"Yup!"Kata Suga ceria."Nak tau story pasal buruj tu tak?"

"Eh nak!"Balas Jiyeon.

"Jom ke bukit sana.Dekat sikit dengan buruj tu."

Jiyeon hanya mengikuti langkah Suga naik ke bukit itu.Terdapat tangga yang memudahkan pelawat naik keatasnya.

Sampai diatas bukit,kelihatan ada satu pokok bunga sakura yang sedang mekar.Mereka berdua duduk berdekatan pokok itu seperti posisi tadi.

Jiyeon duduk diatas rumput,manakala Suga baring di pehanya.Pandangan mereka kini hanyalah pada langit.Tiada kelihatan rumah satupun.

"Buruj Andromeda tu berasal dari satu kisah cinta antara Andromeda dan juga Perseus,seorang anak dewa juga pahlawan yang handal.Suatu hari,Andromeda dihukum kerana mengutuk dewa air.Dia diikat di satu batu ditengah lautan sebagai santapan si dewa paus.Namun,mujurlah Perseus datang ketika itu dan menyelamatkan dirinya.Sang Perseus menjulangkan kepala Medusa,iaitu kepala mangsanya kearah dewa paus tersebut.Akibat melihat mata Medusa yang penuh mengerunkan,dewa paus itu pun lari."

Jiyeon hanya mengangguk tanda memahami cerita itu."Oh!Jadi kemudiannya,Perseus dan Andromeda hidup bahagia?"

"Tepat sekali,sayang."Hidung comel milik Jiyeon dicuit lembut.

Susah ingin menyembunyikan senyuman apabila dilayan sebegitu oleh Suga.Mahunya lelaki ais tiba tiba menjadi lelaki bergula.Tak ke cuak Jiyeon?

Tangan Jiyeon yang sedari tadi mengusap rambutnya,diambil oleh Suga.Ditekapnya tangan Jiyeon itu didadanya.

"Saya memang tak pandai ucapkan ayat cinta.Tapi,saya cuba."

Jiyeon hanya mendiamkan diri Jantungnya berirama hebat.

"Saya cuma nak awak ingat satu perkara ni sahaja,Jiyeon.Saya sayangkan awak.Saya nak awak jadi Andromeda saya,selamanya.Saya janji,saya akan jadi seperti Perseus kepada awak,ada dengan awak ketika susah mahupun senang.Awak...janji akan selamanya bersama saya?"

Anak mata Suga ditatapnya.Jelas menunjukkan sifat ikhlas yang timbul dari mata kucing itu.Jiyeon tersenyum.

"Ya,Suga.Saya janji.Saya...saya cuba jadi yang terbaik untuk awak.Tapi...tapi saya tak boleh."

Air mata jernih mulai menitik dari mata gadisnya.Suga terkejut.Pantas dia bangun dari peha Jiyeon sebelum pipi Jiyeon ditekupnya.

"Sayang,kenapa menangis ni?"

"Sa-saya takut saya tak dapat selamanya dengan awak,bagi...bagi secukupnya cinta pada awak.Saya...saya kan hantu.Saya vampire.Sa-"

Ayat Jiyeon tergantung apabila Suga memeluk dirinya erat.Terasa tangan Suga lembut membelai kepalanya.

"Sudahlah tu...Saya tak kesah diri awak siapa.Yang saya tau,saya cintakan awak.Tu je,sayang.Sampai syurga,saya akan simpan cinta ni."

Jiyeon hanya mampu mengangguk sayu.Ya Tuhan,tamatkanlah riwayat derita ni.Aku tak sanggup tunggu lagi.

Tersedu sedu Jiyeon bermonolog sendiri.

Dia harap,suatu hari nanti dia dapat mengotakan janji.Dia tak sanggup mengecewakan hati orang yang dia sayang.

"You're my light,dear.Everytime I see you,I'm escape from my darkness.Thanks for everything."

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now