🌻14🌻

534 62 11
                                    

Perjalanan pulang ke Seoul berjalan lancar.Boss memberhentikan aku di hadapan rumah.

"Thanks sebab sudi ikut aku dan teman Dongpyo.. For today, kau rehat kat rumah je k..aku cuti harini..so,kau datang esok je."

"Sama-sama boss. Dah memang tanggungjawab saya as penjaga Dongpyo an..kalau macam tu..esok baru saya datang.." dahi Dongpyo diciumnya sekilas.

Baru sahaja dia ingin melangkah keluar kereta..Younghee teringat sesuatu.

"Boss, thanks juga sebab belikan saya dress semalam."

"No problem." Seungwoo tersenyum.

"Babai aunty!!" lambai Dongpyo dari dalam kereta.

"Bai!"

Younghee memanggil omma nya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.Kelihatan Youngmin sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Omma!!!! Younghee dah balik!!!" jeritnya.

"Eish..apa pekik-pekik ni..bising la!"

"So how?"

"Best.." aku tersengih teringatkan layanan baik boss.

"Mana?"

Aku pelik,dah kenapa oppa tadah tangan?

"Apa?"

"Soberniel mana?"

"S-soberniel?"

"Iyala..." oppa mula menghentak kakinya di karpet apabila aku mengerutkan dahi.

"Mende tu?"

"Ala..yang kalau orang gi melancong tu...dia bawak hadiah yang dia beli kat sana bagi orang tu.."

"Pftt." aku menahan gelak.

"Younghee!! Mana dia?"

"Souvenir la oppa!"

"Eh?" muka keliru Youngmin tayang tanda tidak faham dengan apa yang aku katakan.

"S.o.u.v.e.n.i.r souvenir..bukan soberniel..bahahahahaha!!"

"Ermm tak kisah la..mana?" telinganya sudah merah akibat malu.

"Ada dalam beg ni..Younghee belikan oppa sotong kering."

"Sotong!" dia mula mengopes beg bajuku.

"Yela..oppa kan lembik cam sotong..hahaha."

"Im Younghee!" lantas tangannya galak mencubit ketam bahuku.

"Oppa memang species makanan laut eh..hahaha..kejap sotong..kejap ketam.."

"Eishh..diam la..kartun dah start."

"Oppa tak kerja lak?"

"Oppa cuti tiga hari..takkan nak biarkan omma sorang-sorang kat rumah an."

"Mana omma?"

"Tidur kot." mulutnya masih mengunyah sotong pemberianku tadi.

"Oh..bagus tu. Sebenarnya Younghee ada benda nak cerita kat oppa."

"But sebelum tu! Oppa pon ada benda nak cerita..semalam kan..oppa pergi teman omma..kita orang pergi pasar..pastu kan!! Oppa terlanggar yeoja..serius lawa!!"

"Uwu..untung la Younghee dapat kakak ipar.."

"Kan..by the way..semalam oppa ada beli bahan nak buat pai ayam..so now.."

Tanganku ditarik secara paksa.

"Kita pergi masak pai ayam faborit oppa!!" bahuku ditolak dari belakang menuju ke dapur.

"Favourite la oppa..bukan faborit!!"

"Apa-apa je la!!"

"Eii..Younghee pon ada benda nak cerita.. fasal Taehyung."

"Lepas masak pai ayam oppa baru boleh cerita!"

"Ei..omma!!! Oppa buli Younghee!"

"Omma!! Younghee degil!"

"Nyampah!"

"Werkk!" ejeknya.

Mahu tak mahu..aku bersiap memasakkan oppa pai ayam.Kemudian cerita aku bertemu Taehyung menjadi topik perbualan semasa Youngmin oppa menikmati pai ayam buatanku.

𝙃𝙤𝙥𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨 𝙍𝙤𝙢𝙖𝙣𝙩𝙞𝙘 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now