tadi berubah kepada asal. Seperti manusia azalinya.

"Dah pergi tidur sana. Badan kau masih lemah tu," Belakang badan Kamachi ditepuk - tepuk oleh Kirito.

Kamachi mengangguk lemah. Perlahan-lahan dia cuba bangkit untuk berjalan tetapi gagal. Tekanan kuasa Kirito sebentar tadi amatlah kuat. Tidak pernah lagi dia merasakannya.

"Hmm.. Tak apalah biar aku hantarkan," Kirito tersenyum nipis. Lantai beranda rumah di tepuk dua kali sekali gus mewujudkan portal berwarna ungu kehitaman.

Selepas pemergian Kamachi, lelaki bermata merah itu duduk sambil menyandarkan badannya pada tiang rumah.

"Kenapa?" Soal Shiki yang wujud dalam bentuk manusianya.

"Keadaan semuanya dah tak sama,"

Shiki tertawa kuat.

"Kau bukan berada di zaman kau lagi Kirito. Peluang kedua dah dibagi. Tinggal kau atur cara menggunakan dia dengan baik," Nasihat si naga kegelapan.

Kirito menghela nafas berat. Bulan yang mengambang di dada lagi ditatap lama. Sinaran merah daripada bulan itu diamatinya.

" Tidurlah... " Shiki menepuk bahu tuanya itu sebelum hilang daripada pandangan.

" Hmm.. Kau nak merayau ke mana tu?" Soal Kirito sambil menapak ke biliknya. Walaupun dia tahu si naga tidak akan menyahut setelah hilang begitu saja.

Shiki muncul di atas sebuah dahan pokok yang berhadapan dengan sebuah gua gergasi. Tetapi yang anehnya gua gergasi itu kelihatan sudah hampir hancur. Beberapa orang askar dari kerajaan Esfahan juga kelihatan. Shiki tahu kerana logo kerajaan itu ada pada baju besi yang dikenakan salah seorang askar tersebut.

"Dorang buat apa malam-malam ni?" Gumam si naga.

Beberapa detik ke hadapan bunyi letupan yang maha besar kedengaran. Sebahagian dinding gua itu terlihat hancur sedikit. Letusan kuasa beberapa orang askar yang masih terselamat dapat di kira si naga yang menjadi pemerhati.

"ROURRRRR!"

Shiki tersentak mendengar ngauman seekor naga. Pantas matanya meligas ke segenap ruang hutan di hadapannya.

BOMM!

Gegaran daripada bunyi letupan itu menambah persoalan di minda si naga kegelapan. Tanpa berfikir lebih panjang deras langkah lelaki itu menuruni pokok yang diduduki tadi lalu menuju ke arah gua tersebut.

Di dalam gua, hampir saja Shiki ternganga besar. Suasana yang mengerikan tergambar di hadapan matanya. Seekor naga keemasan diikat dengan beberapa besi pengikat yang terdapat magic di dalamnya.

Terlihat naga keemasan itu keletihan menghadapi pihak lawan yang terdiri daripada manusia bersifat syaitan.

"Kesian..." Gumam Shiki. Matanya sempat berlaga dengan si naga betina malahan Shiki seakan dapat menangkap riak ketakutan di dalam diri si naga itu.

Tanpa disedari askar kerajaan Esfahan, Shiki menyelinap masuk secara sembunyi ke dalam gua.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now