🌻31🌻

467 59 37
                                    

Seminggu sudah berlalu sejak kejadian di mana aku dilanggar kereta,dan diculik semasa menerima rawatan di hospital.Sejak tu,aku menerima penjagaan yang baik,terutamanya daripada boss.

Polis dapat mengesan lokasi aku dan Taehyung menerusi keterangan Hyun ah.Dia mengaku yang dia bersubahat dengan Taehyung untuk melanggar Dongpyo. Tapi dia melanggar aku kerana dendam akibat kata-kata aku di pejabat Seungwoo tempoh hari.Namun,satu lagi kebenaran telah terbongkar.Hyun ah turut mengaku dia ialah dalang kes langgar lari mendiang isteri boss pada 5 tahun lalu.Perkara itu sangat melukakan hati boss dan Dongpyo.

Taehyung pula,dia kini ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan disebabkan gangguan mental.Perbicaraan telah dilakukan,dan hakim mahkamah memutuskan supaya Taehyung menerima rawatan selepas peguamnya menunjukan rekod kesihatan Taehyung yang disahkan menghidap mental illnesses.

Keluhan aku lepaskan kasar,dialah lelaki yang pernah aku cintai separuh mati,namun dia menghilangkan diri dan meniggalkan luka di hati aku.Aku akui,aku tak sanggup melihat keadaannya yang sakit dan tertekan.Dia tak layak terima semua tu.Tapi,siapa aku untuk melawan takdir?

Surat tawaran di tangan aku belek untuk ke sepuluh kali.Aku berpeluang untuk menyambung pelajaran di Canada selama 4 tahun.Aku gembira sebenarnya,tapi gembirakah omma dan oppa?Terimakah mereka ketiadaanku selama 4 tahun tu nanti.

Bunyi deringan telefon menyentak lamunanku.

"Boss?" lantas ikon hijau aku leret ke kanan skrin.Oh iya,aku sedang bercuti.Boss beri cuti supaya aku dapat rehatkan diri dan tenangkan fikiran.Aku pelik setelah menerima panggilannya.

"Hello boss?"

"Younghee.. Erm.."

"Kenapa boss?"

"Malam ni aku jemput kau.Kita dinner sama-sama." katanya mendatar.

Aishh..boss ni..tak romantik langsung lah.

"Oh..kenapa pulak boss?"

"Erm.." belum sempat Seungwoo jawab soalan Younghee. Satu suara memotong percakapannya.

"Omma!! Malam ni kita makan sama-sama!! Omma pakai cantik-cantik tau!" suara kecil yang sedang bercakap itu membuat aku tersenyum lebar.Dongpyo memanggil ku omma kerana dia anggap aku ommanya.Kan bagus kalau aku betul-betul omma dia.

"Eh! Apa kau merepek ni Younghee!Kau kan nak sambung belajar." bisik hati kecilku.

"Nae sayang..omma pakai cantik-cantik..anak omma pon kena pakai handsome-handsome! Kalau tak..."

"Kalau tak?" suara boss kedengaran.Mukaku mula membahang apabila mendengar suara seksinya itu.

"Saya tarik hidung boss!"

Tawanya terlepas mendengar lawakku yang tak sampai itu.Pantas aku mematikan panggilannya. Aku berlalu ke almari baju untuk memilih pakaian yang akan aku pakai malam ni.

Guys,bantu Younghee buat pilihan!
Sambung belajar atau terima lamaran Seungwoo!
Ehe!❤

𝙃𝙤𝙥𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙤𝙢𝙖𝙣𝙩𝙞𝙘 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now