1

523 4 0
                                    

Hujan renyai yang merintis aku redah dengan perasaan remuk. Hati aku berdegup laju. Aku sebak malah merasa sakit dengan agenda yang aku nampak sebentar tadi.

Ammar..

Kenapa kau buat aku macam ni Ammar..

Tangisan ku tiada tanda untuk berhenti. Jiwa ku diruntun rasa kecewa dengan Ammar. Mana janji dia nak jadikan aku seorang gadis, isteri dan ibu untuk anak2 dia kelak? Itu semua tahi!

-----

Aku Tyara Citra. 6 tahun lepas, aku seorang gadis yang hanya duduk di rumah. Tiada pekerjaan mahupun masa depan yang cerah. Hidup aku berbeza dengan orang lain sebab..

Sedang orang lain sibuk menjayakan kehidupan mereka, aku hanya duduk terperap di rumah. Hidup aku sebagai seorang perempuan memang tak sama level dengan perempuan yang lain.

Kalau manusia sekarang asyik pentingkan kecantikkan, pekerjaan, pelajaran, kekayaan dan sebagainya. Manakala aku hanya pentingkan kerja di rumah dan game.

Ya, aku seorang gamers. Aku juga seorang perempuan yang sudah sebati dengan rumah. Well, hanya aku seorang saja anak perempuan ibu dan abah.

Semua tanggungjawap ibu akan aku galas apabila dia keluar. Setiap pagi, suara ibu kedengaran. Setiap petang, suara ibu juga yang kedengaran. Jadi hidup aku terlalu penuh dengan tugasan di rumah.

Di usia 19 tahun, aku sepatutnya melanjutkan pelajaran atau mencari pekerjaan namun itu hanya 'sepatutnya'. Masa lapang aku memang banyak tapi ianya hanya ada selepas siapnya tugasan di rumah.

Okay cakap tentang masa lapang, memang akan ada masa lapang aku dan dengan itu aku akan isikan ia dengan bermain game. Siapa tak tahu PUBG? Yes guys, aku main game tu. Aku terjebak.

Dulu aku bantai marah dekat abang aku sebab game tu boleh buat orang bingit telinga. And yes, its karma. What you gave will get back. Sekali aku ada game tu, aku terus jadi macam abang aku.

Kawan2 aku ada juga game ni. Tak kurang juga mereka cuba pujuk aku untuk ada sekali game tu tapi aku masih kuat iman lagi masa tu. At last aku install juga game tu sebab kot2 jumpa jodoh dekat PUBG.

Ptfff, memang itu pun niat asal aku. Nak cari jodoh hahahahaha..

Kot2 ada yang lekat selepas putusnya tali pertunangan aku..

-----

Ting!

Pandangan ku beralih melihat hanset yang berbunyi. Kerja ku tergendala seketika.

"Guys on x on?"

Senyuman terukir di bibir. Papan kunci di tekan.

"On!"

Send.

"Aku dekat lobby."

Sampai lobby, nama kawan2 squad aku tertera dengan perkataan idle. Sementara menanti mereka menjemput ku masuk, aku menutup laptop ke sisi.  Biarlah aku siapkan novel tu nanti.

"Yo! Wassup guyss!" Sapa seseorang, Yanna. Aku membalas sapaan tersebut.

"Yo! Damn good." Kini semua squad sudah berada di lobby namun salah seorang dari kami ingin keluar sebab pakwe bawa main. Lahaiii..

"Guys, Shah ajak aku main ni. Sorry tau!!" Terus dia keluar. Tiba2 ada lagi satu orang yang masuk.

"Eh siapa ni?" Soal Yanna.

"Arin. Kawan aku." Soalan itu dijawap oleh Nani. Aku hanya diam dan game dimulakan.

Dalam game aku banyak berdiam diri. Sebab aku rasa janggal dengan Arin. Dia nampak ramah. Yang bersuara hanya Nani dan Arin. Aku dan Yanna hanya bersuara apabila di tanya.

Tyara CitraМесто, где живут истории. Откройте их для себя