"Biar dia jalan sendiri!Ejen tak boleh lemah macam ni!"kata Alicia.Ali menjeling Alicia sebelum berdiri tanpa meletakkan beban yang banyak pada kakinya yang sakit.

"Tak apa Uncle.Ali boleh."kata Ali sambil memberikan senyuman pada Bakar.Bakar membalas senyumannya sebelum mereka sama² berjalan keluar dari bilik rawatan tersebut.

"Betul ke Alicia cakap kau kena buli Ali?"tanya Bakar.Ali mengeluh.

"Tak ada apa² lah Uncle.Lama² nanti diaorang bosan lah tu."balas Ali.Bakar ragu² melihat anak saudaranya itu.

"Kalau kau ada masalah kau bagitau Uncle."kata Bakar lagi.Ali senyum.

"Ya Uncle.Ali bagitau kalau ada apa²."balas Ali.Mereka dah sampai dihadapan rumah Ali.Ali melambaikan tangannya pada Bakar sebelum masuk kedalam rumah.

Sampai kebilik,dia melemparkan beg sekolahnya dan menghempaskan badannya keatas katil.

'Lembab'

'Tak guna'

'Perosak misi'

'Menyusahkan'

"Apa kata kalau kau bunuh diri jer?Tak ada siapa yang kisah kau mati."

Ali menutup matanya rapat.Tangan disilangkan pada matanya.Cuba untuk menghalang air mata keluar.Tapi tak boleh.

Dia tak cukup kuat.

Comot,baru muncul dari luar masuk dalam bilik Ali.Bila nampak Ali tengah menangis,dia melompat naik keatas katil.Menjilat perlahan muka Ali.Ali membuka tangannya dan memandang Comot.

"H-Hai C-Comot...Dah balik dah kau?"Ali cuba menahan sendunya.Comot berbaring atas badan Ali sambil mengiau.Ali mengusap perlahan telinga Comot.

"Terima kasih Comot....Kau je yang kat sini faham aku..."kata Ali sebelum menutup matanya untuk tidur.

Kalau kita tidur kita tak akan rasa sakit...

**********


"Ali!Kamu lambat lagi ke akademi!Ni kali ke-3 minggu ni!"

Ali hanya menunduk sahaja.Dia tak perasan yang dia dah terlajak tidur.Lagipun telefonnya tak berbunyi sebab bateri mati.

Lepas kena marah,Ali terus keluar.Terus pergi ke hangar utama dimana semua ejen berada di situ.

"Lambat lagi.Sebab kau latihan kena tangguh tau tak!"kata Rudy sinis.Ali hanya mengangkat bahu.Dah biasa dengar kata² macam tu.

"Boleh jer korang berlatih sorang² or sesama sendiri.Tak bagi beza pun aku ada ke tak ada."balas Ali perlahan tapi masih boleh didengari oleh Rudy.

Tak semena-mena,Rudy menyepak Ali membuatkan dia terjatuh.

"Kau ni lembab!Selalu menyusahkan orang!Latihan ni penting tapi sebab kau latihan ni kena tangguh sampai minggu depan!Kalau dah tak berguna sangat tu berambus jelah dari akademi ni!"dengan setiap perkataan Rudy menyepak Ali.Khai dan Zass yang tahan dia daripada sepak Ali dengan lagi kuat.

"Sabarlah Rudy!Walaupun dia lambat dia aset penting MATA!Kau tak boleh nak main belasah je dia!"marah Khai.Dia terus membantu Ali bangun.

"Ah!Pentinglah sangat!Kau lupa ke dia serang kau,Iman dengan Moon?Override Mode konon.Entah² dia memang sengaja nak sakitkan korang!"balas Rudy lagi.

Ejen² lain hanya melihat.Khai senyap.Dia pun masih tak tau sama ada Ali sengaja atau tak sengaja serang diaorang masa Override Mode dulu.

"Errr...Khai.Baik kau bawak Ali pergi berehat dulu.Dia sakit tu."kata Iman.Khai mengangguk sebelum cuba untuk memimpin Ali tapi Ali menolak.

"Tak apa.Aku boleh pergi sendiri."kata Ali sebelum berjalan pergi ke biliknya.

"Dia tak patut ada dalam ni pun sebenarnya."

"Kesalahan."

Ali hanya memekakkan telinga dia.Sebab dia dah biasa.

Dah biasa dengan fakta yang semua orang benci dia.

Tapi dia tak kisah..

Sampai sahaja dibilik persendirian dia,Ali nyah-aktifkan suit dia dan menyingsing lengan bajunya.

Another reason dia pakai baju lengan panjang adalah untuk tutup semua parut self harm dia.

Dia jarang buat,bila hari dimana dia tak mampu nak tahan dari menoreh, masa itu sajalah dia akan buat.

Ali mengetap bibirnya kuat sehingga dia boleh rasa darah dalam mulut dia.

Dia tak nak tambah satu ke sepuluh lagi parut yang baru...

"Bertenang....Kau kena tahan diri..."

Kata Ali sendiri untuk bertenang. Tangan dia dah menggigil pegang pisau yang dia selalu guna. Bila dia dah berhenti menggigil,Ali mencampak pisau dari tangan dia dan tendang terus supaya pisau itu tidak kelihatan di matanya

"Ha....Sikit saja lagi.." Ali tersenyum bila dia berjaya lawan rasa nak menoreh lagi.

Dia mengambil telefonnya dan lihat nota yang selalu jadi pembakar semangat dia.


Ya,dia tak kisah apa yang orang lain fikir tentang dia sekarang.









Sebab Ali tahu ada seseorang yang masih kisahkan dia.

°*********°
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~

Aha,hai! Hello. •w•

THIS IS MA SURPRISE FOR YOU- *slap*

Okay so buku ni dah lama ada dalam draf and....Ez rasa nak publish. Tak tau kenapa. Ehek.

Biar Ez terangkan dulu situasi dekat sini takut² kalau nanti Ez terlupa.

Timeline ni,adalah masa Ejen Ali Season 2 berlangsung.

Ali dan BoBoiBoy kawan sejak kecil.

And no, BoBoiBoy bukannya Ejen Elemental dalam ni. Dia tahu Ali ni ejen,tapi BoBoiBoy tak sertai MATA.

And kali ni,Alicia tak ada untuk backup Ali. :)

Ez tak ingatlah. Mungkin masa ni Ez tulis masa stress dulu. Tu yang...I NEED VIOLENCE-

Okay,itu saja kut? Harap² korang faham.

Stay safe okay?💜

Author Kim_Ezra

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz