🌻Special chapter🌻

605 52 51
                                    

Sudah setahun aku berkahwin dengan boss. Opss..encik Han Seungwoo dan secara rasminya menjadi omma Dongpyo. Perkahwinan kami berjalan dengan lancar.

Kini aku sedang membeli belah di shopping complex,tangan Seungwoo aku peluk manja sambil dia menolak troly barangan.Dongpyo? Ada tengah bersenang-lenang duduk dalam troly yang disorong.

Aku tersenyum senang apabila memikirkan kehidupan aku sekarang.Walaupun perbezaan usia sebanyak 5 tahun tidak menjadi penghalang untuk kami bahagia.Dia melayan aku dengan baik sekali.Sesekali perut aku yang membawa kandungan yang mencecah usia 4 bulan itu aku pegang.

"Hei..fikir apa tu?"

"Huh? Takdela..tengah fikir tak sangka esok oppa kahwin kan?"

Dia sekadar ketawa.

"Omma...tadi kan appa tak nak beli kan Dongpyo jajan Mamee.."

Aku tersenyum mendengar aduannya.Seungwoo yang memeluk bahuku menjelir lidah ke arah Dongpyo.

"Sayang tak boleh makan jajan..nanti gigi Pyopyo sakit..macam mana nak gigit monster nanti?"

"Ala..tapi Uncle Youngmin cakap kalau makan jajan Mamee..kira kita gigit monster jugak la..sebab Mamee tu kan nama dia monster?"

Apalah oppa ajar anak aku ni? Haish.

"Biarlah sayang dia nak makan jajan Mamee tu..biar dia tak de gigi..kalau dia tak de gigi..dia tak payah la makan..jimat duit oppa." usik Seungwoo.

"Omma!! Tengok appa!!! Huwarghh!" Dongpyo mula menangis.

"Eishh..apa ni oppa! Kan dah nangis Dongpyo!" pinggangnya aku cubit manja.

"Aikk..salah oppa pulak..salah Dongpyo la..siapa suruh gedik dengan sayang..Oppa jealous tau!"

"Eii..mengada." mukaku mula kemerahan.Lengannya aku siku manja. Pantas tubuh Dongpyo aku peluk bagi menenangkannya.

Pipiku dipegangnya kiri dan kanan.

"Thank you sayang.Saranghae." ucapnya sambil menguntum senyum.

"Nado saranghae!" lantas aku wink ke arahnya.

"Aigoo..omma appa..cepat suruh adik Pyopyo keluar dari perut omma..Pyopyo dah tak syabar nak main-main dengan adik.."

Aku dan Seungwoo hanya ketawa mendengar celoteh Dongpyo. Dalam diam,aku sekali lagi menguntum senyum.

🌻🌻🌻

Hari ini merupakan hari perkahwinan oppa.Siapa sangka perempuan yang dilanggarnya dulu ialah juru jual alat solek di hadapan bank tempat kerja oppa.Paling mengejutkan, dia juga merupakan anak perempuan Pak Haha,iaitu warung kegemaran aku dan oppa.

Kini aku dan oppa sedang menunggu kedatangan pengantin perempuan.

"Huhu..Younghee.. Oppa dah nak kahwin!!!! Ekssaiteg nya!!!!"

Buat sekelian kalinya,keningku bertaut tanda pelik.

"Ekssaiteg?"

Dia mengangguk laju.Matanya membesar dan bibirnya tersenyum lebar sampai ke telinga.Dia memukul lenganku bertubi-tubi dengan alasan ingin menghilangkan nervous.

Aku memegang perutku.

"Oppa..baby Younghee nak tidur la.."

"Ops..alololo uncle mianei okay?" katanya sambil melutut di hadapan perutku.

"Oppa nak cakap excited ke?"

"Salah vocab lagi ke? Ala..tak pe la..oppa redha."

"Eh?? Pulak!! Macam-macam la oppa ni. Dah la..Younghee keluar dulu okay?"

𝙃𝙤𝙥𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙤𝙢𝙖𝙣𝙩𝙞𝙘 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now