011

1.2K 145 27
                                    

Selepas habis semua kerja Jihae di pejabatnya, dia pulang ke rumah seperti biasa dan berehat pada hari yang selebihnya.

Pada malam hari pula, Renjun bercadang untuk masak makanan malam mereka kerana sudah setiap hari Jihae masak maka, giliran Renjun pula untuk masak. Walaupun Jihae menolak tawaran dia untuk masak, Renjun bertekad untuk masak. Jihae tidak boleh buat apa-apa kecuali biarkan sahaja si suami itu masak.

Sepanjang Jihae sedang menunggu Renjun habis masak, mindanya tidak berhenti memikirkan wanita yang dia terjumpa di pejabatnya, Choi Seojin. Entah mengapa Jihae merasakan aura buruk dari wanita itu dan sesuatu yang tidak baik akan berlaku pada Jaemin tidak dia tidak berhati-hati.

" Hae! Makanan dah siap! " Jihae yang berada di ruang tamu dengan televisyen terbuka, dengar Renjun memanggilnya lalu menutup televisyen dan berlalu ke meja makan.

Jihae terpegun dengan kekemasan yang Renjun telah hidangkan atas meja makan mereka. Renjun tersenyum apabila melihat Jihae gembira kerana Renjun telah masak dan juga hidangkan makanan dengan cantik.

Mereka berdua duduk di tempat duduk mereka dan mula makan makanan tersebut. Jihae terbeliak matanya kerana bukan sahaja Renjun hias dengan kemas malah, ia juga sedap.

" Sedap kan? " Soal Renjun dan Jihae angguk dengan gembira. Renjun cuma tawa kecil melihat kecomelan Jihae yang makan dengan riang itu.

" So, how's work today? " Soal Renjun lagi, bertanyakan tentang kerja Jihae pada hari tersebut.

" It's fine. Hae ceritakan apa kita buat di Kanada and Hyejin unnie suka! Dia kata dia akan lawat Kanada juga. Tengok, Hae pandai mempromosikan negara orang. " Kata Jihae bangga kerana telah mengambil perhatian Hyejin untuk datang ke Kanada. Renjun tersenyum sambil angguk kepalanya kerana melihat isterinya gembira itu.

" Anything else happened? " Soal Renjun lagi. Sesudu sup masuk ke dalam mulutnya.

" Oh, ada sorang yeoja ni masuk kerja. Katanya dia datang untuk perhatikan syarikat tapi Hae risau dia akan lakukan sesuatu jahat. " Balas Jihae, memberikan pendapat dia tentang Choi Seojin yang datang tempat kerja dia tadi pagi. Dia betul-betul tidak suka akan wanita itu.

" Well, maybe dia cuma datang untuk kerja ja. Hae patut kawal perasaan Hae. Nanti tak terkawal pula. " Kata Renjun sambil belai rambut Jihae dengan lembut. Renjun tahu sesetengah perempuan ada perasaan sebegini dan kadangkala mereka salah jangka sahaja. Jihae mampu memuncung bibirnya dengan sedih.

" Hae tahu tapi, Hae risau. Terutamanya pada Jaemin sebab dia akan bekerja lebih dengan yeoja tu dan berkemungkinan akan ambil kesempatan Jaemin. Kita mana tahu kan... " Kata Jihae, lagi risau apabila dia fikirkan tentang perkara tersebut.

" Okay, sweetie. Whatever you say. " Kata Renjun dan Jihae tersenyum kerana Renjun setuju dengan pendapat dia.

" So, lepas ni Hae akan berbaik dengan Jaemin lah? " Soal Renjun lagi, bertanyakan tentang Jaemin pula. Jihae mengerling matanya apabila Renjun dibicara tentang Jaemin.

" Kenapa Injoon nak sangat Hae rapat dengan Jaemin? Dia dah sakitkan hati Hae sebelum ni. " Kata Jihae, makan makanan dengan geram kerana teringat akan perbuatan Jaemin.

" I know but at least give him a second chance. Semua orang dapat peluang kedua tapi kenapa Jaemin tak boleh ada peluang kedua tu? Dia buat salah sekali ja kat Hae. Takkan tu pun tak boleh... " Kata Renjun, berbicara dengan nada suara yang lembut. Dia tidak mahu bergaduh dengan Jihae semata-mata dia mahu Jihae rapat dengan Jaemin.

Jihae melepaskan keluhan berat. Sebanyak mana dia tak mahu Jaemin dalam hidup dia, tapi disebabkan Renjun mahu sangat dia rapat dengan Jaemin, dia akan buat. Tapi ini semua sebab Renjun sahaja. Kalau bukan dia, takkan Jihae mahu bercakap malah, pandang Jaemin.

" Okay, fine. Tapi Hae rapat dengan Jaemin sebab Injoon ja tau. Jangan nak cemburu setiap masa kalau Hae rapat Jaemin. " Kata Jihae dan Renjun tersenyum riang. Dia tahu dia perlukan pelan sandaran jika apa-apa berlaku kepadanya. Terutamanya apa yang dia sedang alami sekarang.

Tiba-tiba, Renjun terbatuk-batuk sambil menepuk dadanya. Jihae serta-merta memberi air kosong pada Renjun agar dia minum dan tidak batuk lagi.

" Sayang okay tak? Injoon asyik batuk ja sejak ni. Tak jumpa doktor kah? " Soal Jihae yang risau akan kesihatan Renjun kebelakangan ini.

Renjun angguk kepalanya pada persoalan Jihae selepas dia meneguk segelas air kosong itu. Sebenarnya, dia tidak jumpa pun doktor. Tidak lagi kerana dia terlalu sibuk hendak buat perjumpaan dengan doktor. Jihae cuma risaukan pada suaminya yang sakit itu, dia tak mahu Renjun sakit.

.
.
.

t b c

Sweetheart ↻ NJM √Where stories live. Discover now