🌻22🌻

516 62 22
                                    

Kami makan bersama-sama setelah lauk siap dihidangkan.Aku tak tahu pulak yang datang ialah omma boss.

Tiba-tiba,aunty Yeoreum bersuara.

"Younghee dah ada boyfriend?"

Aku sekadar tersengih.

"Takde lagi aunty.."

"Dia belum dapat kerja lagi..dia cakap dah tua bangka nanti baru fikir tentang jodoh."sampuk Youngmin.

E eh..Oppa ni sibuk pulak..siapa entah tanya dia.Kelihatan aunty Yeoreum hanya tersengih.

"Younghee belajar apa kat U dulu?"

"Younghee belajar course architecture and building. Bila dah habis belajar..susah pulak dapat kerja."

"Oh..ala takpe lah..kerja dengan Seungwoo.. Jadi penjaga Dongpyo.. Kalau tak dapat kerja jugak..jadilah penjaga Dongpyo selama-lamanya."

"Nae aunty." haishh..macam lain macam je selama-lamanya tu.

Kemudian kedengaran tawa halus daripada omma dan aunty Yeoreum.Anak mataku gatal ingin melihat boss.Dia sedang fokus makan.Visualnya buat jantung aku berdup dap dup dap je ni.

"Perfect human." detik hatiku.

Tanpa disangka, boss turut memandang ke arahku dan secara tidak langsung mata kami saling terpaut.Aku terkejut dan mula menunduk malu.Alahai Younghee.. Jangan la memalukan diri sendiri.

Kami meneruskan acara makan tengah hari kami dengan pelbagai topik perbualan.Youngmin pulak tak habis berceloteh macam budak kecik.Habis dengar suara dia je yang berbunyi.

                                   🌻🌻🌻

Memang tak dapat dinafikan masakan Younghee memang sedap.Untung siapa dapat jadi suami dia.Wait, kenapa aku macam kesal pulak ni.

Wajah Younghee yang sedang mengutip pinggan kotor aku pandang curi-curi.Betulah kata omma, dia baik.Dia juga sopan dan tak mengambil kesempatan ke atas aku.Sebab tu la aku selesa bila bersama dengannya.

Fikiranku melayang ke peristiwa di mana dia mengaku yang dia ialah girlfriend aku.Dongpyo juga turut bersubahat.Kini, Hyun ah pon dah tak kacau aku lagi macam dulu.Bukan aku menolak dia..dia berkerjaya,model terkenal dan cantik.Tapi dia seakan memaksa dan tak memahami aku.Dia juga tak boleh menerima kehadiran Dongpyo. Bagaimana dia nak hidup dengan aku kelak.Aku tertawa sendiri dengan pakatan mereka waktu itu.

Suara omma menyentak lamunanku.

"Seungwoo... Pergi tolong Younghee basuh pinggan sana."

"Eh..takpe la Yeoreum.. Youngmin ada tolong Younghee."

"Ala..kau tengokla tu Suha..Cucu aku tu dah mengulit dengan Youngmin.. Biarla..Seungwoo tolong Younghee kat dapur..kesian Younghee sorang-sorang buat kerja."

"Terima kasih ye Seungwoo."

Aku sekadar tersenyum. Lantas aku melangkah ke arah dapur untuk menolong Younghee. Dia sedang membebel fasal oppanya yang tidak mahu tolong dia basuh pinggan.Hehe..comel je.

"Oppa ni kan.. tak bole harap betul la..takkanla kartun lagi penting daripada aku? Paiti oppa."

"Aku tolong."

Dia kelihatan terkejut.Aku memulakan kerja aku membilas pinggan yang sudah disabunnya.Badan kami yang sangat rapat menyebabkan jantung aku berdegup laju.Kenapa dengan aku ni? Aku.....dah jatuh cinta ke?

Dia kelihatannya juga malu dengan kedekatan kami ni.Sekali lagi,aku mencuri pandang wajahnya.Aku tersenyum melihat raut wajahnya yang manis dan kemerah-merahan.Tanpa sedar,tanganku terasa perit.

"Auch!" aku melihat tanganku yang berdarah.

"Boss!"

𝙃𝙤𝙥𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙤𝙢𝙖𝙣𝙩𝙞𝙘 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now