DOA IBU

0 0 0
                                        


Huk huk huk

"Kau masih batuk, Awa?"

"Masih Kas." Huk huk huk

"Kasihan kau. Pergi klinik, ambil ubat. Susah nak mengajar kalau batuk, Awa."

Awa sekadar mengangguk. Duit dia dah susut. Bebanan kerja semakin naik. Pelajar masih bengap walau dah setengah tahun masuk darjah satu. Semuanya jadi tekanan hebat.

Balik ke rumah, laki pula malas. Syok main 'games' sampai tertidur. Anak-anak pula suka sepah barang. Mertua nyanyuk suka berak merata. Lampin dibuka, rimas katanya. Boleh jadi gila Awa kalau lama lama hidup macam ni.

"Bodoh!" Pang! Tamparan Cikgu Awa menempek di pipi Sajidah yang berbekas hingga waktu Sajidah balik ke rumah. Tamparan itu disebabkan Sajidah tidak hafal nombor 11 hingga 20. Ibu Sajidah kasihan melihat pipi anaknya kemerahan. Dia sabarkan Sajidah dengan ayam goreng KFC. Sajidah si anak kecil tersenyum sahaja. Apalah yang dia tahu tentang kemarahan Cikgu Awa kepadanya. Melihat wajah ibunya dan ayam goreng KFC, Sajidah sudah lupa bahawa dia selalu ditampar Cikgu Awa.

"Sajidah, ini nombor apa?" Tanya ayah Sajidah.

"Nombor 12."

"Yang ni?"

"15."

"Cuba Sajidah kira dari nombor 1 hingga 20. Ibu dan ayah nak dengar."

Sajidah kira elok dari nombor 1 hingga 20. Dia hafal semuanya. Tang mana yang menjadi punca Cikgu Awa marah sangat hingga tampar dia. Ibu juga ayah tak dapat proses kes itu. Sudah banyak kali pipi Sajidah ditampar Cikgu Awa. Ayah tak nak komplen risau keadaan bertambah parah di dalam kelas. Ibu hanya mampu berdoa minta Cikgu Awa sentiasa berlemah lembut dengan Sajidah supaya anak itu suka ke sekolah.

Huk huk huk Uwekkk

Cikgu Kas panik melihat Cikgu Awa muntah darah. Cikgu Kas segera ambil tisu di atas meja. Cikgu Awa terus terbatuk sambil berlari ke tandas. Bajunya motor terkena tompokan darah yang berjejeran dari mulutnya. Cikgu Kas mengiringi Cikgu Awa takut kalau dia pengsan dalam tandas. Kerani sekolah memegang kunci kereta mana tahu dia perlu hantar Cikgu Awa ke hospital. Dia juga risau tengok Cikgu Awa semakin kurus akibat batuk teruk sejak sebulan lepas. 

Kringgg

Kerani segera masuk ke dalam kelas Cikgu Awa. Sajidah yang duduk di depan sekali melihatnya menunjukkan ekspresi wajah penuh hairan.

"Assalamualaikum. Selamat pagi murid murid. Cikgu Awa tak masuk kelas hari ni. Cikgu Awa tak sihat. Awak nama.." Kerani melihat tag nama Sajidah. Dia tersenyum.

"Sajidah akan bantu Cikgu Awa jaga kelas hari ni. Kalau ada rakan rakan yang buat bising, beritahu saya ya, " pesan kerani sekolah. Sajidah mengangguk mesra. Dia lantas duduk di meja cikgu dan memerhati rakan sekelas sambil jari telunjuk kanan di tegak ditengah bibir.

"Siapa masuk kelas aku?"

"Kau jangan risau. Aku dah suruh Sajidah jaga kelas." Sampuk kerani sekolah.

Cikgu Awa merengus. Benci betul dia kat Sajidah. Batuk berterusan tidak mengizinkan dia untuk terus bercakap.

Setelah keputusan darah keluar 2 jam kemudian, Cikgu Awa hanya merenung muka Doktor Aidil tanpa berkelip.

"Puan hanya mengidap batuk biasa. Tak ada virus Influenza atau Tibi. Puan boleh daftar keluar lepas saya tandatangan borang." 

Cikgu Awa menelefon kerani minta ambil dia semula di hospital. Dia terbatuk kasar. Kering tekak, semput dada bagai nak pengsan. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 23, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DOA IBUWhere stories live. Discover now