"Aku ada sekali masa nak hantar kau ke masa kini," Ujarnya cukup perlahan.

Tangan Kirito yang bernyala warna hijau menekup luka yang berada di perut Oga.

"Jangan," Tangan Kirito ditepis.

"Aku kena rawat luka kau, gila!" Ujar Kirito.

"Masa aku dah tiba."

"Macam mana dengan anak kau?" Kirito ketap bibir. Bengang dengan sikap keras kepala kawan lamanya itu.

"Kau ada kan? Tolong jagakan anak aku, Miyako," Terukir senyuman nipis di bibir tua Oga.

"Dia takkan nak, kalau aku jaga dia. Ish! Jangan degil boleh tak?"

Oga tertawa perlahan.

"Amy dah tunggu aku dekat sana. Lagipun puak aku dah punah."

"Pengawal anak kau tu bukan puak kau juga ke?" Soal Kirito bengang.

Oga tersenyum dalam kesakitan.

"Bukan. Mereka lahir dari dunia luar."

Kirito ketap bibir apabila kelopak Oga semakin kuyu seakan hendak terkatup.

"Biar aku rawat kau!" Ujar Kirito masih berkeras tetapi kini langsung tiada balasan dari Oga.

"Oga? Oga! OGA!" Tubuh tua Oga di goncang kuat. Masih tiada reaksi yang diberi sehinggalah hampir setengah jam.

Kirito menumbuk tanah kuat serentak dengan bunyi dentuman guruh di langit. Hatinya bagaikan dirobek. Sahabat yang telah di anggap seperti saudara sendiri telah pergi dalam pangkuannya.

Hujan turun renyai-renyai sebelum berubah rentak. Laju dan lebat. Shiki yang berada di dalam tubuh Kirito keluar dalam bentuk wujud seorang lelaki. Matanya sempat melingas keseluruhan kawasan bumi Ellis. Tiada apa yang tinggal. Hanya runtuhan dan mayat yang bergelimpangan. Bau hanyir darah dibersihkan dengan kehadiran hujan.

Shiki menggeleng kepala perlahan. Kerakusan manusia di era itu melebihi syaitan di era dia suatu ketika dahulu. Ketamakan manusia di era itu juga semakin menjadi-jadi.

"Kita kuburkan mereka semua," Ujar Kirito perlahan.

Si naga itu hanya akur saja. Sedikit pun tidak membantah.

Satu persatu kubur digali dan ditandakan dengan sisa kayu dari runtuhan rumah penduduk.

Miyako tersedar dari lenanya. Tubuh diraba perlahan. Kesakitan dan kecederaannya telah hilang. Semua sekali! Tanpa berfikir panjang lantas gadis itu berlari keluar dari bilik. Kehadiran Kamachi dan Kyoji tiada di dalam biliknya.

"Kamachi! Kyoji!" Panggil Miyako.

"Ya, cik muda?" Sahut Kyoji.

"Kita kena balik sekarang. Ayah dah tunggu. Jom!" Desak Miyako.

"Tapi cik, kita belum berterima kasih dekat mereka. Mereka dah selamatkan kita dari bahaya," Ujar Kyoji lembut. Rambut panjang berwarna ungu gelap miliknya beralun mengikuti angin pagi itu. Kamachi yang berdiri di sebelah hanya diam.

"Tak perlu! Kita tak tahu sejauh mana kebaikan mereka. Cepat!" Tanpa berlengah lagi tangan Kyoji dan Kamachi ditarik.

"Ehhh!"

Mereka melalui jalan belakang tanpa sesiapa sedari. Langkah larian juga begitu besar agak mudah sampai ke kampung halaman mereka.

Sampai saja di gerbang Kampung Ellis, Miyako terduduk. Matanya terbeliak. Sedikit bergenang tubir matanya kerana terkejut dan sedih. Suasana yang tergambar  di hadapannya ialah kemusnahan kampung yang suatu ketika dahulu hidup aman dan damai.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt