aku,dia dan kertas

11 0 0
                                    

Aku ingat lagi semasa aku memasuki ruang itu. Ruang yang luas. Penuh dengan meja. Diatas meja penuh dengan kertas. Dan setiap meja itu ada penghuninya. Semuanya berpakaian kemas. Di semua almari ada fail. Sehingga di tepi kaki jugak ada fail. Bersusun. Ada yang tersusun dan ada yg bersepah. Aku di tempatkan di kerusi yang agak hujung. Di kiri dan kananku ada beberapa orang lelaki dan perempuan. Diatas mejaku kosong. Tapi didalam rak penuh dengan kertas. Ini lubuk kertas rupanya. Panas makin membahang. Tidak ada aircond rupanya. Pejabat apa ini? Seorang kakak senior menghampiri aku.
'Saya Asrilah. Ketua unit di sini"
Kami bersalaman selaku layaknya orang Islam.
"Nama apa tah?
Noraini
Panggil ani saja nah. Ani buat kerja ni dulu. Ani asing surat-surat ni.

Dia mengangkat surat2 yg tersusun tinggi letak diatas meja aku.

Ani check balik saja nama di kertas ini sama tak dengan nama yang ada di kad kecik ni.

Aku perhati pada almari kad kecil pulak. Tinggi jugak. Hampir sama tinggi dengan aku. Warna putih susu. Dan itulah kad indek dalam bahasa ofisnya.

Memasuki dunia yang penuh dengan kertas ini bagaikan suatu yang asing bagi aku. Tetapi inilah yang aku inginkan. Ingin berada di dalam dunia kertas ini. Mengapa? Kerana di dalam ini aku rasa ada suatu yang amat penting. Aku rasa di dalam dunia kertas ini ada kehidupan yang amat bernilai. Di dalamnya ada kehormatan. Kenapa orang pandang tinggi pada guru yang mengajar di sekolah. Guru yang bergelumang dengan kertas. Tapi lebih mulia. Mengapa penulis begitu gigih menulis di atas sekeping kertas. Mengapa duit kertas jadi begitu bernilai. Itulah soalan-soalan yang perlukan jawapan. Jawapannya hanya pada sekeping kertas. Dan kini aku berada di dalam timbunan kertas2 yang amat bernilai. Aku berada di kalangan orang2 yang ada kuasa pada kertas2 ini. Adakah aku gila kuasa?

13.5.2020
Tiba2 aku ingin bercinta semula. Keinginan untuk menulis bagaikan sudah tawar. Hanya yang ada dalam minda aku hanyalah manisnya bercinta. Manisnya di rayu. Manisnya merajuk. Indahnya di pujuk. Dan aku pun tenggelam dalam kenangan. Setelah letih mengenang kisah silam, dan aku pun jadikan ianya nyata. Sesuatu yg paling aneh ialah aku menghubungi semula kekasih lama.
Ahhhh...aku ada kekasih? Aku hubung kembali yang telah lama terputus. Aku pun ketawa kembali bagai dulu2. Dulu2 aku ketawakah? Aku pun sama dengan orang lain. Bercinta. Ada masa aku menangis jugak. Ada masa aku ketawa jugak. Kini? Aku lupakan tangisan. Yang ada hanyalah riang ria.

cintaWhere stories live. Discover now