"Aku gagal jadi suami yang baik!Aku gagal jadi ayah yang baik!Aku...hiks aku..."

Mata dan hidung Suga mulai memerah.Kelihatan cecair jernih jatuh dari tubir matanya.

Buat seumur hidup,pertama kali Jiyeon melihat orang yang dingin dan beku seperti Suga mengalirkan air mata.

Siapa tak sedih kan?

"Dah shh shh..."

Seperti Suga pernah buat pada dia dahulu,dia memegang belakang kepala Suga sebelum memeluknya.

Kedengaran esakan halus di bahu kiri Jiyeon.Makin terasa basah dengan air mata Suga yang mencurah curah.

"Aku...hiks a-aku tak gun-a..."

"Aku ben-hiks benci diri a-aku..."

"Ken-apa tuhan...uji a-aku mac-macam ni...hiks..."

Naik sayu hati Jiyeon mendengar kata kata Suga.Belakang badan lelaki itu diusap perlahan.

"Ada hikmahnya kenapa tuhan uji awak macam ni.Tuhan nak tengok,sejauh mana kuatnya awak."

"A-aku tak...hiks sukalah...Baik...hiks aku ma-mati je..."

'Suga...please jangan cakap macam tu.'

Perlahan lahan air mata Jiyeon jatuh.Sampai hati Suga berkata begitu.Sanggup Suga meninggalkan dirinya.

Dia cuba memahami keadaan Suga yang tidak stabil buat masa kini.

"Hey,dah dah la tu.Mana perginya sikap swag and savage awak tu,hmm?"

Beransur ansur,Suga mendiamkan diri.Jiyeon mengeratkan lagi pelukannya agar Suga terass hangat dan tenang.

Masih kedengaran Suga tersedu halus.Lelaki itu meleraikan pelukan.Telinganya memerah.

"Tak perlu malulah.Saya tak kutuk awak.Dah rehat.Saya masak dinner."

Baru selangkah Jiyeon ingin beredar,terasa tangannya disambar seseorang.Dia menoleh.

"Yes,Suga?"

"Aku nak...bubur nestum buah buahan."

"Laa...orang sakit makanla bubur ayam je."

"Taknak."

Kadang kadang,naik menyampah juga Jiyeon dengan sikap degil Suga.Ikutkan hati,mahu sahaja dia bertegas.

"Oh ya!Aku nak jus epal."

"No. Orang sakit minum air suam.Nanti makin bertambah asid dalam badan awak."

"Kesah apa aku?Aku bukannya sakit."

Suga pout. Ya tuhan,com-Okay okay berbalik pada situasi.Bibir Suga tu kan,nak nak je Jiyeon cium.

EHH

"Awak ni jangan deg-"

"Suka hatilah."

Jiyeon mencebik geram."Hmm yela.Dah,lepaskan.Nak masak."

"Alalala marah kew? Kutuk kew?"

Jiyeon memandang tempat lain sebelum mengetap bibir.

'Eii Suga ni kan!Sabar Jiyeon,sabar.Huh...hah...huh...hah..."

Gadis itu berpaling semula memandang wajah Suga yang tersenyum sinis.

"Takdela Suga sayang.Dah,lepas!"

Suga hanya ketawa sebelum melepaskan tangan Jiyeon.Pandangan matanya membawa langkah Jiyeon sehingga pintu biliknya ditutup.

Bibirnya menguntum senyum.

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now