"Aku sayang kau.Tu je aku mampu luahkan."

Jujur Jimin cakap, antara banyak banyak kawan yang dia sayang.

Dia lebih senang berkawan dengan Suga.Lelaki berpewatakan tenang dan tegas.

Suga sekadar tersenyum selepas melafazkan rasa sayangnya pada Jimin.Jimin sudah dianggap sebagai adiknya sendiri,susah dia mahu lepaskan.

Apakan daya,takdir sudah tertulis.

Bangun sahaja dari mimpi itu,mata Jimin sudah dipenuhi air jernih.Dadanya terasa sebak menyimpan seribu kenangan rindu.

Sudah lama dia tidak mengalirkan air mata suci sebegini.Ya,sejak dia mula memasang tekad ingin membalas dendam kepada semua manusia yang menindasnya dahulu.

Entah sahabatnya ingat lagi atau tidak akan dirinya,dia tidak tahu.Janji terhadap kawannya agar mereka dapat bertemu lagi suatu hari nanti,dibalas dengan penantian kosong.

Disebabkan dendam kesumat,sisi dirinya yang lemah dahulu sudah hilang.

Cepat marah,kental,sukakan cabaran,dahagakan bau darah.Itulah Jimin versi kini.

Atau patut kita panggil, Deathman JM?

Namun,sekuat mana hatinya,dia tetap seorang manusia ciptaan tuhan yang dikurniakan perasaan.

Sungguh dia malu untuk ucapkan ayat ini.

Tetapi,mulut tidak menerima kata minda tetapi kata hati.

"Suga,aku rindukan kau.Aku sayangkan kau."

"Maaf,dulu aku tak sempat ucapkan."

-----💜-----

"Korang,aku rasa aku nak pindahlah."

Kata kata Suga menarik perhatian Namjoon dan Jin.Mereka mengemaskan kedudukan diatas sofa.

"Baru sekarang?"

Pantas Jin menyiku kasar pinggang Namjoon.Dia memberi isyarat mata menjengil.Namjoon sekadar memandang dengan muka toya.

"Kenapa?"Tanya Jin.

Lelaki berstatus duda itu mengurut pelipisnya."Aku rasa aku nak mulakan hidup baru.Rindu bandar."

Namjoon dan Jin saling berpandangan.Mereka faham,keadaan kawan mereka yang tidak stabil dari segi mental.Tetapi atas dasar sahabat,mereka kena percaya kawan mereka sendiri.

Lelaki berlesung pipit itu tersenyum manis."Boleh,aku tolong carikan rumah baru.Ke...kau nak duduk serumah dengan Jungkook,Taehyung dan Jhope?"

"Taknak duduk dengan diorang.Aku nak kondominium je.Carikan yang berkualiti."

"Okay. By the way, mana Jiyeon?"

Bercakap pasal Jiyeon,Suga dilanda perasaan sesuatu.Sejak semalam,Jiyeon asyik berperap dalam bilik bersebelahan biliknya.

Entah apa masalah gadis itu,Suga pun tidak tahu.Ikutkan hati,dia mahu bantu tetapi Jiyeon berkeras tidak membenarkannya masuk.

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now