🌻23🌻

502 65 16
                                    

"Auch!"

Aku terkejut.Pantas aku menoleh, kelihatan boss sedang melihat tangannya yang terluka.

"Boss!" lengannya aku tarik menyuruhnya duduk.

Aku bertindak mencari first aid kit di dalam kabinet.Tak silap aku,oppa ada simpan kat situ.Setelah menjumpainya,aku bergerak ke arah boss yang sedang kesakitan.

"Macam mana boleh terluka ni boss?" aku mengeluarkan iodin dan menyapu ke jarinya menggunakan kapas.Namun pertanyaanku tiada sahutan daripada boss.

Aku hanya fokus membersihkan luka boss.Tanpa disangka,ada tangan seseorang yang menyelitkan rambut aku yang terjuntai ke belakang telinga.

Dup dap dup dap dup dap.

Perlahan-lahan,aku mengalihkan pandangan ke arah bos.Mata kami akhirnya saling bertatapan.Tangannya yang luka tadi berada dalam genggamanku terasa sangat sejuk.

Tiga saat.Empat saat.Lima saat.Mata kami masih lagi bertatapan.

"Ehem ehem!"

Kami kaget mengalihkan pandangan dengan pantas. Rupanya Youngmin berdehem dengan kuat kerana Dongpyo ingin meminum air. Aku memandang wajah boss sekilas.Aku turut perasan telinganya berubah merah,mungkin berasa malu dengan kejadian yang tak disangka tadi.Aku menyambung kerjaku yang tergendala tadi.

"Appa wae?"

"Tangan appa terluka tadi." Seungwoo mengelus lembut rambut Dongpyo.

"Macam mana boleh luka hyung?"sampuk Youngmin.

"Boss terkena pisau masa tolong Younghee bilas pinggan."

"Oh..hati-hati la hyung! Youngmin bukan apa..nanti kalau hyung tercedera..Younghee yang terluka."

Eh oppa ni..pandai-pandai je dia reka cerita tau!

"Salah oppa la..tak nak tolong Younghee kan?"

"E eh..salahkan oppa pulak.Salahkan la pisau tu..sape suruh dia gatal nak cium jari Seungwoo..betul tak?"

"Oppa..stop mengarut."

"Buerkk tak nak!! Dongpyo jom kita lari ke depan..nanti dinasour mengamuk..iyeahhh!!!" jerit Youngmin lantas menarik Dongpyo ke ruang tamu.

"He..sorry boss fasal Youngmin oppa." aku hanya tersenyum memandangnya malu.

Dia turut tersenyum dan memandang tangannya yang luka tadi.

Kami lantas kembali ke ruang tamu dan menyertai mereka di depan.

                                 
                                🌻🌻🌻

"Aku betul-betul tak nak berpisah dengan kau sekarang Suha! Seronok kita berbual."

"Iya la ..aku pon tak nak kau balik kalau boleh."

Mereka saling berpelukkan.Jam menunjukkan sudah pukul 8 malam.Selesai makan malam, aunty Yeoreum meminta diri untuk pulang selepas seharian meluangkan masa di rumah kami.

"Nanti kau datang lagi tau!! Lain kali kau tidur je kat sini!"

"Eh..mesti datang.Lagipon anak kau masak sedap sangat."

Aku tersengih apabila masakkanku dipuji.Youngmin sejak tadi hanya berbual dengan Dongpyo. Apa yang dibualkan tak tahu la.

Boss,dia nampak handsome sambil berdiri macam tu.Eh, apa yang aku mengarut ni.Aku mengelengkan kepalaku sendiri.

"Younghee?"

"Nae aunty?"

"Terima kasih sayang." ujarnya sambil mengusap rambutku.Boss hanya memerhatikan perlakuan aunty Yeoreum terhadapku.Kenapa aku rasa seperti dihargai ye?

"Sama-sama aunty." ucapku langsung menayangkan senyuman manis.

Mereka pulang selepas omma dan aunty Yeoreum berpelukkan buat kali terakhir.

Tak semena-mena aku terimbas kembali kejadian  bertatapan mata tadi.Mukaku serta merta berasa panas.

"Omma!!! Younghee dah falling in love!!!" jerit oppa sambil berlari masuk dalam rumah.

Aishh oppa ni!

𝙃𝙤𝙥𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙤𝙢𝙖𝙣𝙩𝙞𝙘 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now