🌻15🌻

525 67 21
                                    

Hal Taehyung, aku dah pon lupakan.Kini aku menjalani kehidupan yang gembira tanpa perlu bersedih lagi.

Masa seakan berlalu dengan pantas, tanpa disedari dah sebulan aku bekerja sebagai penjaga Dongpyo. Dan,aku juga dah ada lesen kereta! Hooray! Cuba teka apa? Mulai sekarang aku yang hantar Youngmin pergi kerja dan aku pakai kereta dia! Aku bahagia wei..

Memandangkan musim persekolahan sudah bermula, Dongpyo juga turut bersekolah di tadika. Untung aku dah ada lesen..sebab boss suruh aku jemput dan hantar Dongpyo dari sekolah.

Huh..sekarang dah pukul 12.30 tengah hari.Sudah tiba masa untuk jemput Dongpyo dari sekolah..excited betul aku eh? Sebelum jemput Dongpyo... Aku nak singgah kedai runcit Pak Kevin dulu..nak belikan air kotak dan jajan untuk Dongpyo. Alahai..teringat dulu mendiang appa bila jemput aku dan oppa dari sekolah..mesti ada je jajan untuk kita orang.Dan sekarang aku pulak yang belikan untuk anak aku.Opss..anak jagaan aku.

Selepas membelikan jajan, aku mula menurunkan brek tangan dan masuk gear untuk bertolak ke tadika Dongpyo. Malang tak berbau, aku terlanggar belakang kereta yang diparkir kat depan kereta oppa aku ni.

"Apa yang kau dah buat ni Younghee!"dengan cemasnya aku keluar kereta.Kelihatan seorang perempuan yang agak tinggi dan berpakaian seksi keluar dan bersiap-sedia ingin memarahi aku.

"Maaf cik,saya tak sengaja."

Dia membuka cermin mata hitamnya.

"Hei budak! Kau ni kalau tak pandai bawak kereta tak payah la bawak! Menyusahkan orang je!" tengkingnya.

"Saya akan tinggalkan nombor telefon, saya akan bayar ganti rugi untuk kerosakkan kereta cik."

"Heh! Budak miskin macam kau ada duit ke nak bayar kos kerosakkan kereta aku yang mahal ni?"

Eeh yeoja batak ni..aku cakap elok-elok dia hina aku pulak..lantak kau le sana..jemput Dongpyo lagi bagus.

Aku hanya memasuki kereta dan berlalu tanpa berkata apa-apa.Nombor telefon juga tidak ditinggalkan memandangkan dia tidak mempercayai aku.Setakat nak dengar dia hina aku..buat apa buang masa.

Selepas menjemput Dongpyo dari tadika, kami bergerak ke pejabat boss.Pesan boss, aku akan bawa Dongpyo ke pejabatnya dan kami akan makan tengah hari sama-sama. Uwu...aku makan dengan CEO Han. Eheh..bangga kejap.

🌻🌻🌻

Baru sahaja kaki aku dan Dongpyo ingin melangkah masuk ke pejabat boss.Kami menyaksikan pergaduhan kecil antara boss dan seorang perempuan.

Macam aku kenal perempuan tu..tapi di mana ya?

"Seungwoo.. Please jangan abaikan I..I betul-betul sukakan you...tolong bagi I satu je peluang.I akan buktikan yang you memang sayang I..please.."

"Kau tak faham bahasa ke perempuan? Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau tak malu ke masuk office orang tanpa kebenaran? Aku cakap pergi sekarang!"

Heh...ini perempuan gila yang aku langgar keretanya tadi.Huh..ini masanya untuk aku balas dendam kat dia sebab hina aku.

"You.."

"Hoi perempuan!" jeritku hingga menarik perhatian yeoja itu dan boss.Pegangan tangan Dongpyo aku eratkan.

"Kau budak! Apa kau buat kat sini hah?"

"Eo? Bukan ke aku yang patut tanya kau..apa yang kau buat kat office boyfriend aku ni?"

Seungwoo memandangku pelik.

"Huh! Dasar budak miskin! Berani kau mengaku yang kau girlfriend namja aku?"

"Opss..kau dah salah sangka..aku yang kau hina miskin ni la sebenarnya girlfriend kepada CEO Han. And aku akan jadi omma kepada Dongpyo.. Betul tak Pyo?"

"Haah..mak cik tu yang miskin! Pakai tepung kat muka sebab terdesak nak cantik! Kain pon tak cukup! So,jangan hina omma Dongpyo sesuka hati!"

"Betulke Seungwoo?"

Seperti terpaksa Seungwoo mengangguk mengiyakan penipuan aku dan Dongpyo.
Aku tersenyum senang.

"Erghh..aku benci kau budak! Dasar perampas!!" perempuan seksi tadi berlalu sambil menghentak kakinya.Pintu bilik boss dia dihempas dengan kuat tanda protes.

"Aiseyhh..we did it oyeahh" kataku serentak bersama Dongpyo sekaligus membuat 0.

"But Dongpyo jangan cakap macam tu dengan orang lain tau..tak baik..hanya cakap dengan mak cik jahat tadi tu je tau."

"Nae omma." Dongpyo tersenyum.

"Pandai!" pipinya aku cubit lembut.

Tanpa Younghee sedar.Seungwoo tersenyum lebar kepadanya.

Kemudian mereka menikmati lunch sama-sama seperti sebuah keluarga bahagia.

𝙃𝙤𝙥𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙤𝙢𝙖𝙣𝙩𝙞𝙘 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now