BAB 2

618 14 2
                                    

ADLILA berhentikan keretanya di depan rumah Falik. Sudah lama sebenarnya dia tidak datang ke sini kerana sibuk dengan kerjanya. Dia keluar dari kereta dan berjalan ke ruang depan rumah.

Belum pun sempat memberi salam, pintu rumah dibuka. Terjengul Puan Hamilah di muka pintu.

"Lila, kenapa berdiri saja? Mari masuk," ajak Puan Hamilah.

Wanita itu tersenyum menyambut Adlila. Adlila tanggalkan kasutnya dan melangkah ke kerusi yang berada di hujung ruang itu.

"Mak cik baru aje balik dari Perlis," beritahunya tanpa ditanya.

Mungkin jirannya sudah memberitahu bahawa dia ada datang semalam.

"Mak cik sihat ke?" tanya Adlila.

Dia senyum kepada wanita yang bakal menjadi ibu mentuanya. Kadang-kadang moodnya bagus dan kadang-kadang terlalu sinis.

"Kalau tak berjalan jauh, sihatlah. Ni ada rasa lenguh-lenguh sebab duduk dalam kereta lama-lama." Puan Hamilah memicit kakinya.

"Mak cik, Lik ada hubungi mak cik?" tanya Adlila. Dia sudah tak sabar nak tahu pasal Falik.

Puan Hamilah mendongak, memandang Adlila sambil mengukir senyuman.

"Tak adalah pula. Dua minggu lepas dia cakap dia sibuk kerja. Kena ikut bosnya ke negara mana entah. Mak cik lupa pula. Mungkin dia tak sempat nak hubungi Lila kut," beritahu Puan Hamilah.

"Dia sihat ke mak cik?" tanya Adlila, cuba supaya tidak menampakkan dirinya terlalu terdesak untuk tahu tentang Falik.

"Sihat aje."

"Lila hairan sebab dia lama tak mesej Lila. Lila risau kalau-kalau dia tak sihat." Adlila senyum.

"Tak apalah, nanti bila dia telefon mak cik, mak cik suruh dia telefon Lila." Puan Hamilah menyengih.

Selepas berbual-bual, Adlila meminta diri untuk pulang. Dia yang fikir lebih-lebih. Bila Puan Hamilah cakap Falik okey saja, hatinya kembali tenang sedikit.


MUKA manis Adlila dipandang Puan Amni. Anaknya itu nampak ceria saja hari ini.

"Falik dah mesejlah tu," tebak Puan Amni.

Adlila ketawa.

"Lila aje yang fikir bukan-bukan. Dia sibuk. Dia telefon maknya pun sekejap saja." Adlila senyum.

Puan Amni menggelengkan kepalanya. Mudah sungguh Adlila terpujuk apabila mengetahui hal sebenarnya. Adlila anak yang lembut hatinya jika kena gayanya. Jika tak kena gaya, puting beliung yang selalu melanda Amerika itu pun boleh kalah.

Puan Amni berharap sangat agar Falik tetap sama macam dulu. Tak tahulah kenapa dia rasa tak sedap hati.

Apabila mesej daripada Falik masuk, Adlila menjerit riang. Walaupun hanya memberitahu dia sibuk bekerja , tak ada emoji love pun, tak kisahlah. Janji Falik menghantar mesej untuknya. Dia dah boleh menarik nafas lega.


LORENA angkat keningnya kepada Adlila. Muka ceria Adlila dia sudah nampak. Mungkin Falik sudah menghubunginya. Kalaulah dia ada kekasih yang serupa perangai Falik, rasanya dah lama dia tinggalkan. Tak sanggup nak makan hati lama-lama.

Tapi, Adlila memang cekal. Sementelah dia bercinta dengan Falik sejak sekolah lagi.

"Moga-moga kau sentiasa gembira macam ni." Lorena sengih.

"Aku boleh aje gembira selalu. Falik ada bersama, aku gembira selalulah." Adlila sengih memandang Lorena.

"Kau ni memang mabuk betul dengan Falik tu."

CINTA HARUS MEMILIKIWhere stories live. Discover now