𝐌𝐨𝐯𝐢𝐞 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝟐.𝟎

Start from the beginning
                                    

"Takde kena mengena tengok movie dengan program" sampuk Yoonbin.

"Tapi kau kan ketua aspura~" bodek eric lagi.

"Pergi mintak junkyu!" ucap jeno lagi.

"Dia mesti malas giler nak turun bawah" balas Eric.

"Nasiblah~" balas Jeno tidak peduli.

"Okay! Aku mintak dekat dia. Tapi- aku cakap dekat dia kau suruh eh" ucap eric.

"Kau jual nama aku pulak!" Protes jeno.

"Aloooo tadi kata suruh mintak junkyu" ucap eric.

"Aish yelah yelah" balas jeno malas.

Setelah itu, eric berjalan ke katil Junkyu dan baring di sebelahnya. Junkyu melihat ke arah eric dengan muka hairan.

Jarang lah eric datang dekat dia melainkan nak kan sesuatu.

"Junkyu-ya~" panggil eric acah manja sambil mencolek lengan junkyu yang sedang bermain game di telefonnya.

"Apa kau nak? Mesti nak bodek ni" tanya junkyu.

"Hehehe tau tau je" balas eric malu.

"Halah, kau kan memang kuat bodek. Apa kau nak huh?" Balas Junkyu lagi.

"Jeno suruh kau mintak izin chanyeol hyeong benarkan kita tengok movie malam ni" ucap Eric.

"Aku tau ni bukan jeno yang suruh tapi kau yang nak kan?" Tanya Junkyu.

"Hehehe. Nanti kau mintak tau dekat chanyeol hyeong tau! Pleaseeeee~" gelak eric hambar.

"Hmm. Nanti aku mintak" balas Junkyu.

"Yeayyy!! Gomapta uri junkyuuuuu" balas eric riang laku memeluk junkyu.

"Kalau aku rajin :) " sambung Junkyu.

"Kau ni! Mintaklah weeiii~~ aku bosan ni. Kau tak bosan ke duduk dorm je, tak buat apa-apa?" Rengek eric pada Junkyu pula.

"Tak. Aku tak bosan. Lagi-lagi kalau aku dapat tidur. Uish nikmat bethol~" balas Junkyu.

"Macam ni lah member~" eric merajuk.

"Tak payah merajuk sangat, aku tumbuk kau kejap lagi. Nantilah aku mintak. Aku pun memang niat nak mintak pun" ucap Junkyu sambil memandang Eroc menyampah.

"Yeayyy! Janji eh?! Ni yang makin sayang niiiii~~~" ucap Eric lalu memeluk Junkyu.

"Geli bodoh! Blah kau! Mengganggu je kau ni" halau Junkyu.

"Ingat tau!" Ucap eric.

"Hmm" balas Junkyu malas.

"Macam mana? Dah siap bodek?" Tanya jeno.

"Daaahh" balas eric sambil tersengih.

"Junkyu cakap apa?" Tanya jeno.

"Dia kata okay nanti dia mintak chanyeol hyeong" balas eric. Jeno mengangguk.

"kau dah siap homework ke belum?" Balas jeno.

"Belum. Nanti kau dah siap aku tirulah Hehehe" balas eric smbil tersengih. Jeno hanya menjeling eric.

"Itu lah kerja kau! Bila nak pandai kalau asyik tiru je" bebel jeno.

"Alah bukan selalu~" balas eric.

"Eric mana pernah pandai" sindir Yoonbin.

"Diam kau ben 10!" Ejek Eric.

Selepas selesai bermain game, Junkyu pun berjumpa dengan chanyeol dan meminta izin untuk menayangkan movie untuk pelajar aspura malam ini.

𝐇𝐨𝐬𝐭𝐞𝐥Where stories live. Discover now