Jejaka tadi menjeling tajam.

"Aku nak mandi jangan kacau!" Dingin jejaka itu bersuara.

"Alah, Kirito tilam je kut." Ujar Shiki si pelaku tadi.

"Kau ingat aku beli guna daun?" Sinis jejaka tadi yang bernama Kirito.

"Tapi kan Kirito... Kau tak malu bogel depan aku?" Shiki menoleh ke arah lain.

Kirito berpaling. Menatap wajah manusia Shiki. Kemudian menatap pula badannya. Kirito mendengus. Pakaian dia terbakar dalam api biru tadi.

"Lepas aku mandi nanti siapalah kau!" Kedengaran Kirito menghentak-hentak kakinya tanda protes.

"Aku tunggu!" Shiki berjalan keluar dari bilik yang menempatkan tuannya.

Sudah lima tahun kejadian itu berlaku. Dan dalam masa lima tahun itu juga kehidupan Kirito berubah drastik. Dia dilahirkan semua dengan raut wajah yang sama tetapi dengan penampilan yang berbeza.

"Selamat pagi tuan. Sarapan sudah tersedia di ruang makan," Seorang lelaki berambut putih menegur Shiki yang termenung panjang.

Shiki menoleh.

"Kau dah makan?" Soalnya.

Lelaki tadi menggeleng.

"Hmm... Kita makan sama-sama nanti. Panggil yang lain,"

"Baik tuan." Lelaki tadi lesap bersama kepulan asap putih.

Shiki hanya memerhati. Dia mengatur langkah menuju ke ruang makan. Dalam perjalanan ke sana dia terserempak pula dengan seekor musang kecil berbulu keemasan.

"Ada urusan apa kau datang ke sini, Mila?" Shiki menatap musang itu.

"Aku menghantar surat pendaftaran dari akademi." Ujar musang yang bernama Mila.

"Ibuki terlampau risaukan si Kirito tu." Shiki menggeleng kepala.

Dua bulan lepas, surat tawaran dari Akedemi Tempur Esfahan datang bersama dengan rombongan akademi itu. Meredah hutan Idora dan bermalam di rumah milik Kirito. Rombongan yang terdiri dari pengetua akademi itu sendiri dan orang kepercayaannya.

Ketika itu Shiki sudah menggeleng kepala apabila mengetahui siapa yang datang. Ibuki, pengetua sekaligus ahli sihir terkuat kerajaan Esfahan. Malah merangkap bapa angkat Kirito.

"Shiki!"Jeritan Kirito menghapuskan segala apa yang difikirkan si naga itu tadi.

Shiki menoleh.

"Apa dia?" Soal dia bosan.

"Kau—Eh?" Kirito menjatuhkan tatapan matanya pada Mila.

"Surat dari Ibuki," Seakan faham dengan tatapan itu, Mila menyerahkan surat pendaftaran tadi.

Kirito mengambil. Dia membaca sepintas lalu.

"Nanti aku isi. Jom, kebetulan kau datang masa nak sarapan. Alang-alang penuhkan perut kau dulu baru balik," Dengan selamba Kirito menarik tangan musang keemasan itu seperti beg lagaknya.

Mila menghela nafas. Dalam diam dia menyimpan amara, tetapi mengingatkan siapa Kirito. Dia pendamkan saja.

Akademi Tempur Esfahan...

Seorang lelaki berambut kekuningan berlari laju. Risau dia sekiranya terlambat sampai di hari pertama pembukaan akademi itu.

"Kau lambat lagi Noaki," Seorang gadis berambut kuning pudar bersuara bosan.

Lelaki berambut kekuningan tadi tersengih. Serba salah pula dia kerana tidur lewat semalam.

"Tiap tahun muka kau je. Bosan tahu tak!" Gadis tadi menjerit. Dia bercekak pinggang garang. Mata biru kristal miliknya bersinar seakan mahu membaham harimau jadian di hadapannya.

"Maaf... Maaf... Aku terjumpa mak cik tadi. Dia minta tolong aku angkat barang dia. Jadi aku pun tolonglah," Noaki tersengih lagi.

"Seriously? Alasan kau sama tiap tahun. Tolonglah, tahun ni tahun terakhir kau. Tolong datang awal dari biasa," Millie. Gadis berambut kuning pudar itu mendengus sambil menulis nama Noaki.

Noaki mengangguk sebelum beredar. Dia mengeluh perlahan. Jika bukan disebabkan game keluaran terbaru, pasti dia sudah bangun awal pagi tadi.

Di dalam pejabat pengetua akademi itu pula, sebuah portal terbentuk besar. Dari dalam portal itu keluar dua susuk manusia dan seekor musang keemasan.

Kirito mengatur rambutnya yang berserabut. Manakala Mila mendengus sedari tadi.

"Kirito! Akhirnya kamu sampai juga. Ayah ingatkan kamu tak nak datang tadi," Ujar Ibuki gembira. Tubuh Kirito di dakapnya.

Kirito tersengih segan. Ibuki yang mendakap itu di balas.

"Jom ayah tunjukkan kelas kamu."

"Pastikan paling belakang," Ujar Kirito pantas.

Ibuki tertawa.

"Ya, ayah tahu itu."

Kedua beranak itu berjalan keluar dari pejabat pengetua . Dalam perjalanan untuk ke kelas Kirito, sempat mereka terserempak dengan Noaki yang terlambat tadi.

"Selamat pagi pengetua!" Noaki menunduk hormat.

Ibuki mengangguk.

"Kamu Noaki bukan?" Soal dia.

Noaki pula mengangguk.

Raut wajah Kirito di sebelah sudah berubah tanpa sesiapa sedari.

"Kalau macam tu mari sama-sama kita pergi ke kelas kamu." Ujar Ibuki ramah.

"Ayah?" Soal Kirito di sebelah.

"Oh, Noaki ini anak saya yang saya ceritakan tu." Noaki mengalihkan pandangan. Terbuntang matanya apabila wajah itu seiras dengan sahabatnya dulu.

"A... Aku Noaki," Noaki menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Kirito tersenyum nipis. Tangan Noaki disambut.

"Kirito..." Noaki tersentak. Nama dan rupa itu sama dengan sahabatnya. Hanya penampilan yang berlainan.

"Ooo... Nama kau mengingatkan aku pada seseorang," Ujar Noaki kekok. Dia menggosok kepala segan.

Kirito mengangguk.

"Kenapa aku tak boleh rasa jumlah kuasa dia?"

Sempat Noaki berbisik apabila tangannya sudah tidak lagi bersalam.

"Kau semakin kuat kawan!"

Kirito tersenyum.

"Mari..."

Noaki dan Kirito mengangguk apabila Ibuki bersuara.

Tangga yang berdekatan dengan mereka di daki. Dalam perjalanan ke kelas yang bakal menempatkan Kirito, tiada perbualan yang mengiringi. Hanya suasana sepi tanpa suara.

Selang beberapa minit, sebuah kelas yang paling hujung kelihatan juga. Tertulis pada pintu kelas itu perkataan 'Bulan' disertakan dengan ukiran bulan sabit. Kirito mengangguk apabila menatap ukiran itu.

"Ini kelas kamu. Kalau nak keperluan lain panggil ayah, ya?" Belakang badan Kirito ditepuk beberapa kali menyuruh anak angkatnya masuk.

Kirito akur.

"Belajar elok-elok,"

Kirito hanya mengangguk pendek.

Noaki tersenyum melihat perlakuan anak beranak itu. Pintu kelasnya diketuk perlahan kemudian dikuak.

"Morning guys!" Ujarnya bersemangat sehingga tidak menyedari kehadiran guru sejarah yang mengajar.

"Kamu lambat lagi Encik Kuzuki! " Menjeling guru sejarah itu bersama sebatang rotan di tangan.

"Saya terserempak dengan pengetua tadi cikgu. Ni anak dia, saya bawa sekali. Dia kan bakal murid dekat sini," Bahu Kirito yang terpinga-pinga dirangkul mesra.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now