🌻20🌻

543 73 16
                                    

Alasan omma menyuruhku cuti kerja ialah..aku kena memasak sebab kawan baik omma nak datang.Boss pon benarkan aku cuti sebab dia nak bawak Dongpyo pergi mana entah..aku tak fokus masa dia bercakap,sebab malu sangat.Pelik kan? Aku dah kerja sebulan lebih but still malu lagi.

                                   🌻🌻🌻

Harini aku kena ikut omma melawat kawan dia.Dongpyo pon ikut sekali beriya dia nak suruh aku ikut.Tapi kenapa jalan rumah kawan omma ni macam nak ke rumah Younghee ye? Takkan la omma nak melawat omma Younghee?

"Rumah dia kat mana omma?"

"Kamu tahu rumah Younghee kat mana kan? Kita pergi rumah Younghee la.."

"Halmoni! Kita pergi rumah aunty Younghee ke?" tanya Dongpyo teruja.

"Ye sayang..omma aunty Younghee tu..kawan baik halmoni..halmoni nak melawat dia la hari ni."

"Yeahh..!!"

"Dongpyo suka aunty Younghee?"

"Suka! Aunty Younghee baik and cantik!"

Omma aku tersenyum riang.Patutla Younghee mintak cuti harini.

Setibanya kami di rumah Younghee. Ommanya menjemput kami bertiga masuk.Air juga sedia terhidang.Namun kelibat Younghee tiada lagi.

"Yeoreum...lama kita tak jumpa ye?" ujar omma Younghee.

"Ye Suha..tak sangka kau lawa lagi!"

Mereka berlaga pipi.

"Kenalkan ini Han Seungwoo. Anak aku."

"Tahu dah..haritu Seungwoo dah datang sini jemput Younghee. Masa dia kena pergi Busan 2 hari."

"Oh iya?" omma memandangku. Sekali lagi,senyuman penuh makna ditayangkan.

Mereka berbual bersama.Aku pulak diabaikan.Dongpyo? Dia sibuk layan kartun.Mungkin kartun yang ditonton oleh Youngmin.

Ini kali kedua aku datang ke rumah Younghee sejak sebulan yang lepas.Tapi aku tak sempat meneliti rumahnya sebab masa yang terhad.

Mataku melilau melihat suasana di dalam rumah.Aku tertarik di bahagian gambar dimana ada gambar family Younghee,gambar Younghee dan oppanya masa kecik.Comelnya.

Aku tergelak bila melihat oppa Younghee yang sibuk menarik rambut tocang Younghee semasa gambar diambil.Sudah jelas kenakalan Youngmin.

Suara jeritan seseorang mengejutkan kami di ruang tamu.

"Omma!! Oppa dia kacau Younghee!! Dia tak tolong Younghee pon!! Lagi tadi kacau Younghee!!"

"Omma Younghee tipu!! Youngmin tolong Younghee potong kobis! Pastu Youngmin tolong kacau kuah ..sekali tu Youngmin kacau la adik Youngmin sekali..tak salah kan omma? Sebab bukannya Youngmin kacau anak dara Pak Zico yang cun melecun tu!!" jerit Youngmin di telinga Younghee.

"Apa ni oppa jerit kat telinga Younghee!! Kalau Younghee pekak oppa tanggung eh!" jerit Younghee kembali.

Omma Younghee hanya menggeleng kepalanya.

"Tengok la anak-anak aku tu! Dah tua perangai macam budak-budak! Nak-nak si Youngmin, suka sangat menyakat adik dia."

"Biarla Suha oi..diaorang bahagia dengan cara diaorang sendiri."

"Aku tengok diaorang kejap eh? Kau tunggu jap tau.Seungwoo, minumla air dulu ya."

"Nae aunty."

Kelibat omma Younghee hilang dari pandangan.



Amie tak sangka dah sampai 20 chapter dah!😭
Thanks sebab support ff amie.
#amiesendu

𝙃𝙤𝙥𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙤𝙢𝙖𝙣𝙩𝙞𝙘 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now