🌻26🌻

480 66 16
                                    

Tangisan Dongpyo memenuhi ruang menunggu di hadapan wad tempat Younghee dirawat.Perkataan omma disebut berulang kali sambil tersendu-sendu menangis.Puas dipujuk oleh Seungwoo namun Dongpyo masih juga menangis.

Kini,omma dan oppa Younghee dan omma aku turut berada di hospital. Aku bergegas ke sini setelah memberitahu keluarga kami tentang keadaan Younghee apabila menerima panggilan daripada pihak sekolah tentang kemalangan tersebut.Polis juga turut membuat siasatan tentang kemalangan itu.

Setelah Dongpyo telah tertidur kerana kepenatan,Youngmin mendekati aku.

"Hyung."

"Ermm."

"Youngmin tanya sikit boleh?"

Sejak Youngmin mengetahui umur Seungwoo lebih tua 3 tahun daripadanya,dia bertutur dengan sopan.Apa yang di ajar oleh ommanya dipratikkan dengan baik.

"Tanyalah."

"Dongpyo panggil Younghee omma?"

Suasana kembali sunyi.Omma Younghee dan omma Seungwoo sudah turun ke kafe untuk mengisi perut.Kini tinggal Youngmin dan Seungwoo yang sedang memangku Dongpyo ketiduran.

"Omma Dongpyo meninggal dunia masa umur Dongpyo 3 tahun.Masa tu kami meluangkan masa sama-sama kat taman pada waktu petang.Omma Dongpyo meninggal sebab..." Seungwoo menitiskan air mata.Kejadian buruk yang menimpa mendiang isterinya bermain di ingatan.

Youngmin yang menyedari keadaan itu bertindak mengelus perlahan belakang Seungwoo.

"Dia meninggal sebab kena langgar kereta depan mata Dongpyo sendiri.Dan tu pon selepas memenuhi permintaan Dongpyo suruh belikan ais-krim.Lepas tu Dongpyo hilang kasih sayang seorang ibu.Pengasuh yang diupah selalu dera Dongpyo,sehinggalah omma hyung sarankan Younghee untuk jaga Dongpyo. Mulanya hyung tak setuju..sebab Younghee masih muda dan takde pengalaman jaga budak.Akhirnya hyung akur.Syukurla sebab Younghee sangat pandai mengambil hati Dongpyo. Bila perkara 2 tahun lepas berulang lagi, hyung faham yang Dongpyo masih salahkan diri atas kematian omma dia."

Youngmin hanya mengangguk sayu.

"Sorry sebab Dongpyo panggil Younghee omma."

"Ani..hyung tak cuba cari pengganti omma Dongpyo?"

Seungwoo terkedu.

"Hyung..."

Belum sempat Seungwoo mengutarakan jawapannya, doktor dan nurse keluar daripada bilik wad selepas membuat pemeriksaan.

"Kamu keluarga Im Younghee?"

"Nae." jawab mereka serentak.

"Pesakit dalam keadaan stabil.Dia takde kecedaraan serius atau kecederaan dalaman.Cuma hentakan di kepala agak kuat.Jangan risau,kami akan melakukan x-ray untuk kesan jika ada keretakkan tempurung kepala.Kejap lagi boleh la masuk.Biarkan dia berehat." kata Doktor Leo.

"Baiklah doktor,terima kasih."

Doktor Leo berlalu pergi dikuti jururawat yang bertugas.

Seungwoo memandang pintu wad dengan pandangan sayu.

"Syukurla kau selamat..sebab aku tak sanggup kehilangan kau..buat kali kedua."

𝙃𝙤𝙥𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙤𝙢𝙖𝙣𝙩𝙞𝙘 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now