Sepanjang aku berjalan, ada sahaja mata-mata memandang ku dengan pelbagai pandangan. Aku cuma endahkan.

Tetapi aku dapat rasakan seperti sedang diekori. Aku berpaling ke belakang. Tiada siapa yang mengekori. Aku mengangkat bahu tanda malas ambil tahu dan berjalan kearah loker yang sudah dekat keberadaan nya.

Aku nak tengok keadaan loker aku.

Pintu loker aku buka. Sebuah surat yang terselit terjatuh. Aku tunduk memandang surat yang mempunyai tulisan itu.

Surat ni lagi.
Aku hanya pandang tanpa minat.
Aku pandang pula dalam loker, sekuntum bunga ros pemberian Jungkook pagi tadi buatkan aku tersenyum.

Dia cakap dia ambik dekat kedai eomma dia. Patutlah dia menghilang waktu kami rehat. Katanya ingin beli makanan rupanya sempat singgah kedai eomma Jeon tanpa aku.

Aku rindu eomma Jeon lah!

Bunga ros pemberian Jungkook aku letak kembali dalam loker. Pintu loker ditutup oleh aku. Sekarang nak buang surat ni, surat ni selalu tulis benda yang merapu. Kadang-kadang gambar aku terselit juga.

Menakutkan, orang ni macam obses pun ada. Baik aku buang sebelum Jungkook ambil.

Baru sahaja aku ingin pusing belakang surat ditangan aku dirampas seseorang. Aku toleh kearah orang itu. Baru sahaja ingin menjeling rupa-rupanya Jungkook si Jebon tu.

Pipi aku dikucup olehnya.

Dia sandar badan dia dekat loker aku.
Surat ditangannya dibelek-belek dengan penuh minat.  Mulutnya terbentuk O tanda dia teruja. Bibir sudah diketap, habislah kalau Jungkook tahu mesti dia marah.

“Sayang, really surat cinta? Nak baca.” Tangan Jungkook yang ingin membuka kertas yang terlipat dua itu aku tahan. Wajah nya aku pandang serta digelengkan kepala.

Jungkook hanya pandang aku sekilas sebelum dia tahan tangan aku.

“Jungkook janganlah. Saya gigit awak nanti.”Aku memberi amaran. Janganlah bukak Jebon!

Bila Jungkook berikan pandangan yang tajam kepada aku. Terus aku duduk diam. Baik berhenti meronta-ronta sebelum Jungkook jadi singa.

Dalam hati aku dah menangis dah sebab
abang Jebon ni nak baca surat tu . Kena basuh lah aku dengan Jeon ni nanti. Saya tak kuat gais, tolong selamatkan saya.

Jungkook berdehem sebelum membaca isi yang terkandung dalam surat itu.

“Sebenarnya aku dah lama perhatikan kau. Sejak kau jejak kaki di university lagi.
Aku suka kau Eunbyul! Sudi tak jadi teman wanita aku? Jungkook? Kau boleh tinggalkan dia. Dia jahat. From SYC

Terkedu, aku terkedu mendengar suara Jungkook yang membacakan isi surat itu.
Aku dah memejam mata sekejap. Kenapa orang ni kacau waktu aku bahagia?

Riak wajah Jungkook aku pandang.
Bebola matanya bergetar sedikit.
Lidah ditolak ke pipi tanda dia sedang
cemburu dan... marah?

HUWAAAAAA JUNGKOOK JANGANLAH MARAH!

Heol.” Jungkook tergelak sinis.  Kertas tersebut dilipat semula. Tidak sangka namanya turut berada dalam surat.

Anak mata hitam Jungkook menikam aku.

“Dah lama ke awak dapat surat ni?” Jungkook menyoal aku dengan nada yang biasa tapi pandangan nya tajam.

Panggilan Jungkook sudah berubah disebabkan aku yang suruh. Entahlah aku
rasa dia kasar bila guna kau aku dan aku pun sejak beberapa hari ni aku mudah terasa.

[C] ᴊᴇᴊᴀᴋᴀ ʟɪᴍɪᴛᴇᴅ ᴇᴅɪᴛɪᴏɴ [𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 𝐉𝐞𝐨𝐧] JJK Where stories live. Discover now