"memang suka kan buat kerja melulu? " suara garau seorang lelaki menyapanya dari belakang.

bella najwa yang sibuk membelek peta itu memusingkan kepalanya ke arah suara tersebut.

"melulu apanya. kalau dok tangguh kerja , bila je nak siap." gadis itu berani menjawab. mata difokuskan kembali kearah peta nya.

edmund carl hanya ketawa kecil melihat telatah gadis itu. dari dulu lagi edmund carl meragui status bella najwa sebagai seorang doktor sebab gadis itu sedikit... dimwit? haha tapi perkara itu yang membuatkan gadis kesayangannya itu bertambah comel.

edmund carl merampas peta dari tangan bella najwa dan menuju kearah kereta porche panamera miliknya yang dihantar oleh secretary nya pagi tadi.

"bagi balik lah! kalau nak pergi lah cari sendiri!" bella najwa menghentakkan kakinya sambil  mengekori langkah edmund carl. gadis itu berlari lari anak mendapatkan lelaki itu yang sudah berada di dalam kereta.

bella najwa mengetuk tingkap memandangkan lelaki itu mengunci pintu kereta. bella najwa bertambah panas hati apabila edmund carl menjelirkan lidah kearahnya. gadis itu menendang kuat pintu kereta kerana terlalu geram.

"haih laa , tak sakit ke kaki tu dok tendang-tendang?" edmund carl segera keluar dari kereta apabila melihat muka merah gadis itu. bella najwa ni setiap kali marah atau sedih mesti muka memerah. comel. sebab tu edmund carl suka buat gadis itu naik angin.

"lagi sakit hati saya ni dengan perangai awak!"

bella najwa merengus geram. Peta yang berada ditangan edmund carl cuba diambil olehnya. namun cubaannya gagal apabila edmund carl mengangkat kertas itu tinggi. paras ketinggiannya yang hanya separas bahu lelaki itu membuatkan dia terpaksa  menjinjat.

" aku tak faham kenapa kau perlukan kertas ni sedangkan sekarang dunia teknologi. semua benda di hujung jari je." edmund carl menyoal kepada gadis itu. dia pelik kenapa gadis ni kuno sangat sedangkan pakai iphone. dah tu doktor pulak tu. edmund carl tetap tidak puas hati dengan status gadis itu.

"phone saya takde internet." gadis itu membalas pendek. bukannya dia tidak mahu melanggan tapi duit yang dia ada sekarang ni cukup-cukup untuk dia survive di sini dan untuk tiket flight pulang ke malaysia sahaja.

"aku nak tanya kau satu soalan boleh?" edmund carl menyoal. gadis itu hanya menganggukkan kepalanya.

"kau tahu ke mummy kau ada kat mana sekarang ni? brunei ni bukan kecik tau cik adik." soalan diberikan. bella najwa terdiam seketika.

"yaa saya tahu benda ni mustahil. tapi Tuhan akan tolong saya kan? saya tak pernah putus doa pada Tuhan untuk Dia temukan saya dengan mummy balik. saya percaya pada takdir." gadis itu menjawab dengan secebis semangat yang tinggal. dia sangat berharap Tuhan dengar akan doanya dan kabulkan ia dengan segera. dia juga harap keajaiban akan muncul buatnya.

"aku rasa Tuhan dah dengar doa kau dan Dia dah kabulkan doa kau." edmund carl bersuara pada gadis itu. dia simpati dengan keadaan bella najwa. gadis itu seperti layang-layang yang putus tali. terbang tanpa arah tujuan dan berharap angin meniupnya ke laluan kebahagian.

"maksud awak?" bella najwa menyoal tidak mengerti.

"i know where your mom is. dan aku dah jumpa tempat persembunyian fayyadh."

terus bersinar mata gadis itu apabila mendengar apa yang edmund carl cakap. terus dia rasa seperti ada harapan kembali. lelaki itu tidak bohong padanya bukan? lelaki itu bercakap benar kan? terima kasih tuhan kerana mengirimkan malaikat yang tidak bersayap ini kepada aku.

"Masuk. " edmund carl membuka pintu kereta di bahagian penumpang.

"Betul ni? Tak tipu kan? " gadis itu menyoal sebelum meloloskan diri kedalam kereta.

Edmund Carl hanya diam dan turut masuk kedalam kereta. Siaran radio dibukanya bagi menghilangkan keheningan didalam kereta.

"Kau sihat? " setelah beberapa minit mendiamkan diri, edmund carl akhirnya bersuara.

Bella najwa memasang muka pelik. Duduk tak duduk tanya dia sihat ke tak. Muka dia nampak macam tak sihat ke?

"Kenapa tanya soalan tu? " gadis itu menyoal hairan.

"Saja tanya, kita kan dah lama tak jumpa. Aku rindu kau. " lelaki itu membalas jujur. Dia memandang sekilas kearah bella najwa.

Kelihatan gadis itu hanya membuang pandangannya ke arah luar tingkap. Dia tak mampu menjawab. Dia juga keliru dengan dirinya sendiri.

Setiap kali dia mahu membalas rindu itu, pasti dia akan teringat kembali kekejaman lelaki itu terhadap dirinya dahulu.

"Kenapa tak jawab? " edmund carl tidak berpuas hati apabila melihat gadis itu mendiamkan diri.

"Entah." hanya sepatah yang dijawab.

"Kenapa kau tak sambung kerja kat hospital tu? " Edmund Carl malas mahu berbahas soal rindu itu memandangkan bella najwa tidak berminat. Jadi dia cuba untuk ubah topik.

"Malas. " tetap sepatah yang dibalas.

"Tch, apa je yang kau rajin? " lelaki itu memerli.

"Dah sampai. " setelah beberapa puluh minit memandu, akhirnya mereka tiba dihadapan satu rumah yang tidaklah sebesar mana tetapi agak cantik apabila dilihat dari luar.

Bella Najwa memegang jantungnya. Sangat berdebar. Dia takut campur teruja. Takut akan fayyadh dan teruja dapat bertemu mummy nya kembali.

Edmund Carl yang melihat kepada gadis itu memegang tangannya erat.

"Everything gonna be okay. You have me. " ayat yang terluah dari mulut edmund carl sedikit sebanyak menenangkan hati gadis itu.

Mereka berdua melangkah keluar dan menuju ke rumah tersebut.

"Assalamualaikum. " Bella Najwa memberi salam lalu mengetuk pintu beberapa kali.

"Bangsat kau keluar sekarang!! " Edmund Carl menjerkah membuatkan bahu bella najwa terangkat. Gadis itu terkejut.

"Awak ni kenapa? " gadis itu menyoal geram.

"Kau tu yang kenapa? Sopan tak kena tempat. Dia dah culik mummy kau kot" lelaki itu cuba untuk memanas manaskan gadis itu.

"Tapi... " belum sempat Bella Najwa bersuara, pintu telah dibuka.

Kelihatan seorang lelaki keluar dari pintu rumah. Reaksi dia amat terkejut melihat wajah wajah yang berada dihadapan pintu rumahnya sekarang ini.

"Mana mummy aku ?" Bella Najwa menyoal dingin. Tangan di gempal membentuk penumbuk. Dia sedang menahan amarahnya.

"Kau dengar tak?! Aku tanya mana mummy aku!! " Bella Najwa naik berang apabila lelaki itu hanya mendiamkan diri.

Bella Najwa melulu kearah lelaki itu. Dada bidang lelaki itu ditumbuknya bertubi-tubi.

"Aku mintak maaf. " lelaki itu bersuara perlahan. Dia hanya membiarkan gadis itu menumbuk nya.

"Kenapa kau mintak maaf fayyadh?! Aku taknak maaf kau! Aku nak mummy aku!! Isk isk. " bella najwa menangis teresak-esak.

"Mummy kau dah meninggal. Dia terlibat dalam kemalangan.. Aku mintak maaf. " fayyadh bersuara. Dia serba salah. Sangat serba salah. Dia mahu menyelamatkan nyawa orang tua itu dari dibunuh ,tetapi akhirnya dia yang jadi asbab kenapa orang tua itu mati.

Bella Najwa jatuh terduduk. Lutut dia lemah. Dia tidak percaya apa yang dia dengar sekarang ini.

"Kau tipu kan? Tolong cakap yang kau tipu aku. Please fayyadh! Cakap kau tipu aku!!" Bella Najwa memegang kaki lelaki itu seolah-olah merayu.

Edmund Carl terus menarik tubuh gadis itu bangun dan membawa kedalam pelukannya.

"Stop it Bella Najwa. Shhhh, i'm here. With you. " Edmund carl cuba memujuk dan menenangkan gadis itu.  Mata pula tertacap tajam pada fayyadh.

Dia ada urusan penting dengan lelaki itu!

Finally after hustle and bustle I can finish this chapter. Take 1 month to recovery myself 🥺 sorry for make you wait 🙏 but I've my own reason. Please do not get angry at me 🥺😭

BAD MAFIA [COMPLETED] Where stories live. Discover now