“Ryujin...”
Kring!
Sihyeon terbangun daripada tidur. Nafasnya terhengah-hengah dan berpeluh. Mimpi ngeri itu kembali menghantui Sihyeon.
Sejak akhir-akhir ini, Sihyeon asyik mendapat mimpi aneh. Tidak tahu kenapa mimpi tersebut selalu diakhiri dengan nama seseorang.
nine slash six nineteen~
Nada dering telepon Sihyeon berbunyi. Dengan pantas Sihyeon mencapai telefonnya di sisi meja. Nama ibunya muncul dilayar skrin, tidak mahu menunggu lama dia menjawab panggilan tersebut.
“Sihyeon, kamu dekat mana sekarang? Cepat bantu eomma uruskan kafe. Pelanggan hari ni ramai yang datang. Eomma tak dapat uruskan seorang diri sedangkan appa kamu tengah sakit sekarang. Tolong belikan ubat sakit kepala, appa kamu tu ha mengeluh sakit kepala sebelum datang sini”
Baru sahaja Sihyeon ingin membuka suara, ibunya sudah mencelah terlebih dahulu.
“Ne eomma, nanti Sihyeon belikan”
Habis berbahasa basi.Pangggilan dimatikan. Sihyeon bergegas mandi dan melupakan tentang mimpi itu. Selesai mandi, Sihyeon melirik jam di biliknya sudah menunjukan pukul 9:30 pagi.
Sihyeon mula berfikir. Dia teringat akan sesuatu. Tanpa berbicara, Sihyeon memeriksa almari bajunya untuk mencari sesuatu.
“Mana perginya buku tu?” soal Sihyeon bingung kerana barang yang dicarinya tidak berada di situ.
Perkara ini berlaku lagi. Sihyeon tidak tahu kenapa dia merasa ingatannya mula kabur. Dia pula juga merasa dia sangat cuai dan ceroboh. Tidak seperti selalu.
Tidak berpuas hati, Sihyeon mengalah mencari bukunya. Segera dia keluar dari apartment melaksanakan arahan ibunya membeli ubat sakit kepala buat appanya.
Latar belakang kehidupan Sihyeon sangatlah biasa, tiada yang menarik. Seorang pelajar biasa dan mempunyai keluarga yang harmonis. Tetapi Sihyeon tinggal seorang diri di apartment kerana apartment itu lebih dekat dengan sekolahnya manakala keluarga sedang membuka kafe di kota.
•
•
[Farmasi]
Sihyeon sedang mencari ubat sakit kepala tetapi tidak menjumpainya. Sedikit kesusahan, Sihyeon lantas mendongak mencari orang untuk membantunya.
“Cik...cari apa?” tanya seseorang.
Suara itu mengejutkan Sihyeon. Akibat terkejut, orang itu merasa serba salah dan meminta maaf.
“Mian, takde niat nak kejutkan awak. Saya nampak awak macam cari sesuatu” ucapnya dengan ramah.
Sihyeon jadi malu kerana bereaksi berlebihan. Sepenuhnya bukan salahnya, tapi salahkan dia yang mudah terkejut.
“Ermm...maaf, saya tengah cari ubat sakit kepala. Dekat bahagian mana ye?” tanya Sihyeon.
Lelaki itu tersenyum lembut memahami. Lalu dia menyuruh Sihyeon untuk tunggu sebentar. Sihyeon mengangguk menuruti.
Sedar-sedar Sihyeon sedikit terpesona melihat ketampanan lelaki itu. Lebih-lebih lagi, lesung pipit itu terlihat di kedua belah pipinya.
“Nah”
Tidak lama kemudian lelaki itu kembali sambil membawa ubat tersebut.
Sihyeon tersenyum cerah. Lalu dia pergi ke kaunter untuk membayar. Lelaki itu bergegas masuk di sebalik kaunter meng'scan barang Sihyeon.
“Kamsahamida, sila datang lagi dan semoga hari awak cerah” ucap lelaki tersebut memberi senyuman manis.
Sihyeon membalas dengan gumaman. Sebelum benar-benar pergi, lelaki itu meneriaki nama Sihyeon.
“Sihyeon ah! Tunggu kejap” panggilnya.
“Ya?” soal Sihyeon bingung.
Beberapa minit, Sihyeon sedar lelaki itu menyebut namanya. Yang dia pelik adalah bagaimana lelaki itu tahu namanya.
“Awak kenal saya?” tanya Sihyeon.
Lelaki itu bertingkah pelik dan Sihyeon nampak telinganya bertukar pink. Lelaki itu terlihat sangat malu-malu.
“Ermm...kita satu sekolah” katanya jujur.
Sihyeon terkejut. Lalu tersenyum lagi.
“Jinjja? Awak kelas berapa? Kenapa saya baru perasaan awak satu sekolah dengan saya?” soal Sihyeon.
“Saya Jung Jaehyun, kita pernah satu kelas masa sekolah rendah dulu. Saya kelas 4-1”
Sihyeon mengangguk tapi perasaan akan sesuatu. Adakah Jaehyun satu kelas dengannya dulu? Jika betul, Jaehyun mungkin terkenal masa itu kerana wajahnya yang kacak.
“Mungkin awak tak ingat tapi saya kenal awak. Boleh ermm saya minta ehmm nombor telefon awak?”
Rupanya itu tujuan Jaehyun, Sihyeon tahu kejadian ini sangat langka. Jadi ada keraguan memberi nombor telefonnya. Tapi Jaehyun teman sekelasnya, dulu, tidak masalah baginya untuk bertukar nombor masing-masing.
“Baiklah...sekejap”
Sihyeon menyeluk poket seluarnya mengambil telefonnya lalu membuka password. Dia menghulurkan telefonnya kepada Jaehyun.
“Nah, awak letak nombor awak”
Jaehyun terkebil-kebil. Tidak menyangka Sihyeon akan memberi telefonnya. Dengan gementar Jaehyun mengambil telefon Sihyeon.
“Sudah”
“Baiklah, jumpa lagi. Saya tengah terburu-buru sekarang”
Sihyeon pergi. Sementara Jaehyun menyentuh dadanya yang berdegup laju.
– tbc
ANDA SEDANG MEMBACA
Cherry Blossom •JJH•
FanfictionGenre: Romance, School life Pairing: JJH X YOU Sihyeon sering mendapat mimpi aneh tentang seseorang. Pada pertemuan pertama, Sihyeon berjumpa Jaehyun. Seorang lelaki berlesung pipit yang menawan dan selalu tersenyum.
