Sambil menggosok hidungnya,matanya meliar sekeliling.Suasana gelap dan suram.Hanya kelihatan obor obor di setiap dinding.

"Ni...lorong tahanan ke apa?Cakap je kaya tapi lampu pun tak larat beli.Hiaslah bilik ni dengan lampu berbintang kecil ke,haa kan cantik."Sempat dirinya membebel.

Baru sahaja ingin berdiri,tiba tiba terasa ada seseorang menekup mulut dan hidungnya.Rongga pernafasannya dihiasi bauan darah,sebelum Suga jatuh pengsan disitu.

"Akhirnya...harini aku boleh seksa kau dengan senang hati.Hahahahahahaha!!"

Gema kuat terhasil apabila Minji ketawa besar.Tubuh Suga dipandangnya dengan senyuman sinis.

-----💜-----

"Suga!Ooo Suga!"

Jiyeon mula menjerit nama Suga.Sudah setengah jam Jiyeon mencari Suga di serata vila.Jiyeon mula panas hati.

"Ish Suga ni!Kata nak tunggu aku,main game sama sama!Buat penat je tunggu dia ni.Mesti dia dah pergi rumah Jungkook,main game kat sana."

Jiyeon mengetap bibir.Dia sudah kata,dia akan balik pukul 5.Malangnya,dia terlewat 20 minit.

"Dahla...baik aku keluar cari darah.Jam pun dah pukul 6 petang ni.Dah senja."

Jiyeon berlalu keluar semula dari rumah.Dia sudah craving darah sekarang ni.Sambil itu,bolehla lepak rumah Jungkook.Main game sama sama.

-----💜-----

"Urgh..."

Kelopak mata berat untuk dibuka,namun digagahi juga.Mata Suga memandang sekeliling,sebelum dia terkejut.

Lebih mengejutkan apabila dia diikat dengan rantai besi.Dihadapannya terdapat banyak darah manakala di sisi lain kelihatan seperti ada mata mata merah memandang dirinya.

"Min Yoongi~"

Mendayu suara itu memanggil nama Suga.Suga memandang sekeliling,cuba mencari punca suara itu datang.

Terasa seram sejuk dirinya kini.

Tiba tiba,dia mula berasa keadaan berubah lain.Disekelilingnya,muncul berderet lilin sehingga membentuk bulatan.Dan didalam bulatan itu, lilin itu membentuk corak seperti bintang.

Suga diikat diantara corak bulatan dan bintang itu.Dirinya mulai terasa seperti membahang.Badannya berpeluh.

Bukankah ini simbol syaitan?Syaitan mana memerangkap dirinya sekarang?!

"Akhirnya~kau bangun juga~"

Dirinya kini di lembah neraka.Suga cuba keluarkan dirinya tetapi gagal.Terdapat beberapa orang memakai jubah hitam sambil menutup kepala mereka.Wajah mereka diselumbungi bebayang.

"Cukup!"

"Argh!"

Suga berhenti meronta ronta apabila terasa lehernya dicekik.Sejurus selepas itu,kelihatan ada seorang kanak kanak memakai baju tidur menghampirinya.Di tangannya,ada satu bintang tajam berwarna hitam.

"Minji?"

Terkejut Suga apabila Minji menghampirinya.Wajah dan baju tidur yang dipakai Minji seolah olah sudah rentung.Suga terkedu melihat fenomena itu.

"Lihatlah semua~harini aku akan tunaikan janji aku.Aku akan membalas dendam terhadap orang yang telah mengkhianatiku.Lelaki ini,Min Yoongi,akan aku bunuh dia dengan bintang suci kita.Darah dan dagingnya akan ku berikan pada semua."

Membulat mata Suga.Minji akan membunuhnya?Bintang hitam yang Minji pegang dipanggil bintang suci?Dirinya yang diikat didalam simbol lilin syaitan ini?

Kuasa syaitan.

Ya,Minji meminta bantuan syaitan untuk membalas dendam kesumatnya.

Tidak lama kemudian,kedengaran semua orang menyebut mantera yang Suga sendiri tidak faham.Semakin kuat mereka menyebut mantera syaitan itu,diri Suga seperti disiat siat dan dipanggang.

"To-tolong!!!Lepaskan aku!!!Pa-panas!!!Sakit!!!Argh!!!"

"Ahahahahaha!!"

-----💜-----

TBC

Minji comeback gais🙁Dia buat onar pulak.Sambut majlis syaitan dekat ruang bawah tanah rumah Jiyeon pulak tu,agak agakla😤

Siapa yang tak faham chapter kalini?Sila comment dan dengar jujurnya author akan jawab😘
.
.
.
.
.

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now