Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
Aku memandang rumah agam di hadapan aku ini dengan rasa...
"Wow" itu sahaja yang aku boleh katakan.
Aku tak sangak Appa aku hidup semewah ini.
"Dah. Tak payah nak kagum sangat" kata Ommaku lalu berjalan mendekati rumah agam itu.
Ding! Dong!
Aku menunggu dengan rasa gementar.
Pintu rumah agam itu dibuka dan terpampar seorang lelaki yang sudah kian lama aku tak berjumpa.
Selepas appa aku keluar, seorang lelaki yang sedikit tua daripada aku turut keluar dan memandang aku.
Kalau tak silap aku, dia Oppa aku. Woah! Wajah dia dah berubah!
"Awak Hyunjae Oppa bukan?" Soalku teruja pada Oppaku.
Dia seperti kekok mendengar aku memanggilnya 'oppa'
Dia memandang Appa di sebelahnya lalu memandang aku.
"Nae. Naega Hyunjae Oppa" katanya.
Aku terus memeluknya.
"Oppa, bogoshipeo!" Kataku.
"Ah..nae...nado.." jawabnya kekok.
-
"Tolong jagakan Haneul dengan baik. Dan! Jangan terlibatkan Haneul dalam urusan Oppa tu" amaran Ommaku pada Appaku.
Appaku memandang Ommaku ketakutan.
Walaupun mereka dah bercerai, Appa masih takutkan Omma.
Omma memandang aku.
"Haneul-ah. Maafkan Omma sebab tak dapat terus menjaga kamu. Omma janji, selepas Omma dah senang, Omma akan ambil kamu semula" kata Ommaku sambil mengalirkan air matanya.