Nama aku Mirai. Aku mula 'crush' pada seorang lelaki ini hanya disebabkan satu perbuatan lelaki ini sahaja yang membuatkan aku cair melihatnya iaitu senyuman manisnya, kerana selama aku pandang mana-mana lelaki, aku tidak pernah nampak lagi walaupun seorang sahaja yang ada senyuman yang manis selain si dia.
Ceritanya bermula di sini...
Pada hari rabu, 27 November 2019..
Aku mendapat satu pesanan ringkas daripada salah seorang kelasku yang bernama 'kak umai'.
---------------------------------------------------------
Kak Umai: Mirai
Free tk ptg ni?
Aku: kenapa? 😅
Kak Umai: ingat nak mintak tolong jadi AJK kita jaga checkpoint explorace 🙏
Aku: 😅😅 bila tu?
Kak umai: pukul 4-6.30
boleh ajak kawan sorang
---------------------------------------------------------
Aku mula terfikir, waktu petang rabu itu aku tiada apa-apa yang hendak dibuat, jadi aku bercadang ingin menemani kak Umai untuk jaga checkpoint dan aku ajak seorang kawan aku iaitu Hana.
Tiba masanya, pada pukul 4..
Aku pergi ke FPPI di hadapan Audi AI untuk berjumpa dengan kak Umai, kerana kak Umai memberitahu aku supaya jumpa dia di sana. Tiba di sana, aku ternampak seorang kawan kelasku lelaki, namanya Ihsan. Aku mulai terkejut kenapa dia ada dekat situ juga. So, terdetik di hati aku 'maybe dia pun join sekali explorace ni sama macam aku jugak kot'.
Aku bersama Hana duduk di atas tangga berhadapan Audi AI. Sambil menunggu dan berborak bersama Hana, aku ternampak ada seorang lelaki ini, terdapat balutan di atas kepalanya yang sedang berborak dengan lelaki yang lain. Aku pun pelik, dalam hati aku jugak mula bicara sendirian 'asal dengan atas kepala dia tu eh'. So, aku pun buat tak tahu je lah. Aku tengok-tengok juga sekeliling, kak Umai tak munculkan dirinya lagi.
Tiba-tiba, lelaki yang kepalanya berbalut itu, mula memanggilku, tapi bukan dengan panggilan nama aku lah. Dia pun tanya 'ni yang AJK explorace tu eh?' Lebih kurang macam tu lah, aku pun tak ingat dia cakap apa waktu tu. Okay sambung balik cerita tadi. Dia mula memberitahu kami(1L-Ihsan 2P-aku&Hana) aktiviti untuk setiap checkpoint. Aku pun terfikir 'ohh, dia ni ada kaitan rupanya dengan explorace ni'. Pada waktu itu, kak Umai masih tidak muncul lagi. Aku pun pelik lah asal kak Umai tidak ada lagi ini.
Selepas dia beritahu checkpoint Ihsan, dia datang pada kami(aku&Hana) untuk memberitahu apa yang patut kami lakukan. Dia tanya kami, 'pilih siapa yang nak jaga FPM dan siapa yang nak jaga buaian?". Untuk pengetahuan pembaca, di kolej kami memang ada satu buaian. Okay sambung cerita. Kami pun cakap lah yang kami tak kisah nak jaga kat mana-mana pun boleh. So, dia cakap 'okay lah kalau macam tu, saya yang tentukan'. Dia mula memberitahu tempat hana terlebih dahulu di buaian. Di samping itu, dia cerita sekali aktiviti checkpoint Hana yang jaga. Kemudian, habis sahaja jelaskan aktiviti Hana, dia mula beralih pada aku pula. Dia cakap yang aku kena jaga checkpoint dekat FPM.
Nak dijadikan ceritanya, dia ni sambil terangkan aktiviti checkpoint aku itu sambil senyum lah. Dalam hatiku mulai berbicara 'dia ni memang suka senyum ke apa..'. Tapi pada saat itu aku memang tidak ada perasaan 'crush' lagi lah pada dia. Habis je dia cerita tentang bahagian checkpoint aku. Dia tanya kami 'faham tak?'. Kami pun jawab lah yang kami faham.
Selepas itu, kami pun duduk balik di atas tangga tadi. Aku pun cakap lah dalam hati aku 'laahh, aku salah fahan rupanya..aku ingatkan kak Umai nak aku teman dia ke apa..rupanya suruh jaga checkpoint..sorang-sorang pulak itu'. Kak Umai dah bagitahu aku tentang jadi AJK itu, tapi waktu itu aku blur sangat. Tidak lama kemudian, sambil duduk tu, baru kak Umai munculkan dirinya di Audi AI itu. Tidak lama itu, kak Umai datang pada kami(aku&Hana), dia cakap 'madam Hafida nak jumpa (termasuk yang lain jaga checkpoint)'.
YOU ARE READING
Senyuman Manis Yang Terukir Di Bibirmu
Teen FictionHanya disebabkan satu perbuatan lelaki ini sahaja yang membuatkan aku cair melihatnya iaitu senyuman manisnya. Siapakah lelaki ini?
