11

1.3K 203 70
                                    

Dagunya ditongkat menggunakan kedua-dua belah tangan, buku kecil comel milik Hyunjin dia tenung. Sudah berhari-hari dia simpan.

Nampak seperti buku perempuan. Tak peliklah jika orang gelarkan Hyunjin 'si lembut'.

Banyak persoalan mula timbul di mindanya. Suara hati tidak henti menyeru-nyeru agar menyelak satu persatu helai muka surat buku sederhana kecil itu.

Ditambah lagi dengan tajuk buku itu yang menimbulkan rasa ingin tahunya membuak-buak.

Mahu saja dia baca isi buku berkulit keras dihiasi dengan corak angkasa itu tetapi disebabkan dia hormat akan rakan baiknya itu, terhenti niatnya.

Kalau pulangkan ke Hyunjin, mesti banyak yang akan dia sangka. Nanti dia dituduh mencuri pula.

Bosan. Sebin baring ke atas lantai. Hujung minggu begini memang di rumah berseorangan lah dia.

Baru-baru ini, Hyunjin sering membawanya bersiar-siar. Tetapi sejak beberapa hari selepas dia dapat diari Hyunjin, tidak kelihatan langsung lelaki itu dirumah mahupun di sekolah.

Apa Hyunjin marah?

Tak sampai beberapa minit dia baring, bunyi loceng rumah kedengaran.

"Ya, ada apa?" Pintu rumah Sebin buka.

"Nak jumpa kaulah!" Teruja lelaki itu bersuara.

"Lah, engkau rupanya. Harini kau plan nak pergi mana pula?"

"Tak adalah pula. Tapi aku rasa harini mungkin tak keluar, mungkin. Aku datang pun nak jumpa kau sekejap je."

"Kenapa? Ada apa-apa ke? Kenapa muka kau nampak pucat ni? Masuklah dalam dulu." Pelawa Sebin.

Lelaki berwajah pucat itu hanya tersenyum.

"Tak ada apa-apalah. Cuma aku nak balik cepat. Ada kerja sikit. Aku datang sini nak bagi kau ni. Ambillah."

Satu kotak hadiah sederhana besar, Hyunjin hulurkan kepada Sebin.

"Apa ni? Hadiah hari lahir aku ya? Kau bagi ni sebab kau tahu hari lahir aku bakal tiba beberapa hari lagi?" Teruja Sebin dibuatnya.

Selama ini tidak pernah pula mereka berbincang tentang hal itu. Masing-masing tak tahu hari lahir mereka.

"Tak adanya lah. Aku tak tahu langsung bila hari lahir kau. Jangan pula kau buka hadiah ni."

"Habistu, kau bagi ni untuk aku buat apa? Hiasan?" Kotak ditangan Hyunjin dia alihkan ke dalam pelukannya.

"Ini kau buka dalam masa lebih kurang dua minggu lagi. Janji dengan aku ya?" Hyunjin keluarnya jari kelinkingnya.

"Y-ya." Sebin membalas dan memaut jari kelinking mereka berdua.

"Oh ya, kau pergi mana beberapa hari yang lepas? Aku cari kau di rumah kau tak ada, ibu kau pun tak ada."

"Alah, ada je. Kau tak payahlah risaukan aku. Aku ni lelaki, bawah jambatan pun aku boleh tidurlah."

"Kau jangan riak sangat ya. Kau, nak pergi ke tandas pun perlu orang temankan." Sebin tersenyum sinis, risau juga dia sebenarnya.

"Mana ada. Kau tahu apa? Okaylah. Aku pergi dulu. Ingat tau janji kita." Hyunjin sempat melebarkan senyumannya sebelum berjalan pergi.

"Kejap!"

"Ada apa, Sebin?" Hyunjin menoleh memandang Sebin.

"B-buku diari kau.. maafkan aku! Aku tak berniat untuk mencuri atau apa pun! Cuma buku kau terjatuh jadi aku to-"

Belum tamat Sebin berbicara, Hyunjin memotong.

"Oh. Itu aku tau. Mesti kau nak sangat baca isi dalamnya kan? Aku bagi. Tapi jangan baca sekarang tau. Buka sekali dengan kotak tu."

"O-okay, Hyunjin."

"Oh lagi satu, buat yang terbaik ya peperiksaan nanti, pastikan kau dapat nombor tertinggi. Bila kau naik pentas nanti, cari aku di bawah ya, pasti aku bahagia."

Hyunjin tersenyum lalu melangkah pergi.

Tanpa menoleh kembali sedikit pun.

Tiada diantara mereka sangka pertemuan itu mungkin akan menjadi pertemuan terakhir mereka.

Atau mungkin tidak.

palsu, hyunjin.Where stories live. Discover now