Part 4

2.8K 41 1
                                    

Yahoo! Rakan-rakannya sudah balik. Apa lagi... Ecah pun mula meraih simpati mereka supaya mereka menemaninya keluar 'outing'. Mana boleh menolak permintaan Ecah yang tidak dapat balik bercuti. Kesian... "Weyh, dah lewat ni!" Ujar Rohana, rakan sebilik Ecah. Wajahnya dibalut risau. Keempat-empat mereka di dalam teksi itu juga sudah gelisah. Kalau mereka lambat, kad-kad matrik mereka yang mereka tinggalkan di pondok jaga sebelum keluar tadi akan dirampas dan mereka akan didenda! Nehi! Nehi! "Siapa warden bertugas hari ni?" Soal Nurul cemas. "Habislah kita kalau cikgu Wan yang jaga pintu." Wajah mereka semua ketakutan. Terbelit usus perut mendengar nama Cikgu Wan yang sememangnya terkenal dengan sifat garang singa betinanya itu. "Ecah... Dah nak sampai ni. Kau paling tepi, so kau keluar cepat-cepat ambil kad kitorang sekali. Barang-barang shopping serahkan pada kitorang." Ujar Syafira, juga merupakan rakan sebilik Ecah. "Beres!" Ujar Ecah bersemangat. Enjin sudah dipanaskan. Tinggal nak pecut sahaja ambil kad mereka. Matanya merenung tajam pondok jaga yang sudah semakin jelas. Tangannya menggenggam kejap pintu kereta. 3! 2! 1! Pecut!!! Gulp! Ecah brek mendadak. Alamak! Kelihatan Mister Vamp berdiri di pondok jaga memegang kad-kad matrik mereka. Dia menjongketkan kening sambil menayangkan kad itu di hadapan Ecah. "Ecah! Kad kitorang!" Jerit Nurul. Mendengarkan suara Nurul itu, Ecah terus melompat tinggi, merampas kesemua kad dalam tangan Mister Vamp. Memanglah kena lompat, dia pendek, Mister Vamp pula tinggi lampai. Sebaik kad di dalam tangan, dia terus memecut seperti di kejar anjing. Tapi, sempat juga telinganya menangkap bunyi ketawa Mister Vamp. ●●●●● Ecah bersembunyi di sebalik pohon bonzai di tepi jalan sebaik ternampakkan Mister Vamp. Lama juga dia mengendap Mister Vamp di situ. Kelihatan Mister Vamp seperti berwajah risau dan terbongkok-bongkok seperti mencari barang. "Hoi! Mengendap!" Sergah Nurul dari belakang. Melatah Ecah dibuatnya. Habis patah ranting pohon bonzai itu menampung tubuh Ecah yang dengan selambanya melompat ke atas pohon itu. Mengekek ketawa Nurul. "Tak guna punya kawan!" Marah Ecah. "Yang mengendap Mister Vamp tu kenapa? Kau suka dia, eh..." Telunjuk Nurul di hala tepat ke wajah Ecah. Ecah menepis tangan Nurul itu. "Eiii! Tak hadap la!" Nafi Ecah. Auta je lebih tu. Padahal jantung memang dah bekerja terlebih masa setiap kali melihat senyuman Mister Vamp. Ada hatilah tu... "Hmph! Tak mengaku. Kau tak suka dia... Tapi, aku rasa dia suka kau." Nurul cuba menarik minat Ecah. Ecah buat tidak tahu, pura-pura menilik kuku pendeknya itu. "Ingat tak masa study group hari tu?" "Emm..." Ecah menjawab malas. "Dia tak nampak dah kitorang. Kau sorang je yang evil tu tegur." Ujar Nurul. Nampaknya, Cikgu Roslan memang sudah terkenal dengan panggilan Evil. Ecah pun merupakan salah satu penyumbang idea untuk panggilan itu. Uisy! Banyak betul dosanya pada Mister Vamp. Kalau minta ampun tujuh tahun berturut-turut pun belum tentu habis dosanya. Ecah membulatkan mata. Dia ingat sangat wajah teruja Mister Vamp menegurnya. Rakan-rakannya yang lain seolah-olah tidak wujud di situ. Uik? Biar betik??? "Eh, kakak... Aishah!" Suara Mister Vamp membuat Ecah dan Nurul berpaling. Satu lagi tabiat Mister Vamp yang aneh. Dia ini kalau berjumpa dengan mana-mana pelajarnya, dia akan memanggil mereka kakak atau abang termasuklah Ecah. Tapi, kalau bersendiri tanpa guru lain atau faktor lain, laju sahaja nama 'Aishah' meluncur di bibirnya. "Cikgu... Buat apa tadi dekat pondok guard?" Soal Nurul mesra. Sudah terbiasa dengan panggilan kakak. "Pendrive cikgu hilang. Dah lah banyak dokumen penting dalam tu." Mister Vamp menunjuk muka sedih. Matanya memandang sekilas wajah Ecah yang seperti tiada perasaan itu. Kayu betul! "Oh really? Kesian cikgu, kan Ecah?" Tersedak Ecah dengan air liurnya sendiri mendengar namanya di sebut Nurul. Bulat matanya memandang rakannya itu. "Err... A'ah. Good luck! May cikgu jumpa pendrive tu." Ujar Ecah sambil menarik tangan Nurul meninggalkan Mister Vamp tanpa niat mahu menolong. Mana dia pernah ada niat baik tentang hal melibatkan Mister Vamp. Jahat je niatnya. Tanduk sudah tumbuh.... ●●●●● Ecah membaca khusyuk buku cerita Inggeris kegemarannya. Lama juga dia tercongok malam-malam di luar dewan menunggu rakan-rakannya yang sedang menduduki 'make up exam'. Terlebih baik hatilah pula sampai sanggup teman dan menunggu rakan-rakannya di luar dewan seperti patung cendana itu. Memang baik pun. Jahat dengan Mister Vamp saja. Muka jahat sudah keluar.... Bunyi enjin kereta mendekat mengganggu pembacaan Ecah. Terasa mahu tercabut jantungnya. Mana tak tercabut, macam mana si Mister Vamp tu boleh muncul dekat sini? Asal malam je jumpa Mister Vamp, asal jumpa Mister Vamp je malam... Ugh! Berkerut dahi Ecah melihat Mister Vamp terjenguk-jenguk cuba melihat gerangan yang duduk tercongok seorang diri di luar dewan. Ecah menutup wajahnya dengan buku di tangan. Dia mencuri tengok reaksi Mister Vamp. Kesian pula melihat Mister Vamp terhendap-hendap di situ. Ecah pun buatlah perangai gilanya. Dengan senyuman yang tersangatlah lebar sampai boleh sumbat bulan sabit dalam mulut tu, Ecah melambai ke arah Mister Vamp. Kan elok menyapa guru... Eh? Mister Vamp datang dekatlah. "Aishah!" Tegurnya. "Buat apa sini?" "Tunggu kawan." Mendatar suaranya. Sepi... Ecah dah tidak senang duduk. Mister Vamp ni pun, pergi ikut tercongok peluk tubuh bersandar pada tiang depan Ecah buat apa? 'Tak ada kerja ke Mister Vamp ni?' Gerutu hati Ecah. Buntu mahu cakap apa. Idea! "Pendrive dah jumpa?" Soal Ecah pura-pura prihatin. Drama betul! Mister Vamp mengangkat kening. Terharu nampak... "Tak..." Jawabnya sedih. Kesianlah pula Ecah melihat muka sedih Mister Vamp. Gaya macam tak dapat hisap darah selama 1000 tahun. Eh, melampau nampak perumpamaan. (penulis: Sori... Jangan marah...) 'Apasal mamat ni tak guna hard disk je?' Soal Ecah dalam hati. "Hard disk saya rosak." Ecah membulatkan mata. Mister Vamp ni boleh baca hati orang ke apa ni? "Nak tolong ke?" Ceh! Prihatin terlebih pula Ecah ni. Wajah Mister Vamp pula sudah berseri. Baru mahu membuka mulut, pengetua muncul entah dari mana, memanggil Mister Vamp. Perbualan mereka tamat begitu sahaja. 

To Be Continue... 

Mr. Vampire [COMPLETE]Where stories live. Discover now