Bab 5

10.3K 238 0
                                    

** Hi readers, sorry sebab dah lama tak update cerita Suami Kontrak ni, actually baru habis final exam, so insyaallah saya akan update lebih kerap sepanjang bercuti ni...

sebelum tu, saya nak perkenalkan novel baru saya... iaitu AKU DAN KISAHKU, saya baru publish semalam bab 1, semoga anda semua terhibur dan maaf jika penulisan saya tidak berapa baik, mohon tinggalkan komen tentang novel saya, supaya dapat saya baiki penulisan saya. Terima Kasih.**

******************************************

semalam merupakan hari yang memenatkan bagi eva, seharian dia menemani sepupunya berjalan dan shopping.

'hmm...' eva mengeliat diatas katilnya. "malasnya nak bangunnnnnn...." sambil meliuk-liukkan tubuh nya diatas katilnya.

'tuk, tuk...' pintu biliknya diketuk dari luar. "sape tu? masuk, masuk" pintu dikuak dari luar, dan pembantu ibunya masuk ke ruangan kamarnya.

"cik eva, ibu cik suruh saya ingatkan cik tentang temujanji pada hari ni"....jelas pembantu ibunya itu. " hmmm..." eva menjawab dengan penuh kemalasan.

'tak habis-habis blind date, ibu ni suka betul memalukan aku, tolonglah..macamlah aku ni tak laku sangat sampai kena blind date sane sini. Hello, aku ada rupa and ada harta, so what for aku nak blind date bagai? sampai seru aku kawinlah. tak paham betullah..' keluh eva dalam hatinya. sungguhpun begitu, eva tetap melayan kehendak ibunya, lantas dia bangun menyiapkan dirinya sambil bibirnya terjuih-juih membebel sendirian.

datin sofia memerhati setiap langkah anaknya menuruni tangga. 'maafkan ibu sayang, ibu terpaksa berbuat demikian demi kebahagiaan kamu dimasa depan' tanpa menyedari air matanya menitis dari pipinya.

"ibu.... kenapa pandang macam tu? ada apa-apa ibu nak cakapkan ke?" eva pelik melihat ibunya yang memandang sayu dirinya dari tadi. "tiada apa sayang, dah..pergi makan breakfast tu cepat kang lambat pulak pegi date" arah datin sofia.

eva melangkah malas ke arah meja makan diruang makan keluarga. ruangan yang besar dan dipenuhi dengan perabot yang kayu serba putih dan ditambahkan lagi dengan bunyi air terjun buatan, amat mendamaikan hati bagi sesiapa yang memasuki ruangan makan itu.

jam menunjukkan pukul 12:00pm, jalan masih sesak dengan kereta yang entah dari mana datangnya. 'hmm...sempat ke tak aku sampai agaknya ni, malu betul kalau orang tunggu lama-lama...' eva sedikit kegelisahan tentang kelewatannya menghadiri blind date. Kegelisahan itu tak bermakna dia beriya-iya untuk ke blind date, tapi dia risau jika membuatkan seseorang menunggu kehadirannya.

1:00pm - eva sampai di cafe 'full house' yang dijanjikan. Dengan blouse putih berlace paras lutut dan dandanan rambut digital perm nya yang disisirkan kedepan sebelah kanan cukup menampakkan ke lembutannya.

Ditambahkan dengan kulitnya yang sememangnya putih gebu kemerahan, bibir yang munggil dan mata secantik seperti patung barbie cukup membuatkan siapa saja yang memandang akan terpesona.

sebaik eva melangkah masuk ke cafe, banyak mata-mata yang memandangnya. eva sedikit kaku dan rasa merimaskan dengan keadaan sekelilingnya. segera dia mencari jejaka yang dikatakan ibu.

seperti yang diperkatakan, lelaki tersebut mengenakan baju kemeja biru lusuh berlengan panjang dan lengannya dilipat keparas siku, berambut sedikit pacak, berseluarkan jeans skinny maroon paras buku lali dan berkasut sneakers.

eva menuju ke arah meja dibahagian hujung sudut cafe dimana lelaki yang dimaksudkan ibu menunggu.

"emm. hi..." sapa eva teragak-agak, takut tersalah percaturan. lelaki tadi yang asyik dengan tablet nya mula mengangkat wajahnya ke eva. "emm.. adam zafran? " eva menduga. lelaki tadi melemparkan senyuman kearah eva dan angguk perlahan "have a seat please" ucap lelaki tadi selepas menbisu sekian lama.

eva pun melabuhkan punggungnya. lelaki tadi menatap wajah eva lama, sedikit ketidakselesaan timbul dibenak eva. 'dah kenapa pulak mamat ni tenung muke aku ni, aku tau la kau hensem, tapi tak perlulah tenung macam tu, dah macam zombi aku rasa....'

"kita pernah jumpa ke sebelum ni?" lelaki tadi tiba-tiba menyoal sambil mula menyandarkan badannya ke kerusi dan tangannya dimasukkan ke poket.

sedikit senyuman muncul di riak wajahnya ibarat tidak percaya akan sesuatu. 'haa? pernah jumpa? yeke?' eva sedikit berkerut, lagi membimbangkan ialah..senyuman lelaki itu, apakah maksudnya?... 'ahh..bingung dengan persoalan ni'...

"pernah ke?" eva menyoal kembali. dia tidak mahu melatah terlalu cepat, takut lelaki tadi mengenakan dia. "tak ingat?" adam menyoal kembali untuk kepastian, tapi disebabkan gadis didepannya seperti agak memory lost, dia membiarkannya.

"hmm...its ok, so you can call me adam.." sambil menghulurkan tangannya tanda untuk berjabat. eva menyambut tanda perkenalan itu dengan perkenalkan dirinya "I'm eva, eva qistina" ..."aaaa..as beautiful as your name..." adam tersenyum manis sambil melepaskan tangan mereka perlahan. 'hmm, comel seperti sebelum ni, tapi sayang...kenapa dia tak ingat aku' adam keluh sedikit.

Suami KontrakWhere stories live. Discover now