🌻33(End)🌻

592 63 54
                                    

Seusai mengemas bagasi,aku duduk di birai katil.Segala peralatan dan keperluan untuk dibawa ke sana sudah aku simpan dengan baik.

Mengapa hati aku masih rasa berat lagi nak tinggalkan sini? Betul ke keputusan aku sambung belajar kat Canada? Macam mana dengan oppa dan omma nanti? Sanggup ke aku berjauhan dengan Dongpyo dan..boss?

Ahhh..boss.Aku akui aku sudah jatuh suka terhadapnya.Dia seorang lelaki yang baik dan appa yang bertanggungjawab.Tapi persoalannya, dia...suka aku jugak ke?

"Younghee." panggilan omma menyentakkan lamunanku.

"Omma..." lantas tubuhnya aku peluk erat.Aku rasa tak mahu lepaskan lagi.

"Ni...omma ada bekalkan kamu kimchi dalam kabinet.Esok jangan lupa bawak."

Aku mula berbaring di atas ribanya.Omma juga mengusap rambutku sambil menitipkan nasihat yang telah berapa kali aku dengar.

"Omma..oppa..dia tak nak jumpa Younghee ke? Dia asyik mengelak je dari Younghee."

"Tak lah sayang..dia sibuk agaknya..sebab tu dia penat..tak sempat nak jumpa Younghee."

"Omma..nanti rindukan Younghee tau.."

"Ye sayang..omma dengan oppa sentiasa sokong kamu."

"Sayang omma!"

🌻🌻🌻

Aku menerima panggilan daripada Youngmin.Jarang-jarang dia nak call aku ni.

"Hyahh Han Seungwoo!! Kau kat mana hah?!!" jeritnya.

"Ak-aku kat office."

"Kau buat apa kat sana?!!"

"Kerjala.." soalan apa dia bagi ni?

"Kau asal tak gerak pergi airport?"

"Buat apa?"

"Dasar ini anak...Deyh harini Younghee nak pergi Canada sambung belajar! Kau kenapa tak tahan dia lagi? Kau sanggup ke tunggu dia 4 tahun?"

"Apa? Canada? 4 tahun?"

"Hyung..aku tahu kau pon simpan perasaan kat adik aku.Aku rasa kau sorang je boleh tahan dia daripada pergi. Demi keselamatan dia..and demi cinta suci korang..kau pergi tahan dia. Aku restu."

"Youngmin.. Kau.."

"Iye!! Aku restu kau kahwin dengan dia!"

"Baik!" lantas panggilan telefon aku matikan.Dengan pantas aku bertolak ke airport.

Younghee tunggu aku!

🌻🌻🌻

Aku mengatur langkah ke arah tempat menunggu. Lagi beberapa jam, penerbangan ke Canada akan berlepas.Sementara menunggu masa,aku membaca novel cinta yang aku beli di kedai buku tadi. Muka surat terakhir aku selak disebabkan aku malas nak membaca.

"Romantiknya...hero dia lamar perempuan tu pakai cincin bunga."

Tatkala terlalu lama menunggu.Aku mulai kebosanan.Orang ramai yang lalu lalang aku lihat satu persatu.Entah kenapa,aku sudah merindui Dongpyo.Karenahnya yang manja saja sudah mampu buat aku tersenyum sendiri.

Tiba-tiba sehelai rumput liar dengan bunga kecil muncul di sisi pandanganku.Aku kaget.Seorang lelaki muncul dengan berkemeja putih yang dibasahi peluh melutut di depanku.Sekali lagi aku terkejut.

"Boss?"

"Younghee... Aku akui kau memang gadis yang baik dan sempurna.Malah aku takut jika aku tak sesuai untuk mendampingi kau."

Aku diam menanti setiap bait katanya.

"Younghee.. Aku terpikat dengan kelembutan dan kasih sayang yang kau berikan untuk Dongpyo.Aku akui..kau ialah pengganti yang selayaknya sebagai omma Dongpyo.."

"Younghee. Kalau kau tahu..aku mula jatuh cinta dengan kau..so please..jangan pergi.."

Mataku mula berasa panas.Disaksikan ramai orang di airport ini.Dia mengungkapkan..

"Younghee.. Sudi tak kau jadi omma kepada Dongpyo selamanya.."

"Will you marry me?" ucapnya lantas dia menghulurkan sebentuk cincin yang diperbuat daripada rumput.

Air mata yang ku tahan akhirnya tumpah jua.Tanpa menunggu,aku memeluk badannya erat sambil muka aku sembamkan di bidang dadanya.

Perlahan-lahan,aku berbisik halus.

"I will."

Dia tersenyum.

"I know."

Aish..dia ni nakal tau..suka buat aku malu..

"Eii bau peluh!"

"Demi kau jugak." dia mencuit hidungku manja.

"Thanks Younghee."

"Thanks to you too!" aku berlari meninggalkannya dan juga bagasi pakaianku.Sengaja aku membiarkan dia membawa bagasi itu.Boleh anggap itu satu hukuman!

"Hyahh Im Younghee! Chakkaman!"

Aku masih berlari dan meniggalkannya.Senyuman bahagia tidak mampu aku sorokkan lagi.

"Ah..Younghee bahagia omma!!" jeritku dalam hati.

The end.🌻

𝙃𝙤𝙥𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙤𝙢𝙖𝙣𝙩𝙞𝙘 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now