BAB1| M E E T

44 1 0
                                        


Puas menilik lilitan tudung shawl birunya, Lily menggapai perfume Enchaunter dan disembur sedikit pada badannya.Murah sahaja.Berlambak perfume ni dijual di kedai runcit.Yelah gaji seribu jer..tak payah nak berangan merasa perfume berjenama semua tu.

Lily mencapai beg sandangnya lalu memasukkan handphone nokianya dan dompet.Dia terhenti seketika apabila melihat dompetnya yang kempis.Zip ditarik dan pemandangan seterusnya membuatkan air matanya mula bertakung ditubir mata.Cepat cepat dia mengesat dengan belakang tangan.Faham faham sahajalah nasib seorang anak yatim piatu yang bekerja sebagai pembasuh pinggan.Itupun nasib tauke kedai tu pemurah hati  lepas dia tahu kisah hidup Lily.

Tak payahlah buka cerita lama nanti sedih pula Lily ni.Mulai hari ini dan seterusnya dia akan buka buku baharu.

"Be strong..always.If you hurt back to Allah."Hatinya berbisik. Lily mengukir senyum lebar.

Langkah dibawa ke pintu bilik dan tangga dituruni.Dia melihat ruangan bawah rumah dua tingkat itu.Rumah lama ibu bapanya.Ini sahaja harta yang dia ada.

Kunci motor dia ambil dan keluar daripada rumah lalu mengunci pintu hadapan rumah.Lily kemudian menatap motor buruk lama berwarna biru tua.Karat sudah.Tapi masih boleh digunakan.Syukur jerlah.

Lily menghidupkan enjin motornya.

Ppp..pere..preeeettt-

Mati lagi.

Kali ini dengan ucapan bismillah dia menghidupkan enjin motor itu sekali lagi.

Pppp...prreeeeng..enggg

"Alhamdulillah.." Lily mengundur motornya keluar.

Dan perjalanannya dimulakan.Hanya 15 minit sahaja diperlukan untuk sampai di tempat kerjanya.Angin sejuk menyapa kulit putih Lily.Dan fikirannya terus menerawang ke memori bersama keluarganya.

  •ו

Lily mematikan enjin motornya.Restoran 5 bintang dihadapan dipandang.Langkah dibuka memasuki bangunan dua tingkat itu.Macam tak percaya kan macam mana dia boleh bekerja di sini tapi tulah namanya rezeki datang tanpa diduga.

Kcink!

Lily melangkah ke arah bahagian dapur.Matanya sempat menilik ruang makan pelanggan.Sedikit sahaja pelanggannya tapi tengoklah malam nanti.Sibuk ya amat!

Lily masuk dan berjalan ke pintu berwarna kelabu di sebelah kanan.Baru sahaja tangan memegang tombol seseorang menepuk bahunya.Lily bertindak balas menepis.Matanya mencerlung tajam si empunya tangan.

Apabila dilihat gerangan si pemanggil riak muka Lily terus mengendur.Dia tersenyum malu.

"Kau terkejut ke?Sorrylah wei..aku nak tegur jer.." Diana menggaru kepalanya dengan rasa bersalah.Lily menggeleng.

Tangannya diangkat.Tangan Lily bergerak gerak membuat isyarat.Yep..dia bisu.

"Mana Jai..boyfriend kesayangan awak tu?Selalu dia hantar awak sampai ke sini.."

"Ouh..dia pergi kerja awal sedikit..Kerja berlambak dekat ofis katanya."

Lily mengangguk.Tiada apa hendak dibual dia pergi ke tempat mencuci pinggan.Diana menyusul.Mereka berdua bekerja tugas yang sama.Tapi gaji Diana lebih tinggi sebab dia pekerja kesayangan Madam Wawa.Bertuah badan.

Mrs KENNEDYWhere stories live. Discover now